PUTRAJAYA: Pelaksanaan Identiti Digital Nasional atau Digital ID akan memastikan perlindungan data peribadi dan keselamatan siber sentiasa terkawal selain memudah cara perkhidmatan awam dan swasta, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Beliau berkata pelaksanaan Digital ID juga tidak memerlukan perakaman biometrik seperti cap jari, pengecaman wajah atau iris pengguna, dan pendaftaran Digital ID hanya memerlukan MyKad serta imbasan cap jari untuk kesahihan, sama seperti pengguna menjalankan urusan di bank.
"Pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi 'MyDigital ID' dan mengimbas kod QR bagi mencipta 'MyDigital ID' dalam telefon bimbit. Jadi tak ada nak rakam atau tanam cip (dalam badan)," katanya kepada media selepas membuat pendaftaran Digital ID sebelum menghadiri mesyuarat Kabinet, di sini hari ini.
Katanya Digital ID memberi akses kepada perkhidmatan awam dari segi bantuan serta semua aplikasi kerajaan dengan mennggunakan 'single log in' atau log masuk tunggal menerusi MyDigital ID.
"Maksudnya dengan adanya MyDigital ID ini kalau kita buka MyJPJ, MyJalan, (kemudian) kita pergi ke LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) - tak payah nak ingat kata laluan lagi, semua akan guna satu log masuk sahaja.
"Itulah sebenarnya manfaat paling besar apabila kita gunakan MyDigital ID, lebih pantas. Di pihak kerajaan pula dan juga mana-mana pihak yang ingin menggunakan MyDigital ID, ada penjimatan sebab tak payah bina apa yang disebut sebagai pangkalan data komponen e-KYC (electronic Know Your Customer). Semua akan rujuk dengan Jabatan Pendaftaran Negara," katanya.
Fahmi berkata pihaknya menyasarkan 1.6 juta pengguna Digital ID iaitu kebanyakannya penjawat awam, memandangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan mereka berbuat demikian sebagai permulaan.
Beliau berkata walaupun terdapat kelonggaran pada peringkat awal untuk tidak perlu mendaftar dengan Digital ID bagi mendapatkan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), namun pada masa akan datang terdapat keperluan dan kewajaran untuk mendaftar, kerana ia memudahkan banyak proses, di samping menimatkan kerajaan dan memudahkan rakyat.
Digital ID merupakan suatu bentuk pengenalan diri individu secara digital yang bakal dimanfaatkan sektor awam dan swasta, untuk mengesahkan identiti pengguna semasa melakukan transaksi dalam talian.
Tanpa menggantikan sistem MyKad, Digital ID merupakan platform yang dipercayai dan selamat, serta memudahkan pengesahan identiti bagi mengelakkan penipuan identiti dalam urusan secara dalam talian.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 01 2023

Fahmi berkata, pendaftaran Digital ID hanya memerlukan MyKad serta imbasan cap jari untuk kesahihan. - Gambar/ Bernama

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 1 Disember 2023.

PM Anwar individu pertama Malaysia miliki Digital ID
Digital ID ialah suatu bentuk pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital, yang bakal dimanfaatkan sektor awam dan swasta.