KUALA LUMPUR: Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Polis (Pindaan) 2024, antara lain melantik Yang di-Pertuan Agong sebagai Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memberi penghormatan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam hal ehwal istiadat PDRM.
RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas tujuh senator daripada blok kerajaan dan pembangkang mengambil bahagian pada sesi perbahasan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah ketika menggulung perbahasan berkata RUU tersebut melibatkan 10 fasal iaitu dua seksyen baharu, enam pindaan seksyen dan satu pindaan jadual sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa, fungsi serta peranan PDRM.
Beliau berkata pindaan juga bertujuan meminda Seksyen 17 Akta Polis 1967 (Akta 344) iaitu menaikkan denda maksimum daripada RM100 kepada RM5,000 bagi kegagalan mana-mana pegawai polis yang bukan lagi merupakan anggota PDRM untuk memulangkan senjata, kelengkapan, amunisi, pakaian seragam dan lain-lain.
Sementara itu, Shamsul Anuar berkata kerajaan tidak bercadang menghentikan penggunaan pasukan 'outrider' kerana pasukan itu bukan hanya mengiring 'VVIP', malah ia juga melibatkan penghantaran bahan letupan, transit wang bank negara, kertas peperiksaan dan lain-lain.
"Tujuan pasukan ini sebenarnya untuk memastikan keselamatan semasa di jalan raya, selain memastikan subjek selamat sampai ke destinasi. Penyediaan outrider ini mengikut kelayakan yang telah ditetapkan dan pelaksanaan tugas mengikut prosedur operasi standard PDRM," katanya.
Mengenai dakwaan kelulusan RUU itu dibuat secara tergesa-gesa tanpa melibatkan sesi libat urus terutama membabitkan pihak berkepentingan selain tidak mencerminkan amalan demokrasi di Malaysia, Shamsul Anuar menegaskan setiap undang-undang yang dibuat akan melibatkan kementerian dan agensi berkaitan.
"Banyak sesi libat urus telah diadakan antaranya pembentangan bersama Mesyuarat Jemaah Menteri untuk mendapatkan dasar dan rang undang-undang diikuti sesi libat urus dengan kementerian serta agensi terlibat pada Nov 2023 lepas.
"Selain itu kerajaan juga telah mendapat perkenan Majlis Raja-Raja pada 20 Feb lepas, manakala sesi libat urus bersama Ahli Parlimen pula diadakan pada Mac," katanya.
Justeru katanya pindaan itu wajar dilaksanakan supaya ia selari dengan peredaran masa kini dan bagi memastikan pentadbiran pasukan polis lebih berkesan, meningkatkan kesedaran awam, mewujudkan mekanisme cegah rintang bagi keselamatan bersama serta mengiktiraf kedudukan Yang di-Pertuan Agong dalam PDRM.
Persidangan Dewan Negara bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 01 2024
Shamsul Anuar berkata RUU tersebut melibatkan 10 fasal iaitu dua seksyen baharu, enam pindaan seksyen dan satu pindaan jadual sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa, fungsi serta peranan PDRM. - Gambar fail/Bernama
Jumlah jawatan bagi ST12024 meningkat 1.5 peratus kepada 8.94 juta - DOSM
Jumlah jawatan pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) meningkat sebanyak 1.5 peratus dari tahun ke tahun kepada 8.94 juta jawatan.
Puspal tiada kuasa tetapkan harga tiket konsert - Fahmi
Puspal berperanan untuk meneliti permohonan daripada penganjur konsert dan acara atau syarikat perfileman yang ingin membuat penggambaran dalam negara melibatkan artis luar.
57 maut, 22 masih hilang akibat banjir lava sejuk di Sumatra Barat
Pegawai kanan agensi bencana tempatan pada petang Selasa memaklumkan, banjir pada malam Sabtu itu memusnahkan bangunan, jalan raya dan kemudahan lain di Kabupaten Tanah Datar, Agam dan Pariaman, serta bandar Padang Panjang.
Rogol kanak-kanak, jurukimpal dipenjara enam tahun, satu sebatan
Seorang jurukimpal dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas pertuduhan merogol kanak-kanak berusia 11 tahun di Jelawat, Bachok pada 4 Mei lalu.
Mengimbangi aspirasi belia berkemahiran tinggi dan rendah
Beliau berkongsi pandangan dalam program Niaga AWANI pada Rabu membincangkan berkenaan topik kadar pengangguran yang menurun, namun kadar guna tenaga penuh masih lagi rendah.
[TERKINI] Sidang Media Mingguan Menteri Komunikasi
Ikuti secara langsung sidang media mingguan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil di Kompleks Kementerian Komunikasi, Putrajaya.
KBS bantu atlet kayak dilanggar pemandu mabuk
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi bantuan yang diperlukan oleh atlet kayak, Siti Nurul Masyitah Elias berikuan kecederaan parah akibat dipercayai dilanggar oleh seorang pemandu mabuk pada Sabtu.
ASP antara lima polis didakwa rompak wanita warga China RM140,000
Seorang pegawai kanan polis berpangkat ASP bersama empat anggota, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merompak seorang wanita warga China.
Pengurup wang didakwa bunuh lelaki
Seorang pengurup wang didakwa datas pertuduhan membunuh seorang lelaki dalam satu kejadian pergaduhan di Jalan Telawi, Bangsar.
Kerajaan tiada hubungan dengan sayap ketenteraan Hamas - Fahmi
Kerajaan tiada hubungan dengan sayap ketenteraan Hamas, tetapi semua parti politik dalam negara mempunyai hubungan dengan sayap politik organisasi itu atas dasar perjuangan untuk menegakkan Palestin.
Dewan Negara lulus RUU Polis (Pindaan) 2024
Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Polis (Pindaan) 2024.
Dewan Rakyat lulus RUU Polis (Pindaan) 2024
Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Polis (Pindaan) 2024, antara lain melantik Yang di-Pertuan Agong sebagai Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat Polis Diraja Malaysia (PDRM).