Dasar Negara Rahmah akan menggariskan ciri-ciri sebuah negara yang dinaungi dengan pentadbiran dan kepimpinan yang berintegriti, tadbir urus baik, memiliki masyarakat yang berilmu, berakhlak dan penyayang.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, ia juga akan mengutamakan hubungan etnik dan penganut pelbagai agama yang harmoni, kedudukan ekonomi yang mampan, pembangunan dan alam sekitar yang lestari.
Selain itu jelasnya, kebajikan dan keselamatan rakyat akan terpelihara serta bersifat menyantuni kemanusiaan, ihsan dan peradaban bermatlamatkan kesejahteraan sejagat.
“Aspirasi yang terkandung dalam Blue Print Negara Rahmah ini juga adalah seiring dengan matlamat Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) dan agenda antarabangsa 17 Matlamat Sustainable Development Goals (SDGs).
“Blue Print ini telah meletakkan lima prinsip Maqasid Syariah iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta sebagai prinsip panduan bagi memastikan segala perancangan dan halatuju bergerak seiring dengan syariat Islam,” katanya.
Fuziah berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Siti Zailah Mohd Yusoff (Pas - Rantau Panjang) yang mahu tahu jaminan pelaksanaan Dasar Rahmatan Lil Alamin sebagai dasar pentadbiran Islam baharu negaraakan mampu meningkatkan martabat syariat Islam dan membela hak umat Islam.
Dalam pada itu tegasnya, dasar pentadbiran Islam melalui pendekatan Rahmah bukan bertujuan menghapuskan hak atau melonggarkan undang-undang yang menjamin kepentingan Islam seperti yang termaktub dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan.
Dasar Rahmatan Lil Alamin diperakui dan diluluskan oleh Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) kali ke-65 yang dipengerusikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 14 Mac 2019.
Pada 25 Oktober 2019, Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju terhadap pelaksanaan dasar pentadbiran melalui pendekatan Rahmatan Lil Alamin untuk dilaksanakan ke arah mewujudkan kehidupan yang lebih harmoni dan sejahtera dalam kalangan rakyat pelbagai agama dan bangsa di negara ini.
Wan Syamsul Amly
Mon Nov 25 2019

Fuziah berkata ia juga akan mengutamakan hubungan etnik dan penganut pelbagai agama yang harmoni, kedudukan ekonomi yang mampan, pembangunan dan alam sekitar yang lestari. - Foto Astro AWANI

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Dasar Negara Rahmah garis ciri kepimpinan berintegriti - Fuziah
Dasar Negara Rahmah akan menggariskan ciri-ciri sebuah negara yang dinaungi dengan pentadbiran dan kepimpinan yang berintegriti, tadbir urus baik, memiliki masyarakat yang berilmu, dan berakhlak.