KUALA LUMPUR: Aktiviti busking atau pemuzik jalanan di sekitar ibu negara kini dibenarkan, demikian menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
DBKL dalam kenyataannya berkata aktiviti itu boleh dijalankan bermula 3 petang hingga 9 malam dengan maksimum tiga sesi sejak 26 Feb lepas.
Menurut DBKL, kebenaran itu hanya untuk aktiviti busking di dalam premis seperti pusat beli-belah, medan selera dan restoran, serta perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara.
"Pemuzik diwajibkan memakai pelitup muka pada setiap masa kecuali penyanyi, dengan satu kumpulan maksimum tiga orang ahli, selain memastikan penjarakan fizikal satu meter.
"Penonton tidak dibenarkan melibatkan diri dalam persembahan, berswafoto atau mengambil foto secara bersama dengan buskers dan kutipan hanya dibenarkan kaedah tip box atau potter diletakkan satu meter dari busker dan kaedah QR Code juga digalakkan," demikian menurut kenyataan itu.
DBKL menegaskan bagi pemuzik yang ingin menggunakan premis tersebut, mereka perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu manakala kapasiti penonton bergantung kepada keluasan kawasan persembahan mengikut kebenaran MKN.
Selain itu, DBKL dalam perancangan untuk menyediakan lebih banyak ruang untuk pemuzik berkenaan menerusi penggunaan premis seperti di Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan medan selera di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan bagi membantu menjana pendapatan mereka.
Sementara itu, Presiden Kelab Malaysia Busker (MYBC) Wady Hamdan berkata melalui kebenaran tersebut, pemuzik jalanan mampu kembali mencari rezeki sekalipun pendapatan yang bakal diperoleh dijangka tidak banyak.
"Kami bersyukur dengan pengumuman itu kerana ada pemuzik jalanan terpaksa mencari pekerjaan lain selain menjual alatan muzik bagi menampung keperluan harian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 02 2021

Menurut DBKL, kebenaran itu hanya untuk aktiviti busking di dalam premis seperti pusat beli belah, medan selera dan restoran, serta perlu mematuhi SOP MKN. - Bernama

Mirinda angkat semangat kekeluargaan dan kepelbagaian
Mirinda meriahkan Aidilfitri dengan treler raya Balik Rayaaahhh serta raikan peminat dan anak-anak yatim.
AWANI Borneo [24/3/2025] – Strategik | Peruntukan tidak cukup | Antara terendah di Malaysia
AWANI Borneo Isnin, 24 Mac 2025 bersamaAssim Hassan
- Muara Tebas jadi pilihan lokasi pangkalan laut TLDM di Sarawak.
- Peruntukan selenggara jalan persekutuan di Sabah tidak cukup - Shahelmey
- Hanya 0.6 peratus penduduk Sarawak ikrar sebagai penderma organ
- Muara Tebas jadi pilihan lokasi pangkalan laut TLDM di Sarawak.
- Peruntukan selenggara jalan persekutuan di Sabah tidak cukup - Shahelmey
- Hanya 0.6 peratus penduduk Sarawak ikrar sebagai penderma organ
APMM Zon Maritim Tawau perhebat operasi di perairan menjelang Aidilfitri
Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata sejak dilancarkan, pihaknya berjaya melakukan empat tangkapan cubaan menyeludup barangan kawalan keluar ke negara jiran dengan nilai barang rampasan mencecah RM400,000.
Hanya 0.6 peratus penduduk Sarawak ikrar sebagai penderma organ
Setakat 23 Mac 2025, hanya 0.6 peratus populasi Sarawak berikrar sebagai penderma organ, menjadikannya antara negeri dengan kadar terendah di Malaysia yang melaksanakan program berkenaan.
Shahelmey sedia pertahan kerusi DUN Tanjung Keramat
Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Shahelmey Yahya sedar pertandingan di Tanjung Keramat bukan mudah susulan pengumuman Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, yang menamakan Ketua UMNO Putatan, Jeffrey Nor Mohamed, sebagai calon Barisan Nasional untuk kawasan itu.
Cuaca buruk, kenderaan berat lebih muatan punca jalan rosak di Sabah
Timbalan Ketua Menteri III Sabah berkata jalan yang sudah uzur dan melebihi jangka hayat semakin terjejas apabila sering dilalui kenderaan berat terutama dalam keadaan hujan lebat.
Mangsa banjir Sabah meningkat, Sarawak turun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Sabah setakat 4 petang Isnin meningkat sedikit sementara di Sarawak mencatatkan penurunan.
13 orang prospek dibebaskan melalui PBSL Ihsan Madani
Jabatan Penjara Lahad Datu membebaskan 13 prospek yang layak melalui Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan Madani kepulangan yang dinanti sempena Hari Raya Aidilfitri.
Peruntukan selenggara jalan persekutuan di Sabah tidak cukup - Shahelmey
TImbalan Ketua Menteri III Sabah, Datuk Shahelmey Yahya berkata peruntukan daripada kerajaan persekutuan tidak mencukupi bagi menampung kos keperluan sebenar, khususnya untuk jalan-jalan yang sudah melebihi jangka hayat reka bentuk.
Peniaga Bazar Ramadan Lahad Datu bersyukur walau hasil jualan sederhana
Rata rata peniaga di Bazar Ramadan Lahad Datu reda dengan pulangan jualan yang sederhana berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu.

KKR harap ada pelarasan SOP untuk baiki jalan negeri, bandaran yang rosak dengan pantas
KKR mengharapkan adanya satu pelarasan SOP untuk membaiki jalan negeri dan perbandaran terutamanya apabila mengalami kerosakan teruk agar dapat dilaksanakan dengan pantas.

Integriti tunjang masa depan Sarawak - Timbalan Premier
Integriti bukan sahaja sebahagian daripada usaha nasional untuk membina negara bebas rasuah, tetapi ia adalah nilai yang sangat diutamakan Sarawak.

Bom kedua dijumpai di Kinarut berjaya dimusnahkan
Bom kedua yang ditemui di tapak pembinaan berhampiran Lok Kawi Plastic Industries, Kinarut dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua berjaya dimusnahkan hari ini.

PAC syor bangunkan pelan induk projek Bekalan Air Luar Bandar
PAC mengesyorkan KKDW dan kerajaan negeri supaya membangunkan pelan induk projek BALB bagi memastikan penduduk mendapat bekalan air yang berkualiti dan selamat.

KDN tambah baik SOP permohonan warganegara selaras pindaan Perlembagaan Persekutuan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam perancangan untuk menambah baik SOP di bawah Perkara 15(2), pada tahun ini.

Malaysia hantar dua kapal TLDM ke Bali, perkukuh kerjasama maritim bersama 39 negara
Malaysia mengerahkan dua kapal TLDM ke Latihan Tentera Laut Pelbagai Hala Komodo (MNEK) 2025 di Bali untuk memperkukuh hubungan dan kerjasama pertahanan maritim di peringkat antarabangsa.

Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.

Kertas SPM didakwa bocor: KPM ada SOP pengurusan peperiksaan
Pihak KPM komited memastikan SOP berkenaan dipatuhi semua pihak terlibat sepanjang peperiksaan berlangsung.

EAIC terima aduan kecuaian JIM lulus permohonan COM tanpa pengetahuan pengarah syarikat
EAIC mengesahkan menerima aduan terhadap Jabatan Imigresen (JIM) berhubung kelulusan Permohonan Memo Periksa Keluar (COM) tanpa pengetahuan atau kehadiran pengarah syarikat terlibat.

Tiada syarat tambahan pembaharuan lesen memandu bagi warga emas - KP JPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan pengenaan sebarang syarat tambahan kepada golongan warga emas yang ingin memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM).