KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2022 bagi menambah baik liputan keselamatan sosial dengan meningkatkan faedah tertentu yang diterima pekerja.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata peningkatan had maksimum siling gaji bulanan daripada RM4,000 kepada RM5,000 bagi caruman akan menambah baik perlindungan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Beliau berkata peningkatan itu melibatkan faedah bagi Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 seperti faedah hilang upaya sementara, faedah hilang upaya kekal, pencen ilat dan pencen penakat.
"Bagi menjelaskan lagi perkara ini, saya memberikan contoh sekiranya seorang pekerja yang berumur 30 tahun dan bergaji melebihi RM5,000 layak menerima faedah hilang upaya kekal, pengiraan bayaran pukal bagi pekerja itu mengikut siling gaji sedia ada berjumlah RM177,252.30.
"Bagaimanapun, berdasarkan pengiraan siling gaji yang baharu, pekerja akan menerima sejumlah RM222,126.30. Dalam hal ini, terdapat peningkatan sebanyak 25.3 peratus bagi siling gaji baharu berbanding siling gaji sedia ada," katanya ketika membentangkan rang undang-undang itu untuk bacaan kali kedua.
Ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu, Saravanan berkata pindaan terbabit adalah wajar untuk memberi perlindungan lebih meluas kepada mereka yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM5,000 memandangkan kos sara hidup kini telah meningkat.
Beliau berkata terdapat 7.78 juta pekerja warganegara dan sejuta pekerja asing berdaftar dengan Perkeso setakat Mei 2022 dan daripada jumlah itu, sejumlah 464,155 merupakan majikan yang tidak aktif.
Saravanan turut memaklumkan bahawa sejumlah 19.7 juta warganegara dan 1.94 juta bukan warganegara pekerja berdaftar dalam sistem Perkeso manakala bilangan penerima faedah keseluruhan ialah 678,329 orang setakat Disember 2021.
"Bayaran faedah pula berjumlah RM4.334 bilion setakat 2021. Bagi tahun 2022 setakat Mei, penerima faedah adalah berjumlah 664,265 pekerja dengan bayaran berjumlah RM1.958 bilion.
"Pekerja yang ditimpa kemalangan dalam bulan pertama bekerja layak menerima faedah di bawah Perkeso walaupun belum mencarum. Apabila mereka terima surat tawaran walaupun belum mencarum, mereka masih layak," katanya.
Persidangan Dewan bersambung Isnin.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 21 2022
![Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2022 Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658415943_MenteriSumberManus.jpg)
Menteri Sumber Manusia merangkap Ahli Parlimen Tapah Datuk Seri M Saravanan ketika memberi ucapan Pergulungan Perbahasan pada Mesyuarat Pertama Penggal Kelima, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
![Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai? Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117483_KimPangon.jpg)
Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?
Bekas pengendali skuad negara itu dilaporkan sedang menjadi calon utama untuk mengisi jawatan pengurus kelab gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai.
![Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-12/41482504881_TamanTasikTitiwang.jpg)
Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau
Daripada keluasan itu, sebanyak 977.55 hektar tanah telah diwartakan, manakala 1,416.24 hektar tanah lapang yang berpotensi akan dan sedang dalam proses diwartakan.
Guna jawatan untuk projek pembekalan, suami isteri ditahan
Sepasang suami isteri direman enam hari dalam siasatan penyalahgunaan jawatan untuk mendapatkan projek pembekalan bernilai lebih RM200,000.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
DBKL ubah lalu lintas Jalan Sultan Ismail bermula 22 Julai
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan perubahan lalu lintas di Jalan Sultan Ismail berkuat kuasa 22 Julai ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721116604_ChongZheminDewan.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
[TERKINI] Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka kembali teguh
Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka teguh sepanjang tahun ini, demikian menurut BMI, iaitu syarikat Fitch Solitions.
![Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721102947_suspekbunuhNurFar.jpg)
Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM
Anggota berusia 26 tahun terbabit bertugas di Balai Polis Slim River di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim dengan pangkat lans koperal.
![Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117052_SaifulNizamSaharud.jpg)
Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta
Seorang perunding pelaburan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1 juta.
Purata suhu meningkat 0.24 darjah celcius per dekad
Berdasarkan rekod dari tahun 1969 hingga 2019, purata suhu bulanan di Semenanjung Malaysia pada bulan Mei 2024 adalah 28.8 darjah celcius manakala purata suhu bulanan pada bulan Mei 1974 iaitu 50 tahun yang lalu adalah 26.6 darjah celcius.
ADUN dari kerajaan perpaduan sertai Pas
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
![Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2022 Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658415943_MenteriSumberManus.jpg)
Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2022
Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2022 bagi menambah baik liputan keselamatan sosial dengan meningkatkan faedah tertentu yang diterima pekerja.