Penalti antara RM200 hingga RM1,000 bagi penggantian pasport Malaysia yang hilang akibat kecuaian telahpun diwartakan dan dikuatkuasakan sejak 2 Jan lepas.
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Imigresen Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata denda sebanyak RM200 dikenakan kepada kepada pemilik yang kehilangan pasport kali pertama manakala kali kedua denda sebanyak RM500 dan denda RM1,000 dikenakan bagi kehilangan pasport kali ketiga.
"Bagaimanapun kehilangan akibat kecurian, rompakan, kebakaran atau bencana tertentu dikecualikan denda namun pemegang pasport perlu membuat laporan polis.
"Kes kehilangan pasport meningkat setiap tahun. Jadi denda yang dikenakan adalah kerana kita mahu pemegang pasport menjaga pasport mereka dengan rapi, berhati-hati dan bertanggungjawab," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Penolong Penguasa Imigresen Gred KP29 Siri 1 Tahun 2019 di Akademi Imigresen Malaysia di sini.
Abdul Halim berkata jabatan itu merekodkan sebanyak 83,617 kes kehilangan pasport pada tahun lepas berbanding 75,600 pada 2017 dan 44,528 pada 2016.
"Melihat perkara ini yang meningkat setiap tahun, maka ia perlu kepada satu peraturan yang ketat kerana ia membabitkan dokumen keselamatan negara," katanya.
Beliau berkata antara alasan kehilangan pasport dikalangan pemegang pasport ialah hilang dalam simpan, tersalah letak serta tercicir.
"Pasport ini perlulah disimpan ditempat yang selamat," katanya dan menambah sehingga Disember tahun lepas, sebanyak 2 juta pasport telah dikeluarkan jabatan itu.
Dalam perkembangan lain, Abdul Halim berkata sebanyak 14,724 operasi dijalankan jabatan itu diseluruh negara dengan 191,218 orang diperiksa sepanjang tahun lepas.
Daripada jumlah itu, 48,372 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 1,468 majikan ditahan.
"Bagi tempoh 1 Jan hingga 10 Jan tahun ini, sebanyak 313 operasi telah dijalankan membabitkan seramai 3, 746 individu diperiksa.
"Daripada jumlah yang diperiksa, 1,367 PATI dan 14 majikan ditahan," katanya.
Terdahulu, pada majlis itu, seramai 220 peserta menamatkan latihan dengan 151 peserta lelaki dan baki 69 orang peserta wanita.
Pada majlis itu, Abdul Matar Abdul Mutalib, 39, dinobatkan Kadet Terbaik Anugerah Ketua Pengarah Imigresen manakala Muhammad Ikhsan Ahmad, 32, sebagai Kadet Akademik Terbaik.
Muhamad Radhi Abdul Halim, 25; Kamarul Ihsan Umor, 27, dan Muliyati Hamid, 33, masing-masing dinobatkan Kadet Personaliti Terbaik, Kawad Lelaki Terbaik dan Kawad Wanita Terbaik.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ketua Eksekutif Pusat Anti Jenayah Kewangan Nasional (NAFCC) Datuk Seri Mustafar Ali, Timbalan Ketua Pengarah Operasi Mohamad Fauzi Md Isa dan Pengarah Akademi Imigresen Malaysia Jasmi Juwahir.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 12 2019
Denda sebanyak RM200 dikenakan kepada kepada pemilik yang kehilangan pasport kali pertama.
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan meninggal dunia
Datuk Abdul Halim Abdul Rahman meninggal dunia pada usia 82 tahun akibat jangkitan paru-paru.
Denda RM200 hingga RM1,000 hilang pasport berkuatkuasa
Penalti antara RM200 hingga RM1,000 bagi penggantian pasport Malaysia yang hilang akibat kecuaian telahpun diwartakan dan dikuatkuasakan sejak 2 Jan lepas.