Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd Datuk Seri Dr Hasmiza Othman hari ini membuat laporan polis berhubung akaun Facebook miliknya telah digodam individu tidak bertanggungjawab.
Hasmiza yang lebih dikenali sebagai Dr Vida juga membuat laporan terdapat individu lain membuka akaun Facebook dan menyamar sebagai dirinya.
Beliau mengesan kewujudan satu akaun Facebook menyamar sebagai beliau dan memperdaya kira-kira 1 juta pengikutnya di laman sosial itu, kira-kira pukul 1 pagi Khamis lalu.
"Banyak gambar saya dimuat naik dalam Facebook itu. Kapsyen pada gambar itu juga sama seperti kapsyen yang saya taip di Instagram milik saya.
"Pemilik akaun itu menjanjikan hadiah lumayan kepada pengikut seperti beg tangan berjenama secara percuma," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Jelapang di sini, kira-kira pukul 3.30 petang.
Dr Vida berkata pada hari sama, beliau memuat naik status di Facebook miliknya bagi menyatakan penipuan itu, namun beberapa jam kemudian akaun Facebooknya tidak boleh diakses kerana dipercayai telah digodam.
"Selepas empat hari kejadian itu berlaku, saya dapati sekeping gambar telah dimuat naik disusuli dengan pautan senarai nama pemenang. Apabila gambar itu diklik, akan masuk ke satu laman web lucah," katanya.
Sehubungan itu, beliau minta pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap pesalah yang telah menggunakan identitinya untuk tujuan yang salah kerana ia memberi kesan terhadap reputasinya.
Ketua Balai Polis Jelapang Inspektor Rashidi Othman mengesahkan laporan itu.
Bernama
Mon Apr 18 2016

Datuk Vida (gambar) membuat laporan terdapat individu lain membuka akaun Facebook dan menyamar sebagai dirinya. -Gambar fail
Dua kanak-kanak perempuan antara 38 ditahan merempit - JPJ
Dua kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun ditahan JPJ kerana berlumba haram di Kuala Lumpur. Ibu bapa mereka dipanggil, dan tindakan akan diambil.
Seorang maut, tujuh parah kemalangan van dan bas
Seorang maut manakala tujuh lagi parah dalam kemalangan melibatkan sebuah van pekerja yang bertembung dengan sebuah bas pekerja di Jalan Pulau Meranti, Puchong.
Analisis inflasi Februari 2025
Ikuti analisis berkenaan laporan peningkatan inflasi bersama Felo Bersekutu Kanan Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin.

Hukuman lebih berat terhadap bapa tiri eksploitasi anak tiri - Nancy
Nancy berharap pihak yang bertanggungjawab dapat merayu terhadap hukuman berkenaan menggunakan ruang yang ada.
[TERKINI] Inflasi Malaysia: Meningkat secara perlahan pada 1.5 peratus pada Februari - DOSM
Inflasi Malaysia meningkat secara perlahan sebanyak 1.5 peratus pada Februari 2025 dengan mata indeks mencatatkan 134.1 berbanding 132.1 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Umat Islam diingatkan hati-hati utara pendapat di sosial media - MKI
Umat Islam diminta berhati-hati ketika utarakan pendapat di media sosial mengutamakan akhlak yang baik.
TH umum agihan keuntungan selepas zakat 3.25 peratus
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar hari ini mengumumkan Agihan Keuntungan Selepas Zakat Tabung Haji sebanyak 3.25 peratus bagi tahun kewangan 2024, berjumlah RM2.92 bilion

Terengganu larang aktiviti 'busking' 10 malam terakhir Ramadan
Kerajaan Terengganu melarang semua aktiviti 'busking' atau persembahan muzik jalanan pada 10 malam terakhir Ramadan.

Tabung Haji kekal berdisiplin urus pelaburan di sebalik ketidaktentuan ekonomi global - CEO
Lembaga Tabung Haji (TH) akan terus mengekalkan disiplin dalam menguruskan portfolio pelaburannya bagi memastikan pemeliharaan modal yang selamat serta pulangan dividen yang mampan.
Pantau Belanjawan: Vokasional | Jumlah graduan lepasi sasaran KPM, apa seterusnya?
Sebanyak 93,094 graduan diploma dari Kolej Vokasional telah dilahirkan, melebihi sasaran 90,000 yang ditetapkan oleh KPM di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025. Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh menyatakan kadar kebolehpasaran graduan menunjukkan peningkatan progresif dari tahun 2022 hingga 2024. Apakah faktor-faktor khusus yang menyumbang kepada pencapaian ini? Bagaimana strategi dan inisiatif KPM memainkan peranan dalam kejayaan ini? Bagaimanakah program TVET disesuaikan untuk memenuhi keperluan industri semasa dan masa depan?

'Sedih saya tau...' - Muncul video tak senonoh, Ella maklum Facebook digodam
Tinjauan Gempak di laman Facebook miliknya, terdapat beberapa video tidak senonoh dan tidak berkaitan dengan Ella telah dimuat naik.

Datuk Seri Vida buat laporan polis akaun Facebook digodam
Hasmiza membuat laporan terdapat individu lain membuka akaun Facebook dan menyamar sebagai dirinya.