GEORGE TOWN: Seorang wanita didakwa di Mahkamah Sesyen George Town, Pulau Pinang atas pertuduhan mendera dua orang anaknya masing-masing berusia tiga dan lima tahun dalam kejadian Mei lepas.
Tertuduh Jenny Oon Wei Wei, 28 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Mazdi Abdul hamid.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan penderaan dan penganiayaan kepada dua anaknya iaitu lelaki dan perempuan sehingga mengakibatkan kecederaan.
Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukannya antara 13 hingga 27 Mei lalu di Blok J-13-8 Flat Rifle Range, Jalan Air Itam .
Bagi kesalahan itu, wanita yang bekerja sebagai pembantu kedai makan itu didakwa di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
BACA: Polis selamatkan dua beradik disyaki mangsa dera, tahan ibu dan nenek saudara
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dengan syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis setiap bulan.
Selain itu, mahkamah turut mengarahkan tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah selain tidak dibenarkan mengganggu mangsa atau saksi sehingga kes tersebut selesai dibicarakan.
Kes berkenaan akan disebut semula pada 6 Julai depan bagi serahan laporan perubatan dan dokumen.
Sementara itu di Mahkamah Sesyen berasingan, seorang wanita dan seorang lelaki tidak mengaku tidak bersalah atas pertuduhan penderaan ke atas kedua-dua mangsa sama pada tarikh dan waktu yang sama.
Ng Hang Moon, 52, dan Lim Kim Boon, 42, penjaga kepada mangsa masing-masing membuat pengakuan itu selepas pertuduhan di dalam bahasa Mandarin dibacakan jurubahasa mahkamah ke atas mereka di hadapan Hakim Norsalha Hamzah.
Kedua-dua mereka turut didakwa di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Shahrezal Mohd. Shukri manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
Hakim Norsalha membenarkan kedua-dua tertuduh yang masing-masing bekerja sebagai tukang cuci dan pembantu jualan durian diikat jamin masing-masing RM12,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan tidak dibenarkan mendekati atau mengganggu mangsa dan saksi kes tersebut .
Mereka juga dikehendaki melaporkan diri setiap bulan di balai polis berdekatan sehingga perbicaraan kes selesai.
Mahkamah menetapkan 4 Julai depan sebagai tarikh serahan laporan perubatan dan dokumen serta sebutan semula kes.
Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan dua beradik di Air Itam,Pulau Pinang diselamatkan Polis selepas dipercayai menjadi mangsa dera ibu dan neneknya
Polis kemudian menahan dua wanita susulan laporan polis yang dibuat seorang lelaki tempatan mengenai satu hantaran di Facebook (FB) memaparkan foto dua kanak-kanak sedang makan di restoran dengan kesan kecederaan di muka.
Astro Awani
Tue May 31 2022
Tertuduh didakwa melakukan penderaan dan penganiayaan kepada dua kanak-kanak sehingga mengakibatkan kecederaan. - Astro AWANI
KKR selesai 95.33% aduan kerosakan daripada aplikasi MYJalan
Kementerian Kerja Raya (KKR) telah menyelesaikan lebih 95 peratus aduan kerosakan jalan di bawah bidang kuasa kementerian itu yang dilaporkan dalam aplikasi MYJalan.
Bangunan Semarak20: Pengerusi, CEO Felcra Berhad diarah beri penjelasan kepada PAC
Ahmad Zahid akan mengarahkan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad, memberi penjelasan kepada PAC berhubung prestasi penjualan bangunan Komersial Semarak20.
PAC akan panggil Khazanah, PNB isu Fashion Valet, juga akan panggil NAFAS
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding berhubung kerugian pelaburan oleh Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dalam FashionValet.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, PAC akan memanggil Khazanah dan PNB susulan kerugian pelaburan dana awam berjumlah 43.9 juta ringgit dalam isu tersebut.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, PAC akan memanggil Khazanah dan PNB susulan kerugian pelaburan dana awam berjumlah 43.9 juta ringgit dalam isu tersebut.
Anggota tentera ditahan bersama pelbagai dadah
Pemeriksaan menemukan dadah jenis methamphetamin seberat 6.75 gram, 31 pil berwarna putih disyaki nitrazepam (38.39 gram) dan pil yaba (1.49 gram).
Renjatan elektrik: Syarikat bas gagal audit ICOP
Syarikat bas eskpres yang terbabit dalam insiden renjatan elektrik sehingga meragut nyawa seorang remaja lelaki gagal dalam audit ICOP.
Op Favish: Vivy dibawa keluar dari bangunan SPRM, Fadza masih di dalam
Selepas dua jam, pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dilihat meninggalkan bangunan tersebut sekitar jam 4.05 petang.
Mahkamah: 11 Dis untuk putuskan permohonan kerajaan sekat PetroSaudi guna dana 1MDB
Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Dis untuk membuat keputusan permohonan kerajaan menyekat PetroSaudi dan Pengarahnya Tarek Obaid daripada menggunakan dana 1MDB.
KPDN rampas 38,500 liter diesel disimpan di lokasi tidak berlesen
Syarikat itu disyaki memindahkan diesel dari lokasi berlesen ke lokasi tidak berlesen dan menyimpan jumlah diesel melebihi had yang dibenarkan dalam permit.
Dari mana datangnya 1.2 juta pelancong China ? - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri berkata pelancong dari China sebanyak 1.2 juta yang masuk ke Malaysia bermula dari legasi lama.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Taburan hujan 20 hingga 40 peratus lebih tinggi berbanding tahun lepas - METMalaysia
Negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung dan utara serta timur Sabah dijangka menerima taburan hujan melebihi 20 hingga 40 peratus pada musim Monsun Timur Laut tahun ini.
Dera dua beradik: Ibu, nenek dan rakan lelaki mengaku tidak bersalah
Tertuduh didakwa melakukan penderaan dan penganiayaan kepada dua kanak-kanak sehingga mengakibatkan kecederaan.
Kes dera dua beradik: Polis tahan ibu kandung dan bapa tiri
Polis masih sedang menyiasat sama ada ibu dua beradik itu terlibat sama dalam kes berkenaan.
Dera dua beradik: Bapa tiri ditahan polis
Polis menahan seorang lelaki hari ini yang dipercayai bapa tiri kepada dua beradik perempuan yang cedera disyaki didera baru-baru ini.
Suami isteri mengaku tidak bersalah dera dua beradik
Suami isteri mengaku tidak salah dera dua beradik