KUALA LUMPUR: Komuniti perniagaan dari China melihat pelaksanaan dasar pengecualian visa sepihak bagi pemegang pasport biasa dari Malaysia sebagai tepat pada masanya memandangkan ia mampu meningkatkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
Ketua Pegawai Eksekutif Zhong Yuan Bio-Technology Holdings Limited Tina Chang yang berasal dari Beijing menyifatkan ia berita baik buat rakyat kedua-dua negara sekali gus memudahkan akses bagi rakyat Malaysia dan mengukuhkan peluang perniagaan.
"Lazimnya, banyak dokumentasi diperlukan untuk perjalanan (ke China)... menerusi dasar ini, rakyat Malaysia tidak perlu lagi menempuh proses yang panjang bagi mendapatkan visa.
"Saya telah mendapat beberapa kenalan rakyat tempatan di sini (Malaysia) dan kami sedang membincangkan kemungkinan usaha sama dua hala, jadi saya amat berharap kerajaan China meneruskan dasar pengecualian visa sepihak ini sebagai dasar yang kekal pada masa hadapan," katanya.
Chang ditemui Bernama pada Forum Kesihatan Makro Usahawan Malaysia-China 2023 anjuran Forever GACC di sini pada Sabtu.
Sementara itu, Ketua Pegawai Teknologi Baofeng Biotechnology (Beijing) Co Ltd Dr Chen Xian Yang berpendapat dasar pengecualian visa sepihak itu akan membuka lebih banyak peluang penyelidikan dan menggalakkan pertukaran saintis antara kedua-dua negara khususnya dalam aspek kesihatan awam.
"Hal ini seterusnya menyumbang kepada kemajuan ekonomi dan masyarakat lebih teguh.
"Pada masa sama, dasar ini juga membolehkan lebih banyak forum seumpama ini dianjurkan lebih kerap, sama ada di China atau sebaliknya, menjadikan proses pertukaran dan perbincangan perniagaan lebih cepat dan lancar," katanya.
Kerajaan China pada Jumaat mengumumkan melaksanakan dasar pengecualian visa sepihak bagi pemegang pasport biasa dari Malaysia dan lima negara lain secara percubaan mulai 1 Dis 2023 hingga 30 Nov 2024.
Negara lain termasuk Perancis, Jerman, Itali, Belanda dan Sepanyol, menurut Xinhua memetik kenyataan Kementerian Luar China menerusi media sosial.
Sepanjang tempoh itu, pemegang pasport biasa dari enam negara boleh memasuki China tanpa visa untuk urusan perniagaan, pelancongan, melawat keluarga dan rakan serta transit tidak lebih dari 15 hari.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 25 2023
Kerajaan China mengumumkan melaksanakan dasar pengecualian visa sepihak bagi pemegang pasport biasa dari Malaysia dan lima negara lain secara percubaan mulai 1 Dis 2023 hingga 30 Nov 2024. - Gambar hiasan/BERNAMA
DeepSeek vs ChatGPT: Revolusi AI yang Menggegar Dunia!
Dunia kini heboh dengan pengenalan DeepSeek, model AI yang lebih mampu milik dan menyaingi ChatGPT dalam keupayaan canggih. DeepSeek, dibangunkan oleh startup AI dari China, cemerlang dalam tugas teknikal seperti penaakulan logik, pengkodan, dan matematik, serta dipuji kerana kelajuan dan ketepatannya. Sebagai model sumber terbuka dengan reka bentuk Mixture of Experts, ia efisien dan mudah diakses. Sebaliknya, ChatGPT, dibangunkan oleh OpenAI, terkenal dengan pengalaman mesra pengguna dan kepelbagaian dalam penceritaan kreatif, pengetahuan umum, dan tugas perbualan. Walaupun DeepSeek unggul dalam senario teknikal, ChatGPT menawarkan pengalaman pengguna yang luas dan terperinci yang sesuai untuk pelbagai audiens.
Artis dinasihat semak sebelum terima tawaran, elak dieksploitasi
Freddie Fernandez berkata, langkah itu penting bagi mengelakkan mereka dieksploitasi oleh perniagaan yang menyalahi undang-undang.
'Tak mustahil BN singkir MCA berlaku' - Penganalisis
Menurut Ariff Aizuddin, situasi sedemikian mampu menjarakkan lagi BN dengan penyokong bukan Melayu terutamanya pengundi Cina.
Hujan berterusan di Sabah dan Sarawak hingga esok
MetMalaysia memaklumkan, daerah yang dijangka terlibat ialah Telupid, Beluran dan Sandakan.
Pusingan Kerja Petugas Kaunter semua kementerian bermula hari ini
Langkah ini selaras dengan matlamat reformasi perkhidmatan awam untuk mewujudkan sistem kerja yang lebih dinamik serta responsif kepada keperluan rakyat.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan Amerika Syarikat menangguhkan kenaikan tarif import ke atas Kanada dan Mexico.
Arman Rumaizi dilantik Naib Canselor UPNM
Sebelum pelantikan ini, Arman Rumaizi memegang jawatan sebagai Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak 2022.
Remaja perempuan maut diserang jerung ketika berenang di Australia
Mangsa yang berusia 17 tahun mengalami kecederaan yang mengancam nyawa dan tidak dapat diselamatkan.
Impian Kripto ASEAN: Masa Depan Ekonomi Digital
Impian Kripto ASEAN merujuk kepada visi untuk mengintegrasikan dan memajukan teknologi kriptowang dan blockchain dalam rantau ASEAN. Inisiatif ini bertujuan untuk memanfaatkan potensi aset digital bagi memacu pertumbuhan ekonomi, inovasi, dan keterangkuman kewangan di seluruh negara anggota.
AWANI Ringkas: Tumpuan Dewan Rakyat | Sambutan Thaipusam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dasar pengecualian visa sepihak tepat pada masanya - Komuniti perniagaan China
Ia disifatkan berita baik buat rakyat kedua-dua negara sekali gus memudahkan akses bagi rakyat Malaysia dan mengukuhkan peluang perniagaan.