Peningkatan jangkitan HIV dalam kalangan pengamal seks heteroseksual dan homoseksual di Kelantan antara lain disebabkan kedudukan negeri itu yang dekat dengan Thailand, ujar Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Beliau mengulas laporan seperti yang dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Masir Kujat semalam yang menunjukkan peningkatan jelas dari segi statistik kes berkenaan.
Beliau bagaimanapun berkata, tidak adil jika bercakap tentang negeri tersebut sahaja kerana statistik juga menunjukan peningkatan di negeri-negeri lain.
"Tabiat seks bebas tidak boleh dikaitkan dengan rakyat Kelantan semata-mata.
“Masalah ini seluruh negara, tak kena kalau kata Kelantan sahaja (yang hadapi masalah). Kelantan kalau ada peningkatan (adalah disebabkan) banyak faktor, antaranya kerana dekat dengan Thailand.
“Tidak patut kalau nak salahkan kerajaan negeri Kelantan sahaja., Kita pun tak salahkan kerajaan lain. Kita terima dan kita selesailah setakat yang boleh,” jawab beliau.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri di sini, siang tadi.
Mohd Amar yang juga Naib Presiden PAS diminta mengulas mengenai jangkitan HIV di kalangan pengamal seks heteroseksual dan homoseksual di Kelantan yang meningkat 50 peratus dalam tempoh setahun.
Masir pada Selasa memaklumkan, dari laporan Jabatan Kesihatan Negeri, peningkatan itu disebabkan tabiat seks rambang dan amalan gaya hidup tidak sihat termasuk tabiat bertukar pasangan.
Pada tahun 2015, penghidap HIV hasil hubungan heteroseksual berjumlah 40 orang meningkat kepada 50 orang pada tahun lepas.
Manakala jangkitan HIV akibat hubungan homoseksual di negeri itu yang berjumlah 10 orang pada tahun 2015 meningkat kepada 20 orang pada tahun lepas.
Untuk rekod, jangkitan HIV di Kelantan turut disumbangkan penagihan dadah dengan jumlah yang dikesan mengidap HIV bermula tempoh 2001 hingga 2016 berjumlah lebih 11,000 orang manakala kematian akibat AIDS sehingga kini berjumlah 2,255.
Muhafandi Muhamad
Wed Mar 01 2017
MOHD AMAR: Jangan salahkan Kelantan saja, negeri lain pun sama.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari bukti hari ini
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan unit skuba (Unit Forensik) serta Unit Anjing Pengesan (K9) ke lokasi penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pagi esok.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Dewan Rakyat: Langkah meknoktahkan kemisikan tegar di Sabah antara tumpuan hari ini
Langkah-langkah untuk meknoktahkan kemiskinan tegar di Sabah terutamanya di lapan daerah yang dikategorikan termiskin di Malaysia antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Kagame, menang 99.5 peratus pilihan raya Rwanda
Paul Kagame meneruskan khidmatnya buat penggal keempat berturut-turut sebagai Presiden Rwanda, selepas memenangi 99.15 peratus undi dalam pilihan raya negara itu.
Polis kerah lebih 300 anggota kawal perlawanan Piala FA
Seramai 351 anggota polis ditugaskan bagi mengawal perlawanan separuh akhir Piala FA antara Terengganu FC (TFC) dengan Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) Jumaat ini.
Perisik Korea Utara berpaling tadah
Seorang diplomat Korea Utara berprofil tinggi yang ditempatkan di Cuba dikenali sebagai Ri II Kyu, 52 tahun, berpaling tadah ke Korea Selatan.
Dua warga AS antara yang ditemui maut di bilik hotel di Thailand
Jabatan Negara Amerika Syarikat ambil maklum mengenai laporan mengenai dua warganegaranya yang ditemui mati di sebuah hotel di Thailand.
EU tolak label UNRWA sebagai organisasi pengganas
Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell mengulangi penolakan blok itu melabel Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) sebagai organisasi pengganas.
Mengimbau sedekad tragedi MH17
Pesawat MH17 Malaysia Airlines ditembak jatuh di timur Ukraine sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol di Amsterdam, mengorbankan kesemua 283 penumpang dan 15 anak kapal di dalamnya.
Tragedi yang berlaku pada 17 Julai 2014 itu, kini memasuki tahun ke-10 kejadiannya.
Tragedi yang berlaku pada 17 Julai 2014 itu, kini memasuki tahun ke-10 kejadiannya.
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap, pastikan kewangan negara lebih mampan
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini
Proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Tidak jujur sejarah hubungan seks, lelaki 'tidak sedar' derma darah dijangkiti HIV
Dia sebelum ini sudah menderma darah sebanyak lima kali tanpa sebarang masalah, namun tidak untuk kali keenam.
Dekat dengan Thailand antara faktor jangkitan HIV di Kelantan meningkat - Mohd Amar
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sebaliknya menjelaskan, bukan sahaja Kelantan yang menunjukkan peningkatan, bahkan kesemua negeri turut sama.