Deportasi Sirul Azhar Umar, yang disabitkan kesalahan dan dihukum mati kerana membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, dari Australia akan dibincangkan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Ia akan dibincang dengan Perdana Menteri. Jika hukuman mati mandatori boleh diubah, dia (Sirul) boleh balik," kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika diminta mengulas mengenai usaha Sirul Azhar mendapatkan suaka politik ditolak oleh sebuah mahkamah Australia pada Isnin, sebagaimana dilaporkan sebuah portal berita negara itu pada Rabu.
Dr Wan Azizah ditemui selepas merasmikan ulang tahun ketiga Persatuan Usahawan Cina Malaysia (PUCM), di sini malam ini. Majlis itu bersempena ulang tahun ke-45 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Turut hadir presiden PUCM, Datuk Keith Li dan Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian.
BACA: Sirul gagal dapat suaka politik, bakal diusir dari Australia
Jurucakap Jabatan Peguam Negara Australia berkata pada Rabu, Sirul Azhar boleh diekstradisi ke Malaysia dengan syarat ada aku janji bahawa hukuman mati tidak akan dilaksanakan.
Sirul Azhar, bekas seorang pengawal peribadi, dikenakan hukuman mati itu pada 2015.
Dalam perkembangan lain, mengulas berkenaan kain rentang yang dikesan dipasang di Bangsar untuk menolak kepimpinan Perdana Menteri dan mendukung Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah berkata: "Itu perbuatan jahat untuk memecah-belahkan kami."
Mengenai hubungan bilateral Malaysia-China, Dr Wan Azizah memberi jaminan bahawa hubungan itu tetap kukuh walaupun berlaku pertukaran kerajaan.
Hubungan dagang bilateral antara kedua-dua negara itu yang berada pada tahap paling tinggi pada 2018, meningkat 13 peratus kepada US$108.6 bilion (RM443 billion) dari US$96 bilion (RM392 bilion) pada 2017, sementara jumlah pelawat China ke Malaysia bertambah hampir 30 peratus kepada 2.94 juta tahun lepas. -- Bernama
Bernama
Wed Feb 20 2019
![Deportasi Sirul dari Australia dibincang dengan PM - Wan Azizah Deportasi Sirul dari Australia dibincang dengan PM - Wan Azizah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/51547369124_WanAzizah.jpg)
DR WAN AZIZAH: Jika hukuman mati mandatori boleh diubah, dia (Sirul) boleh balik. - BERNAMA/Fail
![RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678788517_MahkamahUtama.jpg)
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
![Sirul perlu mohon semakan hukuman mati – Saifuddin Sirul perlu mohon semakan hukuman mati – Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700985972_TBKEADILAN.jpg)
Sirul perlu mohon semakan hukuman mati – Saifuddin
Ia juga menyukarkan usaha untuk menyiasat dakwaan Sirul bahawa dia menerima RM1 juta bagi menutup mulut dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada 2006.
![Sirul hanya boleh dibawa ke Malaysia jika ada permohonan semakan hukuman mati - KPN Sirul hanya boleh dibawa ke Malaysia jika ada permohonan semakan hukuman mati - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700196920_RazarudinHusainIG.jpg)
Sirul hanya boleh dibawa ke Malaysia jika ada permohonan semakan hukuman mati - KPN
Malaysia hanya boleh mengemukakan extradisi ke atas Sirul Azhar Umar yang disabitkan membunuh, Altantuya Shaariibuu sekiranya bekas anggota polis itu membuat permohonan semakan ke atas hukuman mati.
![Pembunuhan Altantuya: Dakwaan Sirul jadi kambing hitam tak pernah dibangkitkan di mahkamah - KPN Pembunuhan Altantuya: Dakwaan Sirul jadi kambing hitam tak pernah dibangkitkan di mahkamah - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700549861_RazarudinHusainIG.jpg)
Pembunuhan Altantuya: Dakwaan Sirul jadi kambing hitam tak pernah dibangkitkan di mahkamah - KPN
Dakwaan bekas anggota polis, Sirul Azhar Umar yang disabitkan membunuh Altantuya Shaariibu telah dikambing hitamkan untuk menutup mulut tidak pernah dibangkitkan di mahkamah.
![Sirul akui terima RM1 juta untuk tutup mulut Sirul akui terima RM1 juta untuk tutup mulut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700873230_TBSirul.jpg)
Sirul akui terima RM1 juta untuk tutup mulut
Dakwanya, dia dijadikan kambing hitam dan terperangkap dalam permainan politik serta mengakui menerima RM1 juta ketika berada di Australia.
![Sirul masih dalam senarai notis merah Interpol - Pengarah JSJ Sirul masih dalam senarai notis merah Interpol - Pengarah JSJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700800926_DatukSeriMohdShuh.png)
Sirul masih dalam senarai notis merah Interpol - Pengarah JSJ
Notis merah belum dibatalkan memandangkan pihak berkuasa masih berusaha membawa pulang Sirul ke Malaysia.
![Sirul mohon maaf kepada keluarga Altantuya, rayu tinggal di Australia Sirul mohon maaf kepada keluarga Altantuya, rayu tinggal di Australia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700790320_TBSirulAzharUmar.jpg)
Sirul mohon maaf kepada keluarga Altantuya, rayu tinggal di Australia
Sirul dakwa bahaya menantinya jika kembali ke tanah air dan mengaku terima RM1 juta daripada sumber yang tidak dinamakan.
![Keputusan bawa pulang Sirul Azhar akan dibincang - KPN Keputusan bawa pulang Sirul Azhar akan dibincang - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699449056_RazarudinHusainIG.jpg)
Keputusan bawa pulang Sirul Azhar akan dibincang - KPN
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Sirul Azhar dibebaskan dari Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney, Australia, semalam.
![Sirul Azhar bebas tahanan imigresen Australia Sirul Azhar bebas tahanan imigresen Australia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71652970550_SirulAzharUmar.jpg)
Sirul Azhar bebas tahanan imigresen Australia
Sirul Azhar telah meringkuk dalam tahanan imigresen di Australia sejak tuntutannya untuk suaka di negara itu ditolak pada 2019.
![Keluarga Altantuya rayu naikkan ganti rugi RM5 juta Keluarga Altantuya rayu naikkan ganti rugi RM5 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61681890983_SetevShaariibuu.jpg)
Keluarga Altantuya rayu naikkan ganti rugi RM5 juta
Dalam notis rayuan yang difailkan pada 16 Jan tahun ini, keluarga Altantuya membuat rayuan balas terhadap sebahagian daripada keputusan Mahkamah Tinggi berhubung kuantum ganti rugi.
![Kes saman Altantuya: Kerajaan, Razak Baginda fail rayuan Kes saman Altantuya: Kerajaan, Razak Baginda fail rayuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41652962908_Altantuya.jpg)
Kes saman Altantuya: Kerajaan, Razak Baginda fail rayuan
Kerajaan memfailkan notis rayuan di Mahkamah Rayuan Isnin lepas manakala Abdul Razak pada Selasa lalu.