RUU yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan pada 18 Okt itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju.
Menurut takwim Parlimen, perbahasan RUU itu bagi peringkat jawatankuasa akan berlangsung mulai esok hingga 3 Dis.
Belanjawan 2025 memperuntukkan RM421 bilion, terbesar dalam sejarah dan diselaraskan secara strategik dengan kerangka Ekonomi MADANI.
Ia memberikan tumpuan kepada menarik pelaburan berkualiti tinggi, memacu peluang perniagaan, melaksanakan projek untuk kesejahteraan rakyat dan tidak menjejaskan kemampuan mereka dalam membeli barangan keperluan dan perkhidmatan.
Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok.
-- BERNAMA