Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo menegaskan bahawa mana-mana peruntukan bersifat 'oppressive dan draconian' atau 'menindas dan kejam' di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA) perlu dipinda atau dimansuhkan.
Gobind berkata beliau akan membangkitkan perkara tersebut dalam mesyuarat kabinet esok.
"Saya rasa kita ambil pendirian, bukan sahaja sekarang tetapi (dari) dahulu bahawa peruntukan dalam SOSMA ini adalah peruntukan yang 'oppresive dan draconian'," katanya kepada pemberita selepas menemui wakil keluarga tahanan SOSMA, di luar bangunan Parlimen.
"Kita ada satu undang-undang yang membenarkan tahanan 28 hari tanpa ada sebarang hak tahanan tersebut untuk hadir di hadapan mahkamah, dan untuk mahkamah buat keputusan sama ada ya atau tidak untuk lanjutkan atau sebaliknya. Ini perkara yang luar biasa dan disebut sebagai menindas," kata Gobind.
Beliau berkata di bawah peruntukan SOSMA sekarang, selepas mereka dituduh di mahkamah, tidak ada peruntukan yang membenarkan jaminan.
"Kalau menang bicara mereka tetap ditahan sehingga habis proses rayuan," kata Gobind yang mempunyai latar belakang sebagai seorang peguam.
Beliau berkata ia merupakan perkara yang disebut dari dahulu bahawa ia tidak adil dan pindaan serta pemansuhan peruntukan berkenaan perlu dibuat dengan kadar segera.
"Walaupun kita dalam kerajaan sekarang, tapi ia telah digunakan untuk kes baharu," katanya.
Beliau berkata rakyat menilai apa yang kerajaan laksanakan dan menambah kata pindaan dan pemansuhan tersebut perlu dibuat dengan segera.
Terdahulu itu, kira-kira 50 wakil keluarga lima tahanan SOSMA diketuai isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek, V.Umah Devi berkumpul di luar bangunan Parlimen bagi menyerahkan memorandum kepada kerajaan bagi membantah penggunaan SOSMA dan penahanan tanpa bicara.
Memorandum itu kemudian diterima pegawai kanan Yang Dipertua Dewan Rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 21 2019
![Peruntukan bersifat 'menindas dan kejam' dalam SOSMA perlu dipinda, dimansuh - Gobind Peruntukan bersifat 'menindas dan kejam' dalam SOSMA perlu dipinda, dimansuh - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/61559729815_GobindSingh.jpg)
Gobind berkata beliau akan membangkitkan perkara tersebut dalam mesyuarat kabinet esok. - Gambar fail/BERNAMA
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Armada kecam Ahli Parlimen pembangkang tidak sokong usul SOSMA Armada kecam Ahli Parlimen pembangkang tidak sokong usul SOSMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41643983080_WanAhmadFayhsalo.jpg)
Armada kecam Ahli Parlimen pembangkang tidak sokong usul SOSMA
Wan Ahmad Fayhsal mendakwa, pihak pembangkang masih mengutamakan perbezaan politik berbanding kepentingan rakyat.
![Penolakan usul lanjut tempoh SOSMA: PDRM guna pakai peruntukan lain - KPN Penolakan usul lanjut tempoh SOSMA: PDRM guna pakai peruntukan lain - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/61635554697_DatukSeriAcrylSa.jpg)
Penolakan usul lanjut tempoh SOSMA: PDRM guna pakai peruntukan lain - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengguna pakai peruntukan lain bagi kes disiasat Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) selepas 31 Julai ini.
![Bekas Timbalan Pendakwa Raya diburu, disyaki terlibat sindiket pengubahan wang haram Bekas Timbalan Pendakwa Raya diburu, disyaki terlibat sindiket pengubahan wang haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71611967320_KetuaPolisJohorDa.jpg)
Bekas Timbalan Pendakwa Raya diburu, disyaki terlibat sindiket pengubahan wang haram
Polis Johor sedang memburu seorang bekas timbalan pendakwa raya yang disyaki terbabit dalam sindiket berkaitan pengubahan wang haram.
![Peruntukan bersifat 'menindas dan kejam' dalam SOSMA perlu dipinda, dimansuh - Gobind Peruntukan bersifat 'menindas dan kejam' dalam SOSMA perlu dipinda, dimansuh - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/61559729815_GobindSingh.jpg)
Peruntukan bersifat 'menindas dan kejam' dalam SOSMA perlu dipinda, dimansuh - Gobind
Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo menegaskan bahawa mana-mana peruntukan bersifat 'menindas dan kejam' di bawah SOSMA perlu dipinda atau dimansuhkan.
![Hanipa cabar Zahid debat isu Sosma Hanipa cabar Zahid debat isu Sosma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/61532407486_zahidhanipa.jpg)
Hanipa cabar Zahid debat isu Sosma
Menurutnya, melalui kaedah itu juga orang ramai dapat difahamkan mengapa Pakatan Harapan (PH) memilih untuk menarik balik pelaksanaan akta yang turut dikenali sebagai Sosma itu.
![Tempoh maksimum 28 hari tahanan Sosma sesuai - Nur Jazlan Tempoh maksimum 28 hari tahanan Sosma sesuai - Nur Jazlan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/81483285198_NurJazlanMohamed.jpg)
Tempoh maksimum 28 hari tahanan Sosma sesuai - Nur Jazlan
Beliau menegaskan polis memerlukan tempoh maksimum berkenaan memandangkan penyiasatan terhadap kes di bawah SOSMA seperti keganasan adalah kompleks dan rumit.
![Tiga suspek warga asing ditangkap terlibat aktiviti keganasan Tiga suspek warga asing ditangkap terlibat aktiviti keganasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/51463141909_SuspekMilitan.jpg)
Tiga suspek warga asing ditangkap terlibat aktiviti keganasan
Tangkapan hasil daripada dua operasi khas oleh bahagian Counter-Terrorism Cawangan Khas pada 28 Mac dan 22 April tahun ini.