Tindakan wakil rakyat yang berpakaian serba hitam ketika perasmian mesyuarat pertama penggal ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ketiga belas minggu lalu turut mendapat perhatian serius Mesyuarat Dewan Negara Perak yang bersidang pada Sabtu.
Dewan itu yang bersidang di Istana Iskandariah Kuala Kangsar memberi teguran keras terhadap cara berpakaian yang disifatkan melanggar adat.
Setiausaha Dewan Negara Perak, Datuk Ayob Hashim berkata, perbuatan tersebut turut mencerminkan sikap tidak beradab, bukan sahaja kepada Dewan Negeri, malah kepada Raja Pemerintah yang telah berangkat mencemar duli untuk memberi kemuliaan dan pengiktirafan kepada dewan itu.
"Ahli-Ahli Dewan Negara mengingatkan bahawa di negeri Perak, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan telah berkenan setiap tahun menetapkan dua acara yang dikategorikan istimewa dan dimuliakan sebagai hari penuh istiadat yang dirujuk sebagai 'Hari Kalung'.
"Pertama, istiadat sambutan ulang tahun keputeraan Raja Pemerintah yang istiadatnya dilangsungkan dalam Balairung Seri Istana Iskandariah dan kedua, istiadat perasmian persidangan DUN yang dilangsungkan dalam ruang Dewan Negeri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, beliau memberitahu, ahli-ahli Dewan Negara menetapkan pendirian dan menyembah cadangan kepada Paduka Seri Sultan Perak agar di masa hadapan bersifat tegas terhadap mana-mana pihak yang memilih tidak mematuhi adab dan tidak menghormati adat di dalam sesuatu majlis.
Ketika perasmian sidang Dewan Undangan Negeri Perak pada 31 Mac lalu, sebahagian wakil rakyat pembangkang memakai pakaian berwarna hitam, tidak seperti kebiasaan pakaian istiadat.
Ketua Pembangkang Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata tindakan mereka memakai pakaian serba hitam antaranya sebagai tanda protes dan solidariti terhadap Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjalani hukuman penjara.
Tindakan protes itu juga sebagai menunjukkan rasa marah atas kenaikan harga barang kini dan penguatkuasaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang mula dilaksanakan pada 1 April.
Astro Awani
Sun Apr 12 2015
Tindakan wakil rakyat yang berpakaian serba hitam ketika perasmian mesyuarat pertama penggal ketika Dewan Undangan Negari (DUN) Perak ketiga belas minggu lalu turut mendapat perhatian serius Mesyuarat Dewan Negara Perak yang bersidang pada Sabtu.
Vietjet lancar penerbangan terus Hanoi-Kuala Lumpur, tingkatkan kesalinghubungan ASEAN
Syarikat penerbangan Vietjet, mengumumkan perkhidmatan baharu penerbangan terus di antara Hanoi dengan Kuala Lumpur.
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 23 November 2024
1️⃣ Selepas 14 tahun, kapal perang Amerika kembali ke Malaysia
2️⃣ SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
3️⃣ JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut tanpa tauliah
#awaniringkas
1️⃣ Selepas 14 tahun, kapal perang Amerika kembali ke Malaysia
2️⃣ SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
3️⃣ JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut tanpa tauliah
#awaniringkas
Video lelaki menyerupai wanita didakwa memalukan bola sepak Kedah
KDA FC perlu memberikan penjelasan berhubung video promosi yang memaparkan pempengaruh seorang lelaki menyerupai wanita dalam kempen menarik penyokong hadir.
JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.
Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.
Tiada bukti pencemaran Pantai Esen disebabkan penambakan
Siasatan masih dijalankan termasuk ujian makmal sampel yang diambil di kawasan berkenaan oleh agensi berkaitan.
MCMC diminta teliti saluran notis bencana tanpa perlu lalui SMS - Fahmi
MCMC telah diminta untuk meneliti satu saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
PM berseloroh ambil gaji tahun depan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara berseloroh menyatakan beliau akan mengambil gaji bermula tahun hadapan.
11 mangsa ditempatkan di PPS Segamat
Johor menjadi negeri seterusnya dilanda banjir susulan Monsun Timur Laut.