Datuk Ramlan Ibrahim dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Luar mulai 1 Jan, demikian diumumkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Ramlan, 59, yang sebelum ini Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat, menggantikan Tan Sri Othman Hashim yang tamat tempoh lantikan secara kontrak.
"Beliau (Ramlan) berpengalaman luas dalam bidang hubungan antarabangsa, dan hal ehwal luar negeri menerusi karier perkhidmatannya," kata Ali dalam satu kenyataan mengumumkan pelantikan itu hari ini.
Ramlan, yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam lebih 34 tahun, sebelum ini juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala) Kementerian Luar.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia ke Republik Korea dan Duta Besar Malaysia ke Bosnia Herzegovina.
Ali berkata beliau percaya dengan kredibiliti, pengetahuan dan pengalaman luas yang dimiliki Ramlan termasuk ketika Malaysia menjadi ahli tidak tetap Majlis Keselamatan PBB bagi penggal 2015-2016 akan membolehkannya melaksanakan tanggungjawab sebagai peneraju kementerian dengan berkesan.
Beliau juga percaya Ramlan mampu meneruskan misi Kementerian Luar dalam menegakkan kedaulatan dan keutuhan wilayah serta mempromosi dan melindungi kepentingan negara melalui amalan diplomasi yang dinamik dan proaktif.
Pada masa yang sama, Ali bagi pihak kerajaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Othman atas sumbangan dan khidmat bakti beliau kepada perkhidmatan awam dan negara selama lebih 37 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 04 2017

Datuk Ramlan Ibrahim dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Luar mulai 1 Jan, demikian diumumkan Tan Sri Dr Ali Hamsa. - Gambar fail

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Datuk Ramlan Ibrahim dilantik KSU Kementerian Luar
Datuk Ramlan Ibrahim dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Luar mulai 1 Jan, demikian diumumkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Malaysia main peranan membina sebagai anggota tidak tetap UNSC
Malaysia telah memainkan peranan membina dalam Majlis Keselamatan apabila ia melibatkan isu-isu penting dunia.