KUALA LUMPUR:Dewan Rakyat hari ini buat pertama kali menyaksikan tiga Ahli Parlimen yang menjalani perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) diarahkan mengenakan pakaian perlindungan diri (PPE).
Bagaimanapun, 'kemunculan' tiga Ahli Parlimen tersebut pada sesi pengundian belah bahagian Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) di Galeri Awam menimbulkan perdebatan di Dewan Rakyat.
Tiga Ahli Parlimen tersebut ialah Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba; Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan; dan P. Prabakaran (PH-Batu).
Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Xavier Jayakumar bangkit mempersoalkan tindakan Yang Dipertua Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berhubung kehadiran tiga Ahli Parlimen berkenaan, yang disifatkan memberikan risiko individu-individu lain.
Namun, Azhar menegaskan keputusan membenarkan mereka hadir adalah bagi membolehkan tiga Ahli Parlimen itu menjalankan pengundian.
"Pada Khamis lalu terdapat beberapa Ahli Parlimen belah sana (pembangkang) tidak mematuhi arahan kuarantin dan datang mengundi.
"Saya tidak mahu perkara itu berlaku dan lebih baik mengatur pengundian ini.
"Saya akan mengambil tindakan (terhadap Ahli Parlimen pembangkang). Pada pengiraan saya, daripada orang tidak mematuhi perintah kuarantin, lebih baik saya 'regulate' pengundian," katanya di Dewan Rakyat, di sini pada Isnin.
Sejurus selepas itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bangkit dan sekali lagi meminta penjelasan dan rasional keputusan membenarkan Ahli Parlimen berkenaan berada di Galeri Awam.
Azhar mengulangi pendirian dengan menegaskan keputusannya adalah bagi memboleh Ahli Parlimen berkenaan menjalankan pengundian.
Terdahulu, Azhar berkata Ahli Parlimen berkenaan akan dibawa menaiki ambulans dan sejurus tiba di Parlimen akan ditempatkan di bilik khas.
Hasimi Muhamad
Mon Dec 14 2020
Tiga Ahli Parlimen tersebut ialah Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba; Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan; dan P. Prabakaran (PH-Batu) - Gambar Facebook Wee Ka Siong
Polis siasat pelampung gelongsor timpa pengunjung di Taman Tema I-City
Permainan gelongsor air kaca di i-City yang tular apabila pelampung tiba-tiba terjatuh dan menimpa pengunjung belum mendapat kelulusan MBSA untuk beroperasi.
WEF2025: Decoding World Economic Forum 2025
A wrap-up to the key discussions and outcomes of the World Economic Forum 2025, highlighting some of the world's professionals, industry leaders, and experts. The forum explored the theme "Collaboration for the Intelligent Age," showcasing how global leaders are addressing pressing issues such as geo-economic uncertainty, climate change, and technological innovation. #WEF2025
Kotak hitam masih belum ditemukan, penyiasat masih meneliti perlanggaran udara di AS
Homendy berkata agensinya akan beri ruang kepada pasukan penyelamat untuk menjalankan misi pemulihan sebelum memulakan penyiasatan.
Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 5.31 mata kepada 1,547.38 berbanding paras penutup Selasa pada 1,552.69.
AWANI Ringkas: Tegakkan undang-undang antarabangsa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar 8.30 pagi.
AWANI Pagi: seruan inovasi untuk revolusi industri getah
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin membincangkan mengenai revolusi dalam industri getah melalui inovasi dan teknologi terkini bertujuan menarik minat golongan muda sebagaimana saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Prestasi Pasaran Saham: Faktor penurunan dan pemacu utama
Bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof untuk membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelembapan pasaran saham baru-baru ini dan implikasinya terhadap pelabur.
The Hague: 9 negara termasuk Malaysia bincang pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh Israel
Kumpulan The Hague akan umum langkah-langkah undang-undang, ekonomi dan diplomatik bagi memastikan Israel bertanggungjawab.
Kerajaan Malaysia, Jepun segerakan pembangunan semula Gaza - PM Anwar
Kerajaan bersama Kementerian Luar telah mendapat kepastian untuk menyegerakan pelaksanaan program pembagunan semula Gaza, Palestin.
Prabowo yakin isu sempadan, tenaga kerja dapat diselesaikan secara tertib
Prabowo berkata isu tenaga kerja dan sempadan yang sekian lama dibahas antara kedua-dua negara berjiran itu boleh diselesaikan, sekiranya pemimpin mempunyai iltizam politik untuk bekerjasama.
Ketokohan Anwar kunci utama kemampuan Malaysia angkat suara Asean ke pentas dunia
Ketokohan PM Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi kunci utama kepada kemampuan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN, untuk meningkatkan imej seterusnya membawa suara blok itu ke pentas dunia.
Prabowo junjung kasih kepada Sultan Ibrahim atas pengurniaan darjah
Prabowo berkata pengurniaan darjah tersebut menjadi lambang keakraban hubungan antara dirinya dengan Sultan Ibrahim serta kerabat Kesultanan Johor.
Prabowo ambil berat ketika fasa duka lara - PM Anwar
Anwar berkata, Prabowo tidak pernah meninggalkan beliau ketika melalui fasa duka lara beberapa tahun lalu.
Malaysia, Indonesia sepakat teroka aliran baharu sektor minyak
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia melibatkan kerjasama dua syarikat gergasi minyak Petronas dan Pertamina.
Prabowo tiba di Menara Berkembar, adakan pertemuan tertutup dengan PM Anwar
Difahamkan, pertemuan akan membincangkan langkah memperkukuh kerjasama dua hala dan isu-isu global melibatkan kepentingan kedua-dua negara.
10 wakil peSAWAH serah memorandum kepada PMO
Pengerusi PeSAWAH, Abdul Rashid Yob dalam satu kenyataan berkata kenaikan harga itu penting bagi memastikan kelangsungan hidup pesawah dan menjamin bekalan makanan negara.
Israk dan Mikraj: Perjalanan spritual dengan impak besar - PM Anwar
Ia satu perjalanan spiritual yang hadir bersama amanah solat dan mempunyai dampak yang besar kepada roh dan kekuatan dalaman umat Islam.