IPOH: Sepasang suami isteri direman enam hari oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, bagi membantu siasatan kes seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang meninggal dunia dipercayai didera.
Majistret S. Punitha membenarkan kedua-dua suspek yang merupakan ibu bapa angkat mangsa direman hingga Ahad bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, wanita berumur 27 tahun dan suaminya, 66, ditahan kira-kira jam 2.30 petang semalam.
Terdahulu, katanya, kira-kira jam 9.45 pagi, pihak polis menerima panggilan daripada pegawai perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, mengenai mangsa yang dibawa dari Taman Malkop, Silibin, ke wad kecemasan zon merah untuk bantuan kecemasan jantung dan pernafasan (CPR), namun kemudiannya disahkan meninggal dunia.
“Bertindak atas maklumat, pihak polis Daerah Ipoh telah pergi ke lokasi kejadian di sebuah rumah bagi menjalankan siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, pemeriksaan ke atas tubuh mangsa terdapat kesan lebam di seluruh anggota badan dan disyaki telah dipukul menggunakan objek tumpul.
Tambahnya, hasil bedah siasat yang dijalankan pada jam 3.30 petang semalam mendapati punca kematian adalah disebabkan ‘multiple blunt injuries’.
Menurut Abang Zainal Abidin lagi, terdapat juga luka koyak dan lebam pada salur peranakan luar dan dubur mangsa.
Sehubungan itu, polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes tersebut agar tampil memberi keterangan kepada pegawai penyiasat, ASP Norazlina Rais Ahmad di talian 013-6282176 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Katanya, pihak polis memandang serius kejadian itu dan menyeru orang ramai supaya bersabar dalam apa juga keadaan dan tidak melakukan perbuatan yang salah di sisi undang-undang.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Jun 11 2024

Suspek wanita berumur 27 tahun dan suaminya, 66, ketika dibawa ke mahkamah bagi proses permohonan reman. -Astro AWANI

Imigresen serbu 12 kilang proses e-waste haram, tahan 420 pendatang tanpa izin
Kesemua tangkapan di Jalan Buloh Kasap itu dibawa ke Depot Imigresen Machap Umboo, Melaka dan Depot Imigresen Pekan Nanas, Pontian untuk siasatan lanjut.

EU mula gantung sekatan ekonomi terhadap Syria
Beberapa langkah dalam sektor tenaga, pengangkutan dan perbankan akan ditarik balik bagi menyokong pemulihan ekonomi yang pesat.

Mesir janji pembinaan semula Gaza dalam tempoh sesingkat mungkin
Mesir telah mengemukakan cadangan untuk membina semula Gaza tanpa memindahkan penduduk Palestin.

KPN sumbang RM10,000 kepada TAWP hasil kos guaman dibayar Papagomo
Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Razarudin Husain menyumbangkan RM10,000 kepada Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) hari ini.
AWANI Ringkas: Laporan KAN | Parlimen | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Jenayah | Kesihatan | Banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Senegal meterai perjanjian damai dengan kumpulan pemisah, akhiri konflik tertua di Afrika
Casamance, yang terpisah dari utara Senegal oleh Gambia, adalah tapak satu daripada konflik tertua di Afrika yang bermula pada 1982.
Agenda AWANI: Revolusi Pendidikan Tinggi 2025
Penyediaan bakat, kewibawaan akademia serta pemindahan dan perkongsian ilmu antara fokus utama Kementerian Pendidikan Tinggi untuk tahun 2025. Ikuti temu bual khas bersama Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir 9 malam ini.

Siasatan rasuah terhadap empat bekas pegawai kanan bekas PM masih di peringkat awal - SPRM
Siasatan terhadap empat bekas pegawai kanan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang ditahan reman pada Jumaat kerana disyaki terlibat dalam rasuah, masih di peringkat awal.

Malaysia akan sediakan bantuan pendidikan, kesihatan di Baitulmaqdis - PM Anwar
Malaysia akan menyediakan bantuan khusus bagi sektor pendidikan dan kesihatan di Baitulmaqdis, Palestin selain pemulihan di Gaza, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Suami, isteri disyaki dera anak angkat hingga mati disambung reman
Reman pasangan suami isteri yang ditahan bagi membantu siasatan kes dera hingga menyebabkan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, minggu lalu dilanjutkan selama lima hari.

Dera anak angkat hingga maut, suami isteri direman enam hari
Wanita berumur 27 tahun dan suaminya, 66, ditahan kira-kira jam 2.30 petang semalam.

Polis tahan wanita warga emas dera anak angkat
Wanita itu disyaki mendera anak angkatnya secara mengheret kanak-kanak itu dengan menarik rambutnya, di atas jalan berhadapan rumahnya di Tanjung Sepat, Kuala Langat.

Dakwaan pukul anak angkat, usahawan kosmetik ditahan
Polis telah mengambil keterangan usahawan kosmetik berkenaan berhubung kes itu pada Rabu lepas.

Aliff Shukri disiasat atas tuduhan dera anak angkat
Polis sedang menyiasat usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri atas tuduhan mendera anak angkatnya yang berusia dua tahun.