IPOH: Kes demam denggi mencatatkan peningkatan di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan 371 kes dilaporkan sehingga 24 Sept lalu, iaitu minggu epid 38.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, ia merupakan peningkatan sebanyak 170.8 peratus berbanding 137 kes bagi tempoh sama tahun lalu.
Katanya, aktiviti pencegahan dan kawalan perlu dipertingkat, susulan musim hujan berterusan yang boleh meningkatkan densiti nyamuk aedes.
"Dari 17 hingga 27 Sept, tiada lokaliti wabak dilaporkan.
"Ini adalah hasil kerjasama semua pihak dalam melaksanakan aktiviti pencegahan, kawalan dan promosi kesihatan berkaitan kesedaran denggi.
"Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua Ahli Majlis, warga kerja MBI Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, Pasukan 'communication for behavioural impact' (COMBI) setempat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Mesyuarat Penuh Majlis Bulan September, di Dewan Mesyuarat MBI, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Rumaizi berharap supaya penglibatan semua agensi serta badan sukarela yang bertungkus lumus selama ini dapat memastikan tiada lokaliti wabak denggi dalam kawasan pentadbiran MBI.
Sementara itu, katanya, sehingga Selasa lalu, sebanyak 87 tan metrik sisa elektrik dan elektronik (e-waste) dikumpul dengan kerjasama semua pihak.
Rumaizi berkata, sasaran yang ditetapkan adalah 100 tan metrik menjelang 30 Nov tahun ini.
"Orang ramai dijemput menyertai dan membawa buangan e-waste seperti laptop, komputer, telefon bimbit, peti sejuk, pendingin hawa, mesin basuh dan lain-lain, (tidak termasuk lampu terpakai dan bateri terpakai) untuk ditukarkan kepada wang.
"Bagi meningkatkan penglibatan orang awam dan sebagai tanda penghargaan serta terima kasih kepada peserta aktiviti pengumpulan e-waste, MBI dengan kerjasama Syarikat Edsha Solutions Sdn Bhd menawarkan hadiah cabutan bertuah bernilai RM10,000 kepada semua peserta untuk dimenangi.
"Tambahan pula semua peserta yang menghantar e-waste kepada pihak kontraktor akan menerima token secara tunai mengikut harga yang telah ditetapkan," katanya lagi.
Katanya lagi, peserta juga berpeluang menyertai hadiah cabutan bertuah yang disediakan oleh pihak Jabatan Alam Sekitar berjumlah sebanyak RM33,000 di peringkat negeri.
Jelasnya, orang ramai yang mahu menghantar buangan e-waste boleh merujuk poster yang diedarkan melalui media, media sosial dan portal MBI.
Aida Aziz
Thu Sep 29 2022

Bacaan ikrar integriti sebelum Mesyuarat Penuh Majlis bermula di Dewan Mesyuarat MBI, Ipoh, hari ini. - Foto Astro AWANI

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

KKM tambah 9 lokaliti baharu pelepasan nyamuk 'berwolbachia' tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) akan menambah sembilan lagi lokaliti bagi projek pelepasan nyamuk Aedes 'BerWolbachia' melibatkan beberapa negeri di Semenanjung.

Kes denggi menurun pada ME04, tujuh kematian dilaporkan
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga ME04 ialah sebanyak 14,458 kes berbanding 8,968 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Kes denggi meningkat pada ME01, tiada kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi di negara ini meningkat kepada3,181 kes pada Minggu Epidemiologi ke-01 (ME01) 2024 iaitu bagi tempoh 31 Dis 2023 hingga 6 Jan 2024 berbanding 2,715 kes pada minggu sebelumnya.

Denggi: Pulau Pinang rekod sembilan kematian setakat 20 Nov
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang diberitahu sebanyak sembilan kematian membabitkan kes demam denggi di negeri itu direkodkan setakat 20 Nov lepas.

7,257 premis di Melaka dikesan positif pembiakan nyamuk minggu lalu
Sejumlah 7,257 daripada 62,355 premis di negeri ini yang diperiksa sehingga tempoh minggu epidemiologhi (ME) 36 dikesan positif pembiakan nyamuk.

Aedes: 3,665 kompaun dikeluarkan di Johor
Sebanyak 3,665 kompaun berjumlah RM1.82 juta telah dikeluarkan kepada pemilik premis di Johor sejak Januari hingga hari ini, kerana membiarkan premis mereka menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Denggi: 45 kematian dicatat sejak Januari
Sebanyak 45 kematian akibat denggi, dengan jumlah kumulatif sebanyak 63,966 kes demam itu direkodkan dalam tempoh Januari hingga pertengahan Julai tahun ini.

Lapan kematian akibat denggi direkod di Selangor
Jumlah kumulatif kes demam denggi di Selangor dari Januari hingga 8 Julai meningkat sebanyak 43.8 peratus (13,393 kes) dengan 30,543 kes dilaporkan berbanding 17,150 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Sebanyak 20 kawasan panas wabak denggi dikesan di Sabah - Jabatan Kesihatan
Sebanyak 20 kawasan di Sabah dikenal pasti sebagai lokasi panas wabak denggi dengan daerah Sandakan tertinggi membabitkan 11 kawasan.

142,000 telur nyamuk 'Aedes Wolbachia' dilepaskan di Kuantan
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) telah melepaskan 142,000 telur nyamuk 'Aedes Wolbachia' di dua lokaliti di daerah ini sebagai usaha mencegah dan mengawal jangkitan kes demam denggi.