PUTRAJAYA: Seorang lelaki hari ini terlepas daripada hukuman gantung apabila Mahkamah Rayuan di sini mengetepikan sabitan dan hukuman mati terhadapnya kerana mengedar dadah jenis kanabis seberat 1.6 kilogram, empat tahun lepas.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Kamaludin Md Said memerintahkan bekas pekerja bengkel membaiki sofa, Ahmad Kamil Anuar, 37, dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan itu selepas mendapati terdapat kekhilafan dari segi fakta dan undang-undang oleh hakim Mahkamah Tinggi ketika mensabitkannya dengan kesalahan mengedar dadah.
"Kami berpuas hati sabitan terhadap perayu adalah tidak selamat untuk dikekalkan. Oleh itu, sabitan diketepikan dan perayu dilepas dan dibebaskan," kata Kamaludin yang bersidang bersama-sama Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk Hashim Hamzah.
Kelihatan isteri kepada perayu, yang hadir pada prosiding hari ini menangis teresak-esak semasa panel hakim memberi keputusan dan sebaik sahaja mahkamah berhenti bersidang, bapa Ahmad Kamil yang turut dilihat menangis mendekati anaknya sambil menggosok kepala lelaki itu dengan lembut sebelum pergi ke arah menantunya dan menenangkan wanita tersebut.
Ahmad Kamil merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Sept 2020 yang menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadapnya kerana didapati bersalah mengedar dadah jenis kanabis seberat 1.6 kilogram di sebuah pangsapuri di Wangsa Maju pada 3.45 petang, 7 Okt 2018.
Pertuduhan terhadap lelaki itu dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Atiqah Abdul Karim @ Husaini manakala peguam Ahmad Zaharil Muhaiyar dan Bisyri Abdul Razak, mewakili Ahmad Kamil.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 06 2022
![Didakwa edar 1.6kg kanabis: Lelaki terlepas tali gantung Didakwa edar 1.6kg kanabis: Lelaki terlepas tali gantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71649241206_TBCourtHammer.jpg)
Terdapat kekhilafan dari segi fakta dan undang-undang oleh hakim Mahkamah Tinggi ketika mensabitkannya dengan kesalahan mengedar dadah. - Gambar hiasan
![Tikam rakan serumah 11 kali: Suspek lari, terjun dari tingkat lima Tikam rakan serumah 11 kali: Suspek lari, terjun dari tingkat lima](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721227164_TBTIKAM.jpg)
Tikam rakan serumah 11 kali: Suspek lari, terjun dari tingkat lima
Seorang lelaki ditemui berlumuran darah dengan 11 kesan tikaman di badan dipercayai dilakukan rakan serumahnya di sebuah rumah pangsa di Desa Mentari.
![Perhalusi gaji premium TVET antara cadangan dimuktamad oleh JTDC - TPM Zahid Perhalusi gaji premium TVET antara cadangan dimuktamad oleh JTDC - TPM Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721222055_ZahidHamidi.jpg)
Perhalusi gaji premium TVET antara cadangan dimuktamad oleh JTDC - TPM Zahid
Ahmad Zahid berkata cadangan memperhalusi gaji premium bagi graduan TVET dijangka mampu diperluas ke negeri lain.
AWANI 7:45 [17/07/2024] - Jangan lebarkan kaya dan miskin | Suspek belum digantung tugas | Baki kontrak setahun | Risiko tiada wang persaraan
#AWANI745 malam ini bersama Dzulfitri Yusof;
1. Setiap dasar digital perlu sampai ke akar rakyat, kata PM
2. Polis cari bukti di lokasi kedua, 26 rakam percakapan, siasatan pembunuhan Nur Farah Kartini
3. Kim Pan-Gon kena bayar pampasan 3.16 juta ringgit kepada FAM
4. 60 peratus tenaga buruh di Sabah tidak daftar KWSP
1. Setiap dasar digital perlu sampai ke akar rakyat, kata PM
2. Polis cari bukti di lokasi kedua, 26 rakam percakapan, siasatan pembunuhan Nur Farah Kartini
3. Kim Pan-Gon kena bayar pampasan 3.16 juta ringgit kepada FAM
4. 60 peratus tenaga buruh di Sabah tidak daftar KWSP
![Bekas pengawal keselamatan bunuh anak rakan terlepas hukuman mati Bekas pengawal keselamatan bunuh anak rakan terlepas hukuman mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721226300_TBBUNUHRTEMAJA.jpg)
Bekas pengawal keselamatan bunuh anak rakan terlepas hukuman mati
Panel hakim membuat keputusan itu selepas membenarkan semakan D. Kalaiselvan, 59, berhubung hukuman mati terhadapnya.
![MAIS sedang teliti kenyataan bertulis Ustaz Don MAIS sedang teliti kenyataan bertulis Ustaz Don](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721224913_DonDaniyalDonBiya.jpg)
MAIS sedang teliti kenyataan bertulis Ustaz Don
MAIS berkata pihaknya akan membuat keputusan yang terbaik berdasarkan kenyataan yang diterima daripada pendakwah itu baru-baru ini.
![Pemergian Kim Pan-gon: Beri kebebasan untuk Pau Marti berkarya - Penganalisis sukan Pemergian Kim Pan-gon: Beri kebebasan untuk Pau Marti berkarya - Penganalisis sukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81645082994_PauMartiVicenteF.jpg)
Pemergian Kim Pan-gon: Beri kebebasan untuk Pau Marti berkarya - Penganalisis sukan
Pengulas Astro ARENA, Zainal Abidin Rawop berpandangan skuad negara masih berada di tahap yang sama, dan masih sukar menembusi kedudukan 100 terbaik dunia.
![Parlimen: KKM pastikan RUU Perubatan dikuat kuasa segera - Dr Dzulkefly Parlimen: KKM pastikan RUU Perubatan dikuat kuasa segera - Dr Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721221006_DzulkeflyAhmad.jpg)
Parlimen: KKM pastikan RUU Perubatan dikuat kuasa segera - Dr Dzulkefly
Kementerian Kesihatan (KKM) akan memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Perubatan (Pindaan) 2024 yang diluluskan di Dewan Rakyat hari ini dikuatkuasakan secepat mungkin.
![Pasport 'terbang': SPRM Sabah tahan tiga penguat kuasa Pasport 'terbang': SPRM Sabah tahan tiga penguat kuasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720757513_sprmbernama.jpg)
Pasport 'terbang': SPRM Sabah tahan tiga penguat kuasa
Sindiket yang dipercayai bergerak aktif sejak tahun lepas itu disyaki memberikan rasuah kira-kira RM300,000 kepada penguat kuasa terbabit.
![28 pelajar keracunan makanan selepas makan ayam tandoori 28 pelajar keracunan makanan selepas makan ayam tandoori](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721223722_stomachache.jpg)
28 pelajar keracunan makanan selepas makan ayam tandoori
Kesemua mereka dikatakan mengalami gejala keracunan selepas makan ayam tandoori goreng yang dihidangkan sebagai menu tengah hari.
![JBPM pandang serius dakwaan rasuah, lobi naik pangkat JBPM pandang serius dakwaan rasuah, lobi naik pangkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707816618_TBDATUKNORHISHAM.jpg)
JBPM pandang serius dakwaan rasuah, lobi naik pangkat
Ketua Pengarah JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad berkata pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan tersebut.
![Hukuman gantung 6 lelaki bunuh Kevin Morais kekal Hukuman gantung 6 lelaki bunuh Kevin Morais kekal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51668590558_KEVIN.jpg)
Hukuman gantung 6 lelaki bunuh Kevin Morais kekal
Keputusan secara sebulat suara itu diputuskan panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail.
![Miliki dadah, buruh terlepas hukuman gantung, diganti penjara 10 tahun Miliki dadah, buruh terlepas hukuman gantung, diganti penjara 10 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707904981_TBCourtHammer.jpg)
Miliki dadah, buruh terlepas hukuman gantung, diganti penjara 10 tahun
Seorang buruh terlepas daripada hukuman gantung apabila Mahkamah Rayuan mengetepikan sabitan dan hukuman mati atas kesalahannya mengedar dadah.
!['Pengantin kanak-kanak' bunuh suami dihukum gantung sampai mati 'Pengantin kanak-kanak' bunuh suami dihukum gantung sampai mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703122401_TBpengantinkanak.jpg)
'Pengantin kanak-kanak' bunuh suami dihukum gantung sampai mati
Samira dipenjarakan sejak sedekad lalu dan dihukum bunuh ketika waktu subuh pada Rabu di penjara Ghezel Hesar.
![Suami isteri warga Indonesia mengaku salah bunuh majikan Suami isteri warga Indonesia mengaku salah bunuh majikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61701247705_TBbunuhmajikanjp.jpg)
Suami isteri warga Indonesia mengaku salah bunuh majikan
Sepasang suami isteri warga Indonesia mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh majikan mereka di Kulai, tiga tahun lepas.
![Jurukimpal bunuh suri rumah terlepas hukuman gantung, diganti penjara 35 tahun Jurukimpal bunuh suri rumah terlepas hukuman gantung, diganti penjara 35 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699265464_TBCourtHammer.jpg)
Jurukimpal bunuh suri rumah terlepas hukuman gantung, diganti penjara 35 tahun
Jurukimpal terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan meringankan hukuman mati terhadapnya kepada penjara 35 tahun kerana membunuh seorang suri rumah.
![Tiga lelaki terlepas tali gantung, dipenjara 15 tahun miliki dadah Tiga lelaki terlepas tali gantung, dipenjara 15 tahun miliki dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645164283_HukumSebatPenjara.jpg)
Tiga lelaki terlepas tali gantung, dipenjara 15 tahun miliki dadah
K. Dinakaran, 43, bersama warga Bangladesh, Asraful Alam, 28, dan rakyat India, Arivazhagan Murugesan, 50, masing-masing dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan rotan.
![Kes edar ganja: Kontraktor terlepas hukuman gantung Kes edar ganja: Kontraktor terlepas hukuman gantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694686016_TBCourtHammer.jpg)
Kes edar ganja: Kontraktor terlepas hukuman gantung
Seorang kontraktor terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengetepikan sabitan dan hukuman mati terhadapnya bagi kesalahan mengedar dadah.
![Remaja 17 tahun didakwa bunuh rakan Remaja 17 tahun didakwa bunuh rakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693539255_TBbunuhrakanjpg.jpg)
Remaja 17 tahun didakwa bunuh rakan
Remaja itu didakwa membunuh P. Hariaran, 21, di tepi jalan pasir Kampung Sungai Payung Baroh, 20 Ogos lalu.
![3 jalani hukuman gantung di Iraq terlibat pengeboman Daesh ragut 300 nyawa 3 jalani hukuman gantung di Iraq terlibat pengeboman Daesh ragut 300 nyawa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61674803551_TBpakistan.jpg)
3 jalani hukuman gantung di Iraq terlibat pengeboman Daesh ragut 300 nyawa
Perdana Menteri Iraq Mohammed al-Soudani menyifatkan hukuman itu "adil" semasa pertemuan dengan keluarga mangsa.
![Bunuh: Terlepas hukuman gantung, 2 rakan dipenjara 5 tahun Bunuh: Terlepas hukuman gantung, 2 rakan dipenjara 5 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41683622895_TERLEPASHUKUMANGAN.jpg)
Bunuh: Terlepas hukuman gantung, 2 rakan dipenjara 5 tahun
Dua rakan terlepas hukuman gantung di Mahkamah Tinggi Ipoh pada Selasa selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan membunuh seorang lelaki tanpa niat.