KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengehadkan kebenaran cadangan pembinaan lebuh raya baharu bagi mengatasi masalah kesesakan trafik di ibu negara.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata ia merupakan antara sasaran yang terkandung dalam Pelan Induk Trafik Kuala Lumpur (PITKL) 2040 yang digariskan bagi melaksanakan pengurusan lalu lintas di ibu kota pada waktu puncak.
Katanya pembinaan lebuh raya baharu melalui jalan di dalam bandar, merupakan 'pass through traffic' yang menyebabkan kesesakan susulan kemasukan kenderaan persendirian ke pusat bandar.
"Tapi ada (jaringan) lebuh raya di Kuala Lumpur masih lagi terputus ... jadi pembinaan menghubungkan lebuh raya ke lebuh raya sedia ada boleh dipertimbangkan.
"Antara cadangan lebuh raya dikenal pasti ialah Lebuhraya Penyuraian Utara Kuala Lumpur (KL-NODE), Lebuhraya Duta Ulu Klang 2A (DUKE 2A) dan Lebuhraya Pantai Baru Fasa 2 (NPE 2), " katanya pada pelancaran PITKL 2040 di sini hari ini.
Mahadi berkata pelan itu memfokuskan kepada pembangunan model trafik pada 2020 sebagai tahun semasa dan akan datang sehingga 2040 bagi mengunjurkan sasaran tahap perkhidmatan jalan (LOS) sedia ada kepada tahap C.
Beliau berkata pelan tersebut antara lain mengenal pasti 50 jalan tidak bersambung dan sembilan jalan yang perlu dinaik taraf bagi meningkatkan kesinambungan jalan di ibu negara selain dapat menyurai aliran trafik dengan lebih baik.
Katanya pelan juga menyasarkan pencapaian nisbah peratusan pengguna pengangkutan awam daripada 25:75 (25 peratus pengangkutan awam dan 75 peratus kenderaan persendirian) kepada 50:50 pada 2025, 60:40 (2035) dan 70:30 (2040).
"Untuk melaksanakan peralihan tersebut, fokus perancangan perlu ditekankan kepada memperluaskan rangkaian pengangkutan rel, peningkatan perkhidmatan bas, serta peningkatan perkhidmatan kesinambungan iaitu perkhidmatan bas bantuan awal (first mile) dan bantuan akhir (last mile) yang terdiri daripada pejalan kaki, basikal serta mikromobiliti.
"PITIKL 2040 juga mencadangkan kemudahan park and ride di lokasi-lokasi berdekatan dengan stesen-stesen pengangkutan awam," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 27 2022

Pembinaan lebuh raya baharu melalui jalan di dalam bandar, merupakan 'pass through traffic' yang menyebabkan kesesakan susulan kemasukan kenderaan persendirian ke pusat bandar. - Gambar hiasan
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

KPDN rampas 5,500 barangan tiruan bernilai RM360,000 di Petaling Street
KPDN merampas 6,500 unit barangan yang disyaki tiruan bernilai RM360,000 daripada 20 premis di sekitar Jalan Petaling di sini hari ini.

Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan - Fadhlina
Kementerian Pendidikan menerima baik cadangan DBKL untuk membina sekolah 17 tingkat di sekitar pusat bandar raya namun perlu diteliti dari aspek keselamatan dan kesesuaiannya.

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

Pemberian lesen bazar Ramadan telus - Dr Zaliha
Kaedah pemberian lesen bazar Ramadan di ibu negara tahun ini akan dijalankan secara telus termasuk cabutan undi petak dilaksanakan DBKL.

DBKL sita barang perniagaan di laluan awam
Sebanyak tiga kes tindakan sita dijalankan menerusi peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur
DBKL telah diberikan tanggungjawab untuk menganggotai Jawatankuasa Kecil Kesejahteraan Awam di peringkat nasional.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Februari 2025.

Perkembangan siasatan dalaman salah laku projek DBKL diketahui minggu ini
Perkembangan siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat DBKL yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta akan diketahui minggu ini.

Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha
Dr Zaliha minta DBKL menyegerakan bancian bagi memuktamadkan bilangan peniaga di kawasan Pasar Dato Keramat dalam tempoh dua minggu.