KUALA LUMPUR:Tuan rumah hanya dibenarkan menerima 20 tetamu terdiri daripada keluarga terdekat sahaja pada sambutan Deepavali kali ini, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, kebenaran itu turut tertakluk di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Bagaimanapun katanya, sambutan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) hanya dibenarkan membabitkan ahli keluarga dalam rumah yang sama sahaja.

"Bagi sambutan perayaan di rumah kediaman landed dibenarkan dalam kalangan keluarga terdekat sahaja dengan tidak melebihi 20 orang pada satu-satu masa.

"Sementara bagi rumah kediaman strata dengan keluasan kurang daripada 457.2 meter persegi... tidak melebihi 10 orang dan bagi keluasan kurang 762 meter persegi adalah tidak melebihi 15 orang pada satu-satu masa," katanya pada sidang media di sini, pada Khamis.

Berikut adalah perincian lanjut mengenai prosedur operasi standard (SOP) sambutan Deepavali di kawasan PKPP, PKPB dan PKPD.


SOP Deepavali di kawasan PKPP dan PKPB


SOP Deepavali di kawasan PKPD