Dewan Rakyat hari ini telah meluluskan Rang Undang-Undang Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2015 atau SOSMA.
Akta berkenaan diluluskan tanpa pindaan selepas dibahaskan lebih lima jam oleh Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang.
Semasa perbahasan, pihak pembangkang telah mengusulkan supaya empat fasal dipinda termasuk mencadangkan untuk menggugurkan seksyen baru iaitu Seksyen 18 (B) yang menyentuh mengenai komunikasi suami isteri.
Usul itu bagaimanapun gagal apabila tidak mendapat sokongan majoriti.
Isnin lalu, kerajaan telah membentangkan tujuh RUU merangkumi dua akta baharu serta lima pindaan terhadap undang-undang sedia ada.
Ia adalah bertujuan bagi membendung aktiviti jenayah di negara ini.
Dua akta baharu yang dibentangkan itu ialah RUU Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) dan RUU Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015.
Haider Yutim
Wed Apr 08 2015
Akta itu diluluskan tanpa pindaan selepas dibahaskan lebih lima jam.
Unjuran pertumbuhan KDNK 2025 sebanyak 4.5-5.5 peratus adalah munasabah - Ahli ekonomi
Belanjawan 2025 adalah langkah terbaik untuk mengimbangi keutamaan ekonomi dengan realiti politik.
Semua negara wajib tamatkan pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin - Suruhanjaya Siasatan PBB
Pendudukan Israel adalah punca utama kepada kitaran keganasan yang tidak berkesudahan dan konflik selama beberapa dekad.
Dijangka jana sebahagian besar pertumbuhan ekonomi global
BRICS memainkan peranan luar biasa dalam ekonomi global pada masa kini dan diyakini meningkat di masa depan.
Enam maut, 25 cedera bas terbabas di Turkiye
Enam terbunuh manakala 25 cedera apabila sebuah bas terbabas lalu terbalik di Aksaray wilayah tengah Turki, pada Jumaat.
Polis giat cari warga amerika yang disyaki diculik
Pihak berkuasa Filipina pada Jumaat melancarkan pencarian seorang warga Amerika Syarikat yang dipercayai diculik kumpulan bersenjata di selatan Filipina.
Singapura tahan remaja bawah ISA, rancang lakukan serangan
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dalam satu kenyataan berkata pelajar yang radikal diri itu merupakan penyokong tegar kumpulan Daesh, juga merancang pergi ke Syria, untuk terlibat dalam keganasan bersenjata.
Pasukan pengaman disasar secara sengaja - Jurucakap UNIFIL
Jurucakap itu berkata kedudukan mereka telah berulang kali diserang di Lubnan, sekali gus meletakkan pasukan pengaman dalam bahaya.
Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal
Tengku Mahkota Pahang itu dalam kemas kini di Instagram Story hari ini menambah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat dilaksanakan.
Empat lelaki didakwa rompak jongkong emas RM710,000
Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Jumaat, atas pertuduhan merompak jongkong emak bernilai RM710,000, awal bulan lalu.
Tiga penunggang motosikal maut dalam kemalangan berasingan di LPT2
Tiga lelaki dipercayai peserta program EX5 Members 4.0 maut dalam dua kemalangan berasingan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Kemaman hari ini.
Armada kecam Ahli Parlimen pembangkang tidak sokong usul SOSMA
Wan Ahmad Fayhsal mendakwa, pihak pembangkang masih mengutamakan perbezaan politik berbanding kepentingan rakyat.
Penolakan usul lanjut tempoh SOSMA: PDRM guna pakai peruntukan lain - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengguna pakai peruntukan lain bagi kes disiasat Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) selepas 31 Julai ini.
Bekas Timbalan Pendakwa Raya diburu, disyaki terlibat sindiket pengubahan wang haram
Polis Johor sedang memburu seorang bekas timbalan pendakwa raya yang disyaki terbabit dalam sindiket berkaitan pengubahan wang haram.
Peruntukan bersifat 'menindas dan kejam' dalam SOSMA perlu dipinda, dimansuh - Gobind
Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo menegaskan bahawa mana-mana peruntukan bersifat 'menindas dan kejam' di bawah SOSMA perlu dipinda atau dimansuhkan.
Hanipa cabar Zahid debat isu Sosma
Menurutnya, melalui kaedah itu juga orang ramai dapat difahamkan mengapa Pakatan Harapan (PH) memilih untuk menarik balik pelaksanaan akta yang turut dikenali sebagai Sosma itu.
Tempoh maksimum 28 hari tahanan Sosma sesuai - Nur Jazlan
Beliau menegaskan polis memerlukan tempoh maksimum berkenaan memandangkan penyiasatan terhadap kes di bawah SOSMA seperti keganasan adalah kompleks dan rumit.
Tiga suspek warga asing ditangkap terlibat aktiviti keganasan
Tangkapan hasil daripada dua operasi khas oleh bahagian Counter-Terrorism Cawangan Khas pada 28 Mac dan 22 April tahun ini.