PARIT: Abah... abah. Itu jeritan terakhir dapat didengar seorang lelaki dalam insiden kebakaran sebuah rumah kedai yang mengorbankan dua anaknya di Bandar Seri Iskandar di sini pada Khamis.
Kejadian sekitar jam 4.30 pagi itu mengorbankan Muhammad Fahmi Mohd Fazlan Nizam, 6, dan adiknya, Nur Fahmia berusia enam bulan selepas terperangkap dalam sebuah bilik di rumah kedai terbabit.
Ketika kejadian, dua beradik terbabit sedang nyenyak tidur di bilik hadapan tingkat 2 bangunan, sementara ibu bapanya sedang bersahur di tingkat bawah.
Bapa mangsa, Mohd Fazlan Nizam Mohamed Hamidi, 37, berkata, sebaik menyedari kebakaran berlaku, dia segera naik ke tingkat atas untuk menyelamatkan dua anaknya itu.
Bagaimanapun katanya, usaha itu gagal kerana keadaan asap terlalu tebal memenuhi ruang bangunan itu.
"Waktu saya naik tangga, saya dengar jeritan anak sulung saya memanggil abah abah beberapa kali.
"Saya menyahut dengan harapan dia dapat bertahan sementara saya cuba membawa mereka keluar.
"Tetapi tak lama jeritan itu hilang, saya cuba masuk, tetapi tak berdaya kerana sesak nafas, tiga kali saya usaha, namun tidak juga berjaya.
"Beberapa orang juga cuba membantu memanjat papan tanda dan memecahkan cermin hadapan kedai dengan harapan dapat masuk ke bilik, namun tetap juga gagal menyebabkan kami pasrah dan hanya mampu menunggu bantuan daripada pihak bomba," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Changkat Melintang di sini pada Khamis.
Dia yang mengusahakan restoran masakan tomyam bersama isteri, Mimi Doleng, 28, di tingkat bawah rumah kedai itu telah mendiami bilik berkenaan sejak hampir setahun lalu.
Dua lagi bilik di tingkat sama dijadikan penempatan lima pekerjanya.
"Mereka berdua baru sahaja masuk tidur selepas penat bermain di kawasan kedai ini. Selepas tidurkan mereka, saya dan isteri turun untuk membantu pekerja mengemas meja dan kerusi.
"Tak sangka itulah kali terakhir kami dapat tatap dan tidurkan mereka," katanya pilu.
Mohd Fazlan Nizam berkata, beberapa hari sebelum kejadian, anak sulungnya yang mesra dipanggil 'Abe' merengek mengatakan mahu balik, tetapi tidak menyatakan mahu balik ke mana.
"Selepas kejadian ini, barulah saya dapat tahu, erti balik itu mahu balik ke mana.
"Walaupun sedih kehilangan kedua-dua anak sekali gus, tetapi kami reda dan menerima ujian yang diberikan tuhan," katanya yang turut memaklumkan persiapan baju raya dua beradik itu telah pun siap.
Jenazah dua beradik berkenaan akan dikebumikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan Jalan Kampung Bali, Tronoh pada Khamis.
Datuk mangsa, Mohamed Hamidi Mohd Alias, 60, berkata, kali terakhir dapat bertemu dengan dua cucunya itu pada 1 Ramadan lepas.
Dia yang baru pulang mengerjakan ibadah umrah sempat membelikan sepasang jubah dan abaya serta perhiasan gelang untuk dua cucunya itu untuk dipakai pada hari raya pertama.
"Bila ditunjukkan jubah, cucu lelaki saya tu suka sangat dan tak sabar nak pakai, sebab ini kali pertama dia beraya dengan jubah," katanya.
Dalam kejadian itu, dua beradik berkenaan berjaya dikeluarkan anggota bomba dan pemeriksaan mendapati tiada sebarang kesan kebakaran nyata pada tubuh badan.
Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan ketika dibawa ke Hospital Changkat Melintang bagi tujuan pemeriksaan lanjut.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Apr 22 2022
Keadaan tingkat 2 yang musnah dalam kebakaran mengorbankan dua beradik di Bandar Seri Iskandar pada Khamis. (Gambar kecil: Muhammad Fahmi dan Nur Fahmia)
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Lelaki warga asing rentung, rakan terselamat
Seorang lelaki warga asing ditemui rentung manakala rakannya terselamat selepas rumah kedai yang dihuni di Dataran Millenia, Lobak, Seremban.
'Dengar jeritan panggil abah, tapi tak mampu selamatkan' - Pilu 2 anak terkorban dalam kebakaran
Kejadian sekitar jam 4.30 pagi itu mengorbankan Muhammad Fahmi Mohd Fazlan Nizam, 6, dan adiknya, Nur Fahmia berusia enam bulan.
Warga emas berkongsi detik cemas rumah kedai terbakar
Maimun hampir hilang nyawa apabila kepulan asap pantas memenuhi ruang kediamannya, sekali gus menyukarkannya bernafas.