KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam proses mendapatkan reka bentuk yang sesuai bagi membina flood wall atau tembok tebatan banjir di lokasi hotspot banjir kilat yang telah dikenal pasti di ibu negara.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata pembinaan flood wall itu bertujuan menggantikan penggunaan guni-guni pasir yang bertindak sebagai langkah sementara bagi menangani masalah banjir kilat di ibu kota.
"Flood wall itu perlu direka dengan betul dan teliti supaya dapat menghalang limpahan arus deras ketika hujan lebat sekali gus berfungsi untuk menyekat air (banjir) daripada keluar ke kawasan yang rendah.
"Namun, kita sudah pun melantik kontraktor yang berwibawa untuk membinanya selepas rekaan itu siap tidak lama lagi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan aplikasi Kuala Lumpur Sport, Event and Facilities (KLSPEF) di Dataran DBKL, hari ini.
Pada masa sama, Mahadi berkata pihaknya dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta agensi terlibat dengan pengurusan mitigasi banjir akan mengadakan perbincangan lanjut sebagai persediaan menghadapi musim hujan.
"Kita akan bermesyuarat minggu ini bagi membincangkan lebih terperinci langkah-langkah lain yang sesuai untuk diambil berdasarkan data-data terkini daripada JPS sebagai usaha menangani jumlah taburan hujan yang tinggi pada akhir tahun," katanya.
Sementara itu, Mahadi dalam ucapannya berkata aplikasi KLSPEF membolehkan warga kota membuat semua urusan tempahan dan pembayaran bagi 63 dewan serbaguna dan kompleks sukan di bawah seliaan DBKL secara dalam talian pada masa yang singkat.
Beliau berkata DBKL peka terhadap keperluan warga kota dan sentiasa berusaha menyediakan kelengkapan infrastruktur dan kemudahan awam yang mencukupi buat mereka.
"Sekiranya sebelum ini, tempahan bagi kemudahan dewan serbaguna dan kompleks sukan di ibu kota dibuat secara manual atau melalui laman web, kini warga kota perlu membuat tempahan hanya di hujung jari menerusi aplikasi KLSPEF.
"Saya percaya aplikasi ini dapat memberi kemudahan kepada penduduk sekali gus membantu memenuhi objektif DBKL menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar raya pintar menjelang 2025," katanya.
Aplikasi mudah alih ini dibangunkan dalam dua versi iaitu Android dan iOS, kini boleh dimuat turun daripada Playstore dan AppStore.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 18 2022

Pada masa sama, Mahadi berkata pihaknya dan JPS serta agensi terlibat dengan pengurusan mitigasi banjir akan mengadakan perbincangan lanjut sebagai persediaan menghadapi musim hujan. - Bernama

Paras laut global naik lebih tinggi daripada jangkaan - NASA
NASA melaporkan bahawa paras laut global meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024.

Aidilfitri: APAD pantau, pastikan pengendali bas patuhi jadual tambang ditetapkan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bakal mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada pengusaha bas ekonomi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat menyifatkan skim ini mengiktiraf risiko peranan suri rumah itu demi keselamatan dan jaminan masa depan golongan berkenaan.
Memperingati 12 tahun pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu
Satu majlis bacaan Yassim dan tahlil diadakan bagi memperingati 10 perwira negara yang terkorban ketika mempertahankan kedaulatan negara daripada pengganas Sulu 12 tahun lalu.
Kes bunuh pelajar vokasional: Tertuduh kelapan dakwa tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan kes bunuh pelajar vokasional Lahad Datu dakwa tidak nampak mangsa memaklumkan dibelasah dia dan rakan-rakan tidak menggunakan cara keganasan dalam menyelesaikan kes kecurian wang di asrama itu.
Pengemis cilik: Taktik licik sindiket meraih simpati
Wakil AWANI Borneo Sabah mendekati golongan pengemis kanak-kanak dan Palauh di Kunak yang dibimbangi menjadi mangsa sindiket yang cuba mengambil kesempatan di atas keprihatinan rakyat Malaysia khususnya Sabah.
ASEAN 2025 | 14 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Tiga bekas AJK JMB pangsapuri didakwa pecah amanah
Tiga bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) badan pengurusan bersama (JMB) sebuah pangsapuri kos rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah.

Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat kuasa 1 April, 2025 - BNM
Menteri Kewangan telah meluluskan pelantikan Aznan Abdul Aziz sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 April, 2025.
Kerajaan Indonesia akan bangunkan 200 sekolah asrama percuma
Kerajaan Indonesia mengumumkan rancangan membina 200 sekolah asrama di seluruh negara bagi menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.

DBKL rancang bina 'flood wall' atasi banjir kilat di ibu negara
DBKL dan JPS serta agensi terlibat dengan pengurusan mitigasi banjir akan berbincang lanjut sebagai persediaan menghadapi musim hujan.