KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengadakan sesi libat urus bersama orang awam dan pihak berkepentingan bagi pindaan Draf Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL2040).
Pengarah Eksekutif (Perancangan) DBKL Datuk Sulaiman Mohamed berkata ia selaras dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan penangguhan proses pewartaan Draf PSKL2040 sehingga 31 Mei ini.
Beliau berkata sesi libat urus bertujuan memaklumkan pindaaan yang telah dibuat terhadap draf tersebut berdasarkan pandangan awam yang diterima, pengesyoran Jawatankuasa Pendengaran Pandangan Awam (JKPPA), penyelarasan dasar semasa kerajaan dan pandangan Ahli Lembaga Penasihat Perancangan Wilayah Persekutuan (LPPWP).
"Tarikh, masa dan tempat bagi sesi libat urus ini akan dimaklumkan kepada orang awam dan pihak berkepentingan dalam masa terdekat," katanya dalam kenyataan, malam ini.
Sehubungan itu, orang awam boleh mendapatkan Laporan Akhir Pindaan Draf PSKL2040 melalui laman sesawang rasmi DBKL melalui laman web di https://www.dbkl.gov.my mulai (Khamis) ini (13 April).
Sebelum ini, Anwar dalam kenyataan memaklumkan pewartaan PSKL2040 akan ditangguhkan sehingga 31 Mei bagi membolehkan DBKL mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan dalam satu tempoh yang mencukupi bagi memberi penjelasan, di samping mendapatkan maklum balas yang sewajarnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 11 2023
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengadakan sesi libat urus bersama orang awam dan pihak berkepentingan bagi pindaan Draf Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL2040).
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Polis kesan mangsa hilang menggunakan kaedah DNA
Setakat ini, sebanyak 199 autopsi dilakukan dan 54 mayat masih belum dikenal pasti.
KPDN bakal perkenalkan CMO tahun hadapan
Menterinya Datuk Seri Armizan Mohd Ali berkata ini kerana KPDN dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) telah menerima pelbagai aduan antaranya berkaitan agihan royalti yang disifatkan terlalu rendah.
Satu taman, RM1 juta untuk hijaukan Kuala Lumpur - Datuk Bandar KL
RM1 juta akan diperuntukan untuk membuka taman di sekitar Kuala Lumpur sebagai usaha menghijaukan kota raya berkenaan.
Cadangan bangunkan CUT perlu diteliti - Datuk Bandar KL
Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata, pihaknya perlu mengkaji dengan mendalam mengenai teknologi itu secara menyeluruh.
Kepengerusian ASEAN: Kesiapsiagaan banjir kilat diberi keutamaan sepanjang masa - Dr Zaliha
Kesiapsiagaan menghadapi banjir, terutama banjir kilat di ibu negara, terus diberi keutamaan sepanjang masa khususnya selepas Malaysia mengambil alih Kepengerusian ASEAN daripada Laos.
Tiada keperluan mendesak pinda Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 - MBWP
Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP) berpandangan bahawa tiada keperluan yang mendesak untuk meminda Akta Ibu Kota Persekutuan 1960.
Beberapa jalan di ibu kota dinaiki air susulan hujan lebat malam ini
Hujan lebat sejak 7.30 malam ini di ibu kota telah menyebabkan beberapa jalan utama dinaiki air.
DBKL pantau banjir kilat menerusi bilik gerakan 24 jam - Dr Zaliha
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengaktifkan bilik gerakan bagi memantau sebarang kejadian terutamanya banjir, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Garis badai bawa ribut petir, hujan lebat punca banjir di KL - MetMalaysia
Banjir kilat di sekitar ibu negara pagi ini berpunca daripada pergerakan garis badai yang membawa bersama ribut petir dan hujan lebat.
Projek Dapur Digital dilancar, perkasa usahawan PPR di Wilayah Persekutuan
Satu usaha memperkasakan komuniti B40, khususnya ibu tunggal dan golongan belia, melalui inovasi ekonomi digital.
Lubang benam: Hasil penuh siasatan dalam peringkat akhir penelitian
Kedua-dua laporan itu akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri dahulu sebelum sebarang keputusan diambil sama ada untuk mendedahkannya kepada umum.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.