Kementerian Wilayah Persekutuan sedang mengkaji pelaksanaan parkir automatik bertingkat di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di ibu negara bagi mengatasi masalah kekurangan parkir di kawasan berkenaan.
Menterinya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata kajian tersebut yang dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menjadikan PPR Kerinchi sebagai projek perintis dalam memudahkan pergerakan trafik di kawasan tersebut yang memiliki kepadatan penduduk yang tinggi.
"Walaupun parkir bertingkat di 12 PPR akan diwujudkan pada tahun ini dan tahun hadapan, namun kali ini kami merancang untuk mewujudkan parkir bertingkat berkonsepkan 'decking' di mana ia boleh beroperasi secara automatik dalam menjadikan pergerakan kenderaan lebih cepat dan mudah sebagaimana yang telah ada di negara Jepun dan Korea.
"Kita juga akan meningkatkan bilangan parkir di situ... jika tempat itu (PPR) sudah ada parkir, kita tingkatkan jumlahnya sehingga dua ke tiga kali ganda. Setakat ini, DBKL masih membuat penilaian kawasan mana yang sesuai untuk diadakan kemudahan ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jom Bantu Rakyat Lembah Pantai di PPR Kerinchi, di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M. Saravanan dan Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Dalam perkembangan lain, Tengku Adnan berkata menerusi Yayasan Wilayah Persekutuan, sebanyak RM50 juta diperuntukkan bagi membantu masyarakat India yang kurang berkemampuan di sekitar ibu negara untuk membeli rumah mampu milik.
"Setakat ini kami telah memberikan pinjaman penuh tanpa bayaran deposit kepada pembeli di 400 unit Residensi Pandanmas dan mereka hanya perlu membayar ansuran bulanan sebanyak RM250 sebulan. Bangunan kediaman itu dijangka siap penghujung bulan ini.
"Kerajaan juga merancang menawarkan perkhidmatan bantuan ini kepada masyarakat miskin bandar kaum Cina dan Melayu dalam menolong mereka mendapatkan rumah sendiri," katanya.
Mengenai program Jom Bantu Rakyat Lembah Pantai, Tengku Adnan berkata sebanyak 30 agensi kerajaan dan institusi pengajian tinggi mengadakan pameran dan menyediakan perkhidmatan secara terus kepada rakyat antaranya temuduga pekerjaan, permohonan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) dan saringan kesihatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 10 2017

Tengku Adnan berkata, kajian tersebut yang dilaksanakan DBKL akan menjadikan PPR Kerinchi sebagai projek perintis.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

DBKL rancang laksana parkir bertingkat automatik di PPR
Kementerian Wilayah Persekutuan sedang mengkaji pelaksanaan parkir automatik bertingkat di kawasan PPR di ibu negara bagi mengatasi masalah kekurangan parkir di kawasan berkenaan.