KUALA LUMPUR:Saluran khusus TV Pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV KPM sedikit sebanyak membantu menyelesaikan beban dan permasalahan dalam pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan berkata ini termasuk isu kekangan peralatan peranti elektronik dan capaian Internet yang dihadapi pelajar terutama di luar bandar.
"Meskipun ia agak lambat dilaksanakan yang sepatutnya lebih awal lagi, namun akhirnya ia nanti boleh dimanfaatkan oleh rakyat sebagai bantuan kepada PdPR dan pendidikan secara menyeluruh.
"Perancangan untuk Perdana Menteri menyempurnakan pelancaran saluran itu pada hari pertama siarannya juga menunjukkan satu petanda bahawa negara begitu prihatin terhadap pendidikan," katanya dalam panggilan video secara langsung di Buletin Bernama, yang disiarkan Bernama TV di sini hari ini.
Beliau berkata dengan adanya DidikTV KPM, pendidikan yang berkualiti dan bermutu tinggi dapat dicapai oleh semua rakyat negara ini, tanpa berlakunya keciciran terutama mereka yang tinggal di luar bandar dan pedalaman.
BACA: KPM perkenal DidikTV KPM mulai 17 Feb
Namun katanya, penggunaan saluran pendidikan sebagai medium sokongan pembelajaran tidak seharusnya hanya ketika negara berhadapan pandemik, tetapi untuk jangka masa panjang, sebagaimana negara luar.
"Selepas pandemik COVID-19 ini berlalu, kita boleh manfaatkan sebaik-baiknya DidikTV KPM ini sepertimana TV pendidikan di United Kingdom, Amerika Syarikat, German, Jepun dan Korea...patut kita contohi dan manfaatkan sebaik mungkin," katanya.
Dalam masa sama, Mohamad Ali turut menyarankan kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan agar mengkaji dan memperhalusi kembali kerelevanan DidikTV KPM disiarkan sehingga lewat malam.
"Kenapa perlu menyalurkan siaran sampai pukul 12 tengah malam? Saya kira anak-anak perlu berehat... seharusnya sampai pukul 10 malam sudah mencukupi.
"Dalam masa sama, penjadualan perlu diperhalusi dan pertindihan patut dielakkan dengan mengambil perhatian terhadap pemasalahan yang dihadapi keluarga yang mempunyai ramai anak yang perlu belajar, maka ia perlu diambil kira dalam jadual itu," katanya.
DidikTV KPM yang akan bermula 17 Feb ini, boleh ditonton menerusi saluran 107 di MYTV, saluran 147 di ASTRO dan saluran ntv7 di TV UNIFI bermula 7 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 15 2021

DidikTV KPM yang akan bermula 17 Feb ini, boleh ditonton menerusi saluran 107 di MYTV, saluran 147 di ASTRO dan saluran ntv7 di TV UNIFI bermula 7 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Ini 5 perkara penting dalam sidang media Menteri Kanan Pendidikan
Saluran TV Pendidikan di TV Okey RTM akan ditayangkan selama 2 jam, Astro Tutor TV (4 jam) sementara DidikTV KPM (15 jam) setiap hari.

KPM diminta perjelas hala tuju TV Pendidikan
Dalam kenyataan sama, mereka turut mempersoalkan mengenai jumlah pembayaran yang telah diberikan kepada syarikat penyedia kandungan tersebut.

PdPR: Masalah peranti, majoriti hilang minat belajar - Kajian UNICEF, UNFPA
8 daripada 10 keluarga berkata anak-anak mereka tidak mampu menumpukan perhatian, 6 daripada 10 berkata anak-anak mereka sudah hilang minat belajar.

PPD sebagai 'one stop centre' selesai masalah PdPR, DidikTV - PIBGN
PPD adalah medium terbaik untuk berhubung dengan ibu bapa yang menghadapi kerumitan.

TV Pendidikan diteruskan, sasar pelajar tertentu - Radzi
Keputusan dibuat memandangkan situasi tidak terjangka pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini boleh mempengaruhi sebarang keputusan KPM.

Tindakan kecam, ketawakan guru sains DidikTV perbuatan buli siber - Saifuddin Abdullah
Tindakan sebahagian warganet mengecam dan mentertawakan, penyampaian seorang guru sains semasa mengajar dalam bahasa Inggeris di saluran DidikTV, merupakan satu perbuatan buli siber.

DidikTV KPM bantu pelaksanaan PdPR - Muhyiddin
Sebagai salah satu inisiatif dalam mempelbagaikan sumber pembelajaran serta bagi membantu murid yang tidak mempunyai akses internet atau peranti yang sesuai untuk pembelajaran secara dalam talian.

Tiada perubahan dalam pemilikan ntv7 - Media Prima
Media Prima memaklumkan ia juga tidak berhenti operasi seperti tanggapan dan laporan sesetengah pihak susulan berita pelancaran DidikTV.

Selamat tinggal ntv7, anda akan dirindui, kata warga maya
Saluran yang mengimbau kenangan zaman kanak-kanak bagi mereka yang lahir sekitar tahun 1980-an akan diganti dengan DidikTV KPM.

DidikTV mampu bantu selesaikan masalah PdPR - PIBGN
Saluran khusus TV Pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV KPM sedikit sebanyak membantu menyelesaikan beban dan permasalahan dalam pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).