KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Kesihatan Mental (Pindaan) 2023, yang antara lain membolehkan pegawai intervensi krisis menangkap mana-mana orang yang cuba membunuh diri.
Timbalan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Ramkarpal Singh berkata pindaan itu bertujuan meminda Akta Kesihatan Mental 2001 (Akta 615), susulan pemansuhan kesalahan percubaan bunuh diri di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan (Akta 574).
"Buat masa ini pegawai intervensi krisis hanya melibatkan pegawai polis, pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, pegawai bomba dan pegawai bomba bantuan, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan pegawai kebajikan masyarakat, kerana proses selamatkan mangsa perlu latihan spesifik dan kepakaran yang mencukupi.
"Kuasa yang diberikan juga ialah masuk secara paksa ke dalam premis dan mana-mana bahagian premis yang berlaku cubaan bunuh diri. Oleh yang demikian pemilihan kuasa untuk menyelamat, diberi kepada institusi yang dinyatakan mengambil kira potensi untuk bertindak sebagai seorang pegawai krisis," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Kesihatan Mental (Pindaan) 2023, di sini hari ini.
Rang undang-undang yang dibentangkan pada 4 April lepas untuk bacaan kali pertama, diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Ramkarpal.
Ramkarpal turut menjelaskan perkataan tangkapan yang digunakan di bawah akta tersebut perlu diambil dalam konteks iaitu untuk menyelamatkan mangsa.
"Berkenaan penggunaan istilah tangkapan, seperti saya tekankan beberapa kali bahawa dalam konteks ini yang perlu kita ingat ialah penangkapan atau penahanan adalah dengan jelas merujuk kepada satu senario penyelamatan," katanya.
Terdahulu, seramai 13 Ahli Parlimen mengambil bahagian pada sesi perbahasan rang undang-undang berkenaan.
Semalam, Dewan Rakyat turut meluluskan rang undang-undang berkaitan bunuh diri iaitu Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023 (Akta 574) dan Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No. 2) 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 23 2023
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh ketika pembentangan Rang Undang-Undang pada Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
Banduan Islam di penjara Narathiwat dihidang makanan halal - Jurucakap
Enam tahanan Malaysia yang berada di penjara berkenaan berkeadaan baik dan mereka tidak membuat apa-apa aduan setakat ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [9 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
ARRC: Hafizh Syahrin manfaat fasiliti berkelas dunia JDT di Padang Seri Gelam
Hafizh sedang melakukan persediaan menjelang pusingan terakhir ARRC 2024 di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand bermula 6 hingga 8 Disember depan.
Buy Now Pay Later ibarat hutang buku '555', tiada duit tapi mahu melaram - Penganalisis
Zaman dulu konsep berhutang satu aib, malu kalau kita berhutang tapi sekarang konsep itu tidak wujud lagi kerana yang penting kita ada sesuatu untuk menunjuk-nunjuk.
Lawatan PM Anwar ke Mesir tingkatkan hubungan dua hala - Duta
PM Anwar mengadakan lawatan rasmi ke Mesir bermula hari ini hingga 12 November atas jemputan jemputan Presiden Abdel Fattah El-Sisi.
Trump peroleh AS$500 juta hanya dengan satu hantaran di media sosial
Selepas menulis beliau tidak berhasrat menjual kepentingannya, dengan serta-merta, nilai saham berkenaan melonjak sehingga hampir 15 peratus.
Mourinho didenda, digantung kerana kritik pegawai perlawanan di Turkiye
Tindakan Mourinho dianggap "bercanggah dengan semangat kesukanan, etika sukan atau konsep permainan adil" dan "mengurangkan nilai" bola sepak di Turkiye.
SPRM ambil keterangan bekas pegawai khas Najib
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah hari ini, selesai mengambil keterangan bekas pegawai khas mantan perdana menteri berhubung kes meminta dan menerima rasuah daripada seorang pendakwah selebriti.
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru, dari 14 hingga 16 November.
Musk sertai perbualan telefon Trump dengan Zelenskyy - Laporan
Trump dan Musk berada di Mar-a-Lago, kediaman dan kelab Trump di Palm Beach, ketika panggilan itu dibuat.
Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang Kesihatan Mental (Pindaan) 2023
Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Kesihatan Mental (Pindaan) 2023, yang antara lain membolehkan pegawai intervensi krisis menangkap mana-mana orang yang cuba membunuh diri.