Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) digantung dua hari daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat kerana mengganggu perjalanan mesyuarat.
Keputusan itu dibuat Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon selepas beberapa kali memberi amaran kepada Tajuddin.
Beberapa Ahli Parlimen pembangkang dilihat menggangu perjalanan penggulungan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad dengan mencelah tanpa kebenaran Speaker.
Kekecohan pada sesi penggulungan tersebut bermula saat Khalid bangun membahas isu tanah Kampong Baru dan ia berlanjutan hampir 20 minit.
Rashid yang berkali-kali memberi amaran, bagaimanapun bertindak menggantung Tajuddin daripada menghadiri mesyuarat selepas beliau terus mengingkari amaran.
Bagaimanapun, Rashid memberi laluan untuk Tajuddin kekal di dalam Dewan Rakyat selepas beliau tetap ingkar untuk keluar.
Rashid pada masa sama turut memberi amaran kepada Khalid yang dilihat ketawa kecil tatkala membuat penggulungan.
Tindakan Khalid itu menyebabkan beberapa Ahli Parlimen pembangkang menganggap ia sebagai satu provokasi kekecohan.
“Ahli-ahli Yang Berhormat lain sila duduk. Senyap. Saya minta Menteri (Khalid) buat (penggulungan) secara lebih serius,” katanya.
Khalid juga berterusan diganggu Ahli Parlimen pembangkang sehingga beliau selesai melakukan penggulungan.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Oct 31 2019
![Dewan Rakyat kecoh:Tajuddin Rahman diusir, Khalid Samad ditegur Speaker Dewan Rakyat kecoh:Tajuddin Rahman diusir, Khalid Samad ditegur Speaker](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/61522665525_TAJUDDINABDRAHMAN.jpg)
Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) digantung dua hari daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat kerana mengganggu perjalanan mesyuarat. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Ahli Parlimen disaran guna peruntukan bantu pertingkat jalur lebar di sekolah Ahli Parlimen disaran guna peruntukan bantu pertingkat jalur lebar di sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81688895521_TBFahmiFadzil.jpg)
Ahli Parlimen disaran guna peruntukan bantu pertingkat jalur lebar di sekolah
Ahli Parlimen yang menerima peruntukan daripada kerajaan Persekutuan dicadang untuk menggunakannya bagi membantu mempertingkat perkhidmatan jalur lebar di sekolah.
![92 Ahli Parlimen India digantung tugas 92 Ahli Parlimen India digantung tugas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702911086_IndianParliamentN.jpg)
92 Ahli Parlimen India digantung tugas
Seramai 33 anggota Dewan Rakyat dan 45 anggota Dewan Negara digantung tugas pada Isnin manakala 14 lagi telah digantung tugas minggu lalu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691941883_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 November 2023.
![Kerajaan Itali mahu haramkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi Kerajaan Itali mahu haramkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-10/41570580902_Generalview.jpg)
Kerajaan Itali mahu haramkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Kerajaan Itali berhasrat untuk mengharamkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi.
![PM Anwar tegur sikap Ahli Parlimen, minta jaga tatasusila PM Anwar tegur sikap Ahli Parlimen, minta jaga tatasusila](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61671509320_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar tegur sikap Ahli Parlimen, minta jaga tatasusila
Jangan biarkan rakyat ketawa melihat seluruh Dewan ini seperti sarkas, pesan Perdana Menteri.
![PRU15: Tun M setuju tindakan isytihar harta, tapi bukan musim pilihan raya semata-mata PRU15: Tun M setuju tindakan isytihar harta, tapi bukan musim pilihan raya semata-mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61667395362_MAHATHIR.jpg)
PRU15: Tun M setuju tindakan isytihar harta, tapi bukan musim pilihan raya semata-mata
Dr Mahathir berkata, perkara itu perlu dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu bagi mewajibkan ahli Parlimen mengisytihar harta masing-masing.
![Tidak sampai satu jam, Dewan Rakyat 'panas' dengan pertikaman lidah Ahli Parlimen Tidak sampai satu jam, Dewan Rakyat 'panas' dengan pertikaman lidah Ahli Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/81627271001_DewanRakyatsidang.jpg)
Tidak sampai satu jam, Dewan Rakyat 'panas' dengan pertikaman lidah Ahli Parlimen
Beberapa perkataan yang agak panas seperti "letak jawatan" dan "derhaka" turut dikeluarkan sepanjang sejam mesyuarat itu berlangsung.
![Parti atau pengundi Parti atau pengundi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/71614099345_TBParlimen.jpg)
Parti atau pengundi
Sebarang kesilapan di dalam pemilihan calon dalam pilihan raya boleh membawa kesan yang harus ditanggung oleh setiap rakyat di negara ini.
![Tiada asas ugut Ahli Parlimen sokong Belanjawan 2021 - Tun M Tiada asas ugut Ahli Parlimen sokong Belanjawan 2021 - Tun M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/61603972189_sidangmedia.jpg)
Tiada asas ugut Ahli Parlimen sokong Belanjawan 2021 - Tun M
Tun Dr Mahathir berkata Tengku Zafrul dan pemimpin kerajaan lain amat tidak bertanggungjawab dengan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan.
![Peruntukan untuk pembangkang ditarik balik, mana keadilannya? - Syed Saddiq Peruntukan untuk pembangkang ditarik balik, mana keadilannya? - Syed Saddiq](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-07/81562149498_MenteriBeliadanSu.jpg)
Peruntukan untuk pembangkang ditarik balik, mana keadilannya? - Syed Saddiq
Persoalan itu dilontarkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada Rabu.