Usul mewajibkan semua anggota pentadbiran dan ahli Parlimen mengisytiharkan harta masing-masing diluluskan pada persidangan Dewan Negara hari ini.
Usul yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong diluluskan menerusi undi belah bahagian, selepas mendapat sokongan 34 daripada 57 Ahli Dewan Negara yang mengundi.
Terdahulu, ketika membentangkan usul itu, Liew berkata pengisytiharan harta hendaklah dibuat oleh Ahli Dewan Negara termasuk suami atau isteri, anak dan pemegang amanah dalam Akuan Berkanun dan hendaklah dikemukakan kepada Yang Dipertua Dewan Negara dan disalinkan kepada Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Katanya hanya butiran pengisytiharan harta Ahli Dewan Negara yang akan dipaparkan di portal SPRM selama tiga bulan.
Ketika menggulung perbahasan usul itu, Liew berkata setakat ini tidak timbul isu keselamatan susulan pengisytiharan harta oleh menteri dan timbalan menteri yang dilaksana dan dipaparkan di portal SPRM, sejak Oktober tahun lepas.
"Saya pun sudah mengisytihar harta dan ia dimasukkan dalam portal SPRM. Isu keselamatan saya dan keluarga tidak wujud sama sekali dan sehingga kini ia tidak menjejaskan keselamatan.
"Kes saya, saya diwariskan beberapa harta daripada mendiang ayah dan ibu saya, jadi nilai harta itu dari tahun ke tahun meningkat sehingga jutaan. Tetapi itu hanya nilai tanah, daripada segi tunai itu saya tidak ada, itu hanya menunjukkan nilai aset yang dimiliki, bukan kedudukan kewangan wakil rakyat pada waktu itu," katanya.
Menurut Liew, pihaknya juga tidak menerima aduan pembocoran maklumat atau gangguan daripada pihak ketiga susulan pemaparan pengisytiharan harta anggota kabinet di portal SPRM, katanya yang menjamin kerahsiaan maklumat yang diberikan.
Justeru beliau meminta ahli Dewan Negara tidak khuatir akan transformasi yang dilakukan kerajaan kini dan menganggap pengisytiharan harta itu hanyalah bagi memastikan ketelusan maklumat sekali gus membina negara yang bersih dan bebas rasuah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 22 2019

Usul yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong diluluskan menerusi undi belah bahagian, selepas mendapat sokongan 34 daripada 57 Ahli Dewan Negara yang mengundi. - Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Ahli Parlimen disaran guna peruntukan bantu pertingkat jalur lebar di sekolah
Ahli Parlimen yang menerima peruntukan daripada kerajaan Persekutuan dicadang untuk menggunakannya bagi membantu mempertingkat perkhidmatan jalur lebar di sekolah.

92 Ahli Parlimen India digantung tugas
Seramai 33 anggota Dewan Rakyat dan 45 anggota Dewan Negara digantung tugas pada Isnin manakala 14 lagi telah digantung tugas minggu lalu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 November 2023.

Kerajaan Itali mahu haramkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Kerajaan Itali berhasrat untuk mengharamkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi.

PM Anwar tegur sikap Ahli Parlimen, minta jaga tatasusila
Jangan biarkan rakyat ketawa melihat seluruh Dewan ini seperti sarkas, pesan Perdana Menteri.

PRU15: Tun M setuju tindakan isytihar harta, tapi bukan musim pilihan raya semata-mata
Dr Mahathir berkata, perkara itu perlu dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu bagi mewajibkan ahli Parlimen mengisytihar harta masing-masing.

Tidak sampai satu jam, Dewan Rakyat 'panas' dengan pertikaman lidah Ahli Parlimen
Beberapa perkataan yang agak panas seperti "letak jawatan" dan "derhaka" turut dikeluarkan sepanjang sejam mesyuarat itu berlangsung.

Parti atau pengundi
Sebarang kesilapan di dalam pemilihan calon dalam pilihan raya boleh membawa kesan yang harus ditanggung oleh setiap rakyat di negara ini.

Tiada asas ugut Ahli Parlimen sokong Belanjawan 2021 - Tun M
Tun Dr Mahathir berkata Tengku Zafrul dan pemimpin kerajaan lain amat tidak bertanggungjawab dengan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan.

Peruntukan untuk pembangkang ditarik balik, mana keadilannya? - Syed Saddiq
Persoalan itu dilontarkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada Rabu.