KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo hari ini mempersoalkan siasatan mengenai isu kartel dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) seperti yang didedahkan oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador sebelum ini.
Sewaktu membahaskan usul menjunjung kasih dan Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Isnin, Gobind berkata siasatan terhadap dakwaan tersebut tidak sewajarnya dilakukan secara dalaman, selain menggesa agar hasil siasatan terhadap kes tersebut didedahkan.
Beliau dalam masa yang sama turut menyelar kenyataan Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki yang mendakwa isu kartel dalam PDRM adalah masalah dalaman pasukan itu.
"Saya hendak tanya di sini adakah kesalahan-kesalahan rasuah, dan kesalahan yang didedahkan oleh Ketua Polis Negara itu (Abdul Hamid) boleh diselesaikan secara dalaman?
"Apa yang membawa kepada beza pegawai-pegawai polis apabila berlakunya satu jenayah? Kenapa mereka ini diambil tindakan secara dalaman? Kalau Ketua Polis Negara yang bawa aduan ini dan tiada tindakan, bagaimana kita ada keyakinan dalam kerajaan?," soalnya di Dewan Rakyat, hari ini.
BACA: Isu kartel masalah dalaman PDRM, SPRM tidak masuk campur
Media sebelum ini melaporkan Abdul Hamid mendedahkan wujud gerakan dalam kalangan pegawai muda PDRM yang bercita-cita menjatuhkannya serta mendakwa gerakan itu juga merupakan kumpulan sama yang mendalangi kartel dalam PDRM dengan hasrat mendominasi pasukan keselamatan negara demi kepentingan mereka.
Mengulas lanjut, Gobind berkata sehingga kini tiada sebarang kenyataan dibuat berhubung siasatan dalaman tersebut.
Dalam masa yang sama, beliau turut mempersoalkan tindakan SPRM yang menyiasat sendiri kes melibatkan tiga pegawainya berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes membabitkan seorang bekas ketua jabatan.
"Bagaimana ianya boleh disiasat oleh SPRM? Ini menjadi satu perkara yang kita lihat akan jadi kes, di mana dinasihatkan supaya disiasat secara dalaman?
"Tuan Speaker, ini kes yang dihadap ke mahkamah, barang kes yang telah melalui proses mahkamah boleh lesap, dan SPRM dalam kenyataan, kata jangan buat spekulasi.
"Kalau tiada butir-butir, rakyat akan buat spekulasi kerana SPRM yang gagal memberi butir-butir (berhubung siasatan)," katanya lagi.
Ahli Parlimen Lembah Pantai (PKR), Fahmi Fadzil kemudian senada dengan pendirian Gobind bahawa SPRM tidak sewajarnya menyiasat kes melibatkan pegawai mereka.
Hasimi Muhamad
Mon Sep 20 2021

Gobind berkata siasatan terhadap dakwaan tersebut tidak sewajarnya dilakukan secara dalaman, selain menggesa agar hasil siasatan terhadap kes tersebut didedahkan. - Gambar fail/BERNAMA
Beri perhatian 10 cadangan projek di Negeri Sembilan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Kementerian Ekonomi memberikan perhatian khusus kepada 10 cadangan projek keutamaan di Negeri Sembilan, khususnya berkaitan projek tebatan banjir.
Jalan TAR meriah, warga kota buat persiapan raya
Lintas langsung wartawan Astro AWANI, Hasimi Muhamad di Bazar Aidilfitri di Jalan Tunku Abdul Rahman KL
Masyarakat lega beras putih tempatan kembali ke pasaran
Orang ramai menarik nafas lega apabila stok beras putih tempatan yang 'hilang' sejak tahun lalu sudah kembali di pasaraya setempat.
Penjenayah ditembak mati di besut disyaki terlibat edar dadah
Polis percaya suspek yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Besut, Terengganu awal pagi Ahad terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.
Polis terima laporan pelajar sekolah didakwa dibuli
Polis menerima laporan daripada tujuh pelajar sebuah sekolah berasrama penuh di Teluk Intan yang mendakwa menjadi mangsa buli pelajar senior dalam satu kejadian pada 8 Mac lepas.
JAIS diarah mulakan semakan tauliah mengajar MAIS - EXCO
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diarah memulakan semakan sekiranya agamawan atau guru terkait dengan kes mencederakan seorang remaja lelaki di Kajang baru-baru ini memegang sebarang bentuk tauliah mengajar yang diberikan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Mac 2025.

Imigresen Kelantan tahan 35 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menahan 35 pendatang tanpa izin menerusi operasi penguatkuasaan yang dijalankan sekitar bandar ini termasuk di Terminal Bas Lembah Sireh semalam.
Tumpuan Isnin – 17 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (16 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Persatuan Hartanah Bumiputera bantah RUU Pembaharuan Semula Bandar
Persatuan Hartanah Bumiputera itu juga mempersoalkan mengapa RUU URA perlu dibentangkan ketika ini.

Transaksi 'beli dulu, bayar kemudian' naik ketara kepada RM7.1 bilion - Amir Hamzah
Jumlah transaksi skim pengguna 'beli sekarang, bayar kemudian' (BNPL) meningkat ketara pada separuh kedua 2024 kepada RM7.1 bilion.

Selaraskan perundangan CCUS, elak pertindihan persekutuan dan Sarawak - TPM
Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri kini sedang berusaha untuk menyelaraskan undang-undang mengenai pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Mac 2025.

RM55 juta diperuntukkan selenggara sistem pengairan saliran pertanian seluruh negara
Sejumlah RM55 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan penyelenggaraan sistem pengairan dan saliran pertanian di seluruh negara di bawah KPKM tahun ini.

Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang KWSP (Pindaan) 2025
RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahas lapan Ahli Parlimen blok kerajaan dan pembangkang.

10 Rang Undang-Undang termasuk Perkhidmatan Parlimen diluluskan sidang Dewan Rakyat kali ini
Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 yang berakhir hari ini telah meluluskan 10 rang undang-undang termasuk kelulusan bersejarah Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025.

Kerajaan adakan jerayawara dapatkan maklum balas RUU Pembiayaan Politik - Azalina
Kerajaan akan mengadakan jerayawara ke seluruh negara bagi mendapatkan maklum balas mengenai cadangan Rang Undang-Undang Pembiayaan Politik.

RUU Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 diluluskan
RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju, selepas dibahaskan 11 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Dewan Rakyat lulus RUU CCUS 2025, beri peluang pengembangan pelaburan, ekonomi negara
Dewan Rakyat secara sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) 2025 hari ini untuk memberi peluang kepada pengembangan pelaburan dan ekon