JAKARTA: Polis Republik Indonesia tidak melarang mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan hasil Pemilihan Umum (Pemilu) 2024 untuk berdemonstrasi di jalanan.
Ketua Polis Indonesia, Jeneral Listyo Sigit Prabowo berkata, keizinan itu bagaimnanapun perlu dilakukan mengikut kesesuaian dan tidak melibatkan huru-hara, seperti kekasaran, merosak harta benda awam atau aksi ganas.
"Turun ke jalan boleh, namun tentunya dilakukan secara terukur tidak anarkis (menimbulkan kekacauan) dan membahayakan masyarakat dan orang lain," ujar Sigit yang dipetik dari laporan Kompas.com.
Beliau ditemui media ketika meninjau persiapan pasukan keselamatan Pemilu di Monas, Jakarta Pusat, pada Rabu.
Sigit juga berharap, masyarakat yang tidak berpuas hati dengan hasil Pemilu menggunakan saluran rasmi iaitu melalui Komisi Pemilihan Umum (KPU), badan Pengawas Pemilu (Bawaslu), dan Mahkamah Konstitusi (MK) untuk mengajukan sebarang pertikaian dan permasalahan.
Tambahnya, jika terdapat pihak yang tetap mahu melakukan protes di jalanan, pasukan polis akan dikerah untuk menjaga keamanan. Pada masa yang sama, mereka yang me;langgar peraturan akan diambil tindakan.
"Kita menjangkakan kemungkinan berlaku sesuatu yang tidak sesuai dengan peraturan. TNI-Polri akan mengamankan masyarakat sehingga hal-hal yang pernah terjadi seperti tahun 2019 dapat diminimumkan pada tahun 2024 ini," jelas Sigit dalam laporan itu.
Hari ini, kira-kira 200 juta rakyat Indonesia mengikuti proses pemungutan suara pemilihan presiden, calon anggota Dewan Perwakilan Rakyat, Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) dan Dewan Perwakilan Daerah (DPD).
Agensi
Wed Feb 14 2024

Listyo Sigit Prabowo berkata, keizinan itu bagaimnanapun perlu dilakukan mengikut kesesuaian dan tidak melibatkan huru-hara, seperti kekasaran, merosak harta benda awam atau aksi ganas. - Wikipedia
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pemilu 2024: Prabowo kukuh sebagai pendahulu dalam tinjauan pilihan raya
Prabowo Subianto melebarkan kedudukannya ke atas dua lagi pesaingnya dalam tinjauan simulasi terbaharu.

Debat calon naib presiden, Polis Jakarta kerah 2,000 anggota
Polis Metropolitan Jakarta mengerahkan kira-kira 2,000 anggota untuk memastikan keselamatan ketika berlangsungnya debat calon naib presiden menjelang Pilihan Raya Umum (PEMILU) 2024.

Pemilu 2024: Megawati ancam pecat anggota buat gerakan politik
Megawati Soekarnoputri meminta semua barisan partinya tidak melakukan muslihat politik untuk pemilihan presiden 2024.