Polis menahan seorang lelaki bergelar Datuk selepas disyaki mencabul tiga gadis berusia 20 tahun semasa sesi temu duga jawatan kerani di sebuah syarikat di Kompleks Perniagaan PKNP, Jalan Raja Dr Nazrin Shah, Medan Gopeng, di sini, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mazuki Mat berkata suspek berusia 65 tahun itu merupakan pengurus syarikat dan mengendalikan temu duga yang dihadiri ketiga-tiga mangsa bermula jam 7.45 pagi hingga 4.30 petang.
Menurutnya, berdasarkan keterangan mangsa, suspek tidak bertanyakan soalan berkaitan kerja, sebaliknya menghabiskan masa menceritakan hal peribadi dan mengambil gambar mangsa.
Katanya, siasatan awal mendapati ketiga-tiga mangsa mengalami kejadian sama seperti disentuh tangan dan paha, dipeluk dari belakang, serta cuba dicium di bahagian leher, dahi dan pergelangan tangan.
“Tangkapan telah dibuat ke atas suspek oleh Ketua Balai Polis dan anggota Balai Kampung Rapat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Marzuki, rakaman percakapan suspek serta saksi yang merupakan anaknya telah diambil.
“Siasatan mendapati kejadian berlaku semasa temu duga dijalankan tetapi berbeza masa,” ujarnya.
Suspek dibebaskan dengan jaminan polis dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu mencabul.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Jul 30 2019

Lelaki bergelar Datuk ditahan selepas disyaki mencabul tiga gadis berusia 20 tahun semasa sesi temu duga jawatan kerani di sebuah syarikat di Medan Gopeng. -Gambar hiasan

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Datuk disyaki cabul 3 gadis semasa sesi temu duga kerja
Berdasarkan keterangan mangsa, suspek tidak bertanyakan soalan berkaitan kerja, sebaliknya menghabiskan masa menceritakan hal peribadi dan mengambil gambar mangsa.