Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata mayat lelaki berusia 55 tahun itu ditemui kira-kira pukul 9 pagi.
"Sebelum itu, polis menerima laporan mangsa hilang dipercayai diculik untuk tebusan pada 10 Jun lalu.
"Mangsa diculik ketika bersenam di kawasan taman permainan di Jalan Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya, pada 10.30 pagi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, setakat ini polis masih menjalankan siasatan di lokasi penemuan mayat.