Puluhan laporan polis dibuat badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua yang dilihat cuba mempolitikkan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.
Di Perlis, polis daerah Kangar menerima 19 laporan polis terhadap Tian Chua oleh badan politik dan NGO Perlis, semalam.
Kira-kira 150 anggota badan politik dan NGO berkenaan juga mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan ibu pejabat polis itu dengan membawa pelbagai sepanduk yang mengecam Tian Chua.
Di Pulau Pinang, tujuh NGO iaitu Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Persatuan Warga Cinta Negara Malaysia (Pencinta), Persatuan Warisan Dada, Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) dan Gerak Sepakat membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.
Tiga NGO lain iaitu Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) cawangan Barat Daya, Persatuan Ibu Tunggal Balik Pulau serta Pergerakan Wanita dan Pemuda Umno Bahagian Balik Pulau pula menggesa kerajaan menjalankan siasatan terhadap pemimpin PKR itu.
Di Kelantan, lebih 100 orang kontraktor daripada Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) cawangan Tumpat, mengadakan perhimpunan secara aman di perkarangan Kompleks Perpaduan Tumpat bagi mengecam kenyataan itu.
Di Melaka, kira-kira 150 penduduk daerah Alor Gajah termasuk anggota beberapa NGO berhimpun di Dataran Keris di sini bagi mendesak Tian Chua meminta maaf atas kenyataannya.
Mereka berhimpun secara aman selama kira-kira 30 minit dengan membawa kain rentang dan sepanduk bertulis antaranya 'Jangan Hina Wira Negara' dan 'Tian Chua Biadap, Nyah Kamu dari Malaysia'.
Tian Chua sebelum ini dilapor mengeluarkan kenyataan bahawa insiden pencerobohan di Lahad Datu adalah sandiwara Umno untuk menakut-nakutkan rakyat, susulan kejadian serangan ke atas pasukan keselamatan negara yang mengorbankan dua anggota polis pada 1 Mac.
Bernama
Wed Mar 06 2013
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
AWANI Ringkas: Apa jadi kes Faisal Halim?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4 anggota pengaman Itali cedera serangan roket di pangkalan UNIFIL di Lubnan
Empat tentera Itali cedera, namun tidak parah, selepas pangkalan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di Lubnan diserang dengan tembakan roket pada Jumaat.
BAM lantik Kenneth Jonassen ketua jurulatih baharu perseorangan kebangsaan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) umum pelantikan Kenneth Jonassen dari Denmark sebagai ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-17
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-17 hari ini.
Nelayan jatuh laut ditemui lemas di Pulau Ketam
Seorang nelayan berusia 59 tahun ditemukan lemas di kedudukan 8.1 batu nautika barat daya Pulau Ketam, semalam.
Kepimpinan MADANI bentuk era baharu pembangunan, ekonomi inklusif - KSN
Kepimpinan MADANI menyaksikan pembentukan era baharu pembangunan negara yang inklusif, berintegriti dan produktif, seterusnya memperkukuh prestasi ekonomi dan sosial.
DPR patuh keputusan Mahkamah Konstitusi untuk Pilkada 2024, pindaan RUU dibatalkan
Ia susulan permohonan Semakan Kehakiman oleh Parti Buruh dan Parti Gelora tetap akan berkuat kuasa semasa pendaftaran calon pada 27 Ogos.
PM Bangladesh Hasina mendarat di India ketika tentera umum kerajaan peralihan
PM Bangladesh, Sheikh Hasina mendarat di pangkalan tentera udara di India pada petang Isnin, selepas beliau melarikan diri dari negaranya.
Syarikat penerbangan India gantung penerbangan ke Bangladesh selepas Hasina larikan diri
Syarikat penerbangan India gantung penerbangan ke Bangladesh selepas Sheikh Hasina meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan melarikan diri dari Dhaka pada Isnin.
Ribuan warga Israel gesa pilihan raya baharu
Demonstrasi yang dilakukan hampir setiap minggu itu bagaimanapun masih belum mengubah landskap politik atau menjatuhkan Netanyahu.
12 individu, penganjur 'Demo Rakyat Lawan Anwar' dipanggil rakam keterangan
Seramai 12 individu termasuk penganjur akan dipanggil untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung himpunan 'Demo Rakyat Lawan Anwar' di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya pada Sabtu.
Polis Indonesia izinkan pihak tidak puas hati hasil Pemilu 2024 turun ke jalanan
Keizinan itu bagaimanapun dengan syarat tegas iaitu protes yang dibuat tidak libatkan kekasaran, merosak harta benda awam atau aksi ganas.
10,000 sertai demonstrasi untuk Gaza di Belgium
Kumpulan besar penunjuk perasaan ini berkumpul di hadapan stesen kereta api Brussels-Utara dan berarak ke dataran Place Jean Rey.
Demonstrasi bantah serangan Israel di Gaza diadakan di seluruh Eropah
Masyarakat di seluruh Eropah terus menyatakan solidariti mereka terhadap Palestin dan mengutuk serangan Israel yang berterusan ke atas Gaza.
14 maut letupan kilang bunga api
Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dalam letupan di dua kilang membuat mercun di Tamil Nadu, India pada Selasa.
Jangan cemarkan perayaan Hari Malaysia dengan demonstrasi
Mustapha berkata sambutan Hari Malaysia pada tahun ini amat bermakna kerana negara bakal menyambut 60 tahun pembentukan Malaysia.