KUALA LUMPUR:Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul pemotongan dana bagi Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) sebanyak RM45 juta bagi butiran di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Dengan kelulusan itu, dana untuk JASA yang kini dikenali sebagai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), sebelum ini sebanyak RM85.5 juta, kini tinggal RM40.5 juta.
Keputusan itu diumumkan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun selepas kertas pindaan yang dibawa Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Abdul Rahim Bakri (Bersatu-Kudat), selesai dibahaskan.
Dalam pada itu, cubaan lima Ahli Parlimen iaitu Datuk Seri Wifred Madius Tangau (UPKO-Tuaran), Maria Chin Abdullah (PH-Petaling Jaya), Ahmad Fahmi Mohamed Fadzi (PH-Lembah Pantai), Fuziah Salleh (PH-Kuantan), dan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir (Bebas-Jerlun) untuk memansuhkan J-KOM tidak dipersetujui majoriti ahli Dewan Rakyat.
Wilfred ketika membentangkan usul itu berkata, sewajarnya keseluruhan peruntukan RM85.5 juta untuk jabatan itu disalurkan terus kepada Kementerian Kesihatan bagi memberi keutamaan kepada petugas kesihatan.
“JASA atau J-Kom bertindih dengan agensi kerajaan, iaitu untuk menjelaskan dasar kerajaan, kita ada UKK diketuai gred 54, dan pegawai penerangan Selain itu Jabatan Penerangan boleh mainkan peranan penting dalam jelaskan dasar kerajaan, selain Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas).
“Misi JASA atau J-KOM ini ialah propaganda politik untuk kerajaan. Tak adil untuk belanja duit rakyat dengan tujuan untuk menyebar propaganda politik. Kerajaan tidak sepatutnya masih berniat politik ketika era pandemik COVID-19,” katanya lagi.
Sementara itu, Fuziah berkata, penjelasan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah bahawa J-KOM itu bertujuan untuk memperkasakan komuniti adalah tidak jelas, memandangkan sudah ada program pemerkasaan komuniti.
Ujarnya lagi di bawah Jabatan Penerangan, sudah pun ada program komuniti seperti Komuniti Harapan dan Komuniti Lestari.
“Walau apa hujah diberikan KKMM, penggerak komuniti ini semua kerja-kerja politik yang bertopengkan jabatan baharu,” katanya lagi.
Senada dengan rakan-rakan dalam blok Pembangkang, Mukhriz berkata sepatutnya peruntukan tersebut terus disalurkan kepada Jabatan Penerangan.
“Kita juga faham, JASA ada kelebihan berbanding JAPEN, iaitu mereka mempunyai jabatan penerangan yang wujud sampai setiap pelosok negara.
“Ini satu jentera yang sangat berkesan untuk buat kerja kerajaan kalau ia diberikan arahan yang baik. Tapi ia tercemar apabila jadi satu alat politik untuk menggambarkan benda tak betul dilakukan parti pemerintah,” tegasnya lagi.
Ketika menggulung, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata, J-KOM walaupun dijenamakan semula daripada JASA, namun ia mempunyai peranan dan fungsi yang jauh berbeza.
“Saya sebut kerjasama antara agensi, kementerian, daripada waktu saya gulung di peringkat dasar dulu lagi. Saya nak sebut di sini bahawa banyak agensi di bawah KKMM ini cuma ada di peringkat kebangsaan dan negeri.
“Contohnya SKMM, MdeC, MyNIC, CSM, dan Finas. Ada waktunya sebahagian daripada tugasan dan termasuk beri kesan kepada peruntukan, tak sempat dibelanjakan. Bukan kerana tidak pandai atau kelemahan pegawai, tapi memang tak ada foot soldiers di peringkat daerah,” katanya lagi.
Selain itu, Saifuddin berkata, J-KOM mempunyai peranan yang lebih spesifik dan menyeluruh dalam memastikan dasar serta inisiatif Kerajaan dapat disampaikan dan dihulurkan dengan lebih berkesan kepada masyarakat.
Firdaus Azil
Thu Dec 10 2020

Saifuddin berkata, J-KOM mempunyai peranan yang lebih spesifik dan menyeluruh dalam memastikan dasar serta inisiatif Kerajaan dapat disampaikan dan dihulurkan dengan lebih berkesan kepada masyarakat. - Gambar fail
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Pengusaha stesen minyak dibenar gajikan pekerja asing di kafe, kedai runcit
Kerajaan secara dasar bersetuju untuk memberikan kebenaran kepada pengusaha stesen minyak menggaji pekerja asing bagi kerja-kerja pembersihan serta pencucian di kafe dan kedai runcit stesen minyak.

Mengapa sambut meriah kapal tentera laut China? - Saifuddin
Sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China di Pelabuhan Pulau Pinang disifatkan 'tidak masuk akal'.

MoU: Penting demi pelihara identiti nasional, elak ancam semangat demokrasi berparlimen - Saifuddin
Menurut Saifuddin, ia adalah sebahagian daripada sarat nilai (value loaded) yang diterapkan parti itu.

Serangan Iran terhadap Israel untuk tuntut keadilan - Saifuddin
Semua pihak diingatkan supaya melihat serangan balas Iran terhadap Israel sebagai tindakan bagi menuntut keadilan dan menegakkan kebenaran.

ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.

Parlimen: Saifuddin mahu Timbalan Menteri Luar tarik kenyataan berhubung 'pengiktirafan Israel'
Kenyataan Mohamad mengelirukan Dewan Rakyat di bawah Aturan 36(12) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, dan boleh menjejaskan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Palestin.

Penganjuran Sukan Komanwel: JKPK Parlimen panggil KBS
Nasib Sukan Komanwel 2026 masih menjadi tanda tanya selepas Victoria di Australia, yang sepatutnya menjadi tuan rumah edisi ke-23 itu, menarik diri pada Julai tahun lepas

PRK Pelangai: Majoriti BN jelas merosot - Saifuddin
Perikatan Nasional (PN) Pahang bersikap positif meskipun kalah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

PRN: Tindakan Dr Faiz Na'aman keluar parti tak beri kesan kepada Bersatu
Bersatu tidak terkesan dengan keputusan Dr Muhammad Faiz Na'aman meninggalkan parti itu.

LHDN serbu rumah Hamzah: Helah politik murahan burukkan PN - Saifuddin
Tindakan LHDN menyerbu rumah Hamzah Zainudin disifatkan Saifuddin sebagai cubaan untuk memburukkan PN dan helah politik murahan parti lawan.