Malaysia menggesa ke arah keperluan perspektif gender dalam menggubal dan melaksanakan semua dasar, rancangan serta program dalam tiga Tonggak Komuniti ASEAN, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Timbalan perdana menteri berkata dengan gabungan penduduk berjumlah lebih 640 juta orang, separuh daripadanya merupakan wanita dan gadis, amat penting untuk memastikan dasar ASEAN akan membolehkan semua wanita serta gadis ini mencapai sepenuhnya potensi mereka.
Beliau berkata melaksanakan perspektif gender dalam penggubalan dasar bermakna sistem perlindungan sosial perlu dinilai berdasarkan kecukupan dalam memenuhi keperluan khusus wanita dan gadis.
"Isunya begitu meluas, namun kami mempunyai matlamat serampang dua mata - untuk melindungi semua wanita dan gadis daripada diskriminasi gender yang membahayakan, dan memperkasakan wanita dengan memastikan akses samarata kepada sumber," katanya dalam pernyataan negara semasa sesi bertukar-tukar pendapat pada Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai Wanita (AMMW) kali ke-3, di sini hari ini.
Mesyuarat sehari bertemakan 'Jaminan Sosial bagi Wanita dan Gadis Ke arah Wawasan 2025 ASEAN' itu bertujuan memperkukuhkan kerjasama dalam memastikan kesaksamaan gender dan mempertingkatkan pemerkasaan wanita di rantau ini.
Dr Wan Azizah menegaskan Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 menerima pakai Deklarasi mengenai Pelaksanaan Responsif Gender dalam Wawasan Komuniti ASEAN dan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) pada November 2017.
Beliau berkata deklarasi itu menggariskan sembilan kaedah pelaksanaan utama, yang seharusnya menghakis sebarang prasangka berhubung maksud dalam dasar mengarusperdanakan gender bagi rantau ini.
"Saya ingin mengulangi kepentingan Deklarasi untuk terus maju ke hadapan, berkenaan keperluan untuk mengarusperdanakan perspektif gender dalam merumuskan dan melaksanakan semua dasar, perancangan serta program dalam tiga Tonggak Komuniti ASEAN," katanya.
Sambil berkongsi usaha Malaysia dalam memastikan kesaksamaan akses kepada sumber, Dr Wan Azizah berkata kerajaan secara berterusan mengambil langkah untuk memperingkatkan kadar penyertaan tenaga kerja wanita, dan sehingga suku kedua 2018, penyertaan tenaga kerja wanita adalah 55.3 peratus dan menetapkan sasaran 59 peratus menjelang 2020.
"Jumlah ahli perniagaan wanita membentuk 20.6 peratus daripada jumlah usahawan PKS, dan kami menyasarkan untuk meningkatkan lagi kadar itu dengan menyediakan lebih banyak akses kepada sumber bagi ahli perniagaan wanita dan usahawan wanita, sejajar dengan Agenda Tindakan dalam Mengarusperdanakan Pemerkasaan Ekonomi Wanita (WEE) dalam ASEAN, yang juga diterima pakai pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-31," katanya.
Dr Wan Azizah berkata sebagai tambahan kepada pembiayaan usahawan, kerajaan terus berusaha memperkasakan dan meningkatkan kemahiran wanita menerusi Inisiatif Kepimpinan Wanita, bagi memastikan jawatan di peringkat pembuat keputusan disandang oleh wanita.
Katanya kerajaan Malaysia melancarkan Caruman Sukarela Insentif Suri pada Julai tahun ini untuk memperluaskan sekuriti sosial yang dinikmati golongan pekerja kepada suri rumah sepenuh masa.
Setakat 14 Okt lepas, beliau berkata lebih 26,700 telah mendaftar di bawah Insentif Suri di seluruh Malaysia.
Timbalan perdana menteri juga berkata kerajaan akan terus menyokong penyertaan wanita dalam tenaga kerja menerusi dasar tempat kerja sensitif gender, misalnya dengan memanjangkan cuti bersalin dalam sektor awam dan menyemak semula undang-undang berkaitan gangguan seksual untuk memperluaskan skop untuk melindungi wanita dan kanak-kanak daripada gangguan seksual di semua tempat.
Dalam memastikan hak wanita dan gadis, Dr Wan Azizah berkata kerajaan meneliti secara khusus halangan dari segi sosial dan ekonomi yang dihadapi wanita serta gadis dalam isi rumah berpendapatan rendah.
"Ketidaksamarataan gender yang membawa kesan buruk kepada wanita dan gadis paling ketara bagi mereka yang hidup dalam kemiskinan. Di beberapa tempat di dunia, kita menyaksikan kesan buruk ini dalam bentuk perkahwinan kanak-kanak," katanya.
Dr Wan Azizah, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata kementeriannya komited untuk menamatkan amalan perkahwinan kanak-kanak dengan menaikkan had umur minimum pernikahan yang sah kepada 18 tahun bagi lelaki dan perempuan.
Beliau berkata kerajaan juga sedang berusaha untuk mengenal pasti jurang dalam perkhidmatan sokongan bagi ibu dan gadis muda yang tidak bersekolah untuk memastikan mereka tidak dipinggirkan, malah lebih buruk lagi, diabaikan sama sekali.
Dr Wan Azizah sedang melakukan lawatan rasmi tiga hari ke Vietnam mulai semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 25 2018
![Dasar ASEAN perlu masukkan perspektif gender - Dr Wan Azizah Dasar ASEAN perlu masukkan perspektif gender - Dr Wan Azizah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/81540399742_VETTPMVIE.jpg)
Dr Wan Azizah berkata sebagai tambahan kepada pembiayaan usahawan, kerajaan terus berusaha memperkasakan dan meningkatkan kemahiran wanita menerusi Inisiatif Kepimpinan Wanita. - Gambar fail/BERNAMA
![Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721210176_TBFARAHMAYAT.jpg)
Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis
Polis percaya kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang di sini adalah lokasi Nur Farah Kartini Abdullah, dipercayai dibunuh.
Pantau Agenda Reformasi: Bola sepak Malaysia selepas Kim Pan Gon
Niaga AWANI: BSKL dijangka melepasi 1,700 mata pada akhir 2024
Bursa Malaysia dijangka mencatatkan aliran meningkat dengan indeks utama FBM KLCI dijangka melepasi paras 1,700 mata menjelang akhir tahun ini.
Niaga AWANI: Harga emas rekod paras tertinggi dalam sejarah
Harga emas dilaporkan naik ke paras tertinggi dalam sejarah hari ini. Ia berikutan kenyataan terbaharu daripada pegawai Rizab Persekutuan (FED) Amerika Syarikat yang meningkatkan jangkaan bahawa akan berlaku penurunan kadar faedah pada September.
Suspek masih belum digantung tugas
Polis Perak sedang menunggu hasil siasatan terhadap suspek sebelum tindakan menggantung tugas sebagai anggota polis.
Dasar digital perlu pastikan jurang antara miskin dan kaya tidak terus melebar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau bukan mahu bersikap negatif terhadap golongan elit, namun menegaskan bahwa sekiranya tidak dikawal, kesenjangan di antara kaya dan miskin akan terus melebar.
Ahli Dewan Rakyat wajib jalani pemeriksaan kesihatan
Semua Ahli Dewan Rakyat diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan selewat-lewatnya pada 11 November depan.
![Jenazah Nur Farah Kartini dijangka dituntut selepas DNA ibu diambil - Abang Jenazah Nur Farah Kartini dijangka dituntut selepas DNA ibu diambil - Abang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721206884_NurFarahKartini.jpg)
Jenazah Nur Farah Kartini dijangka dituntut selepas DNA ibu diambil - Abang
Urusan tuntutan jenazah mangsa bunuh Nur Farah Kartini Abdullah dijangka hanya dapat dilakukan selepas pengambilan sampel DNA ibunya di Hospital Kuala Kubu Bharu hari ini.
![[KOLUMNIS] Konotasi 'Belanda' dalam pantun dan peribahasa Melayu [KOLUMNIS] Konotasi 'Belanda' dalam pantun dan peribahasa Melayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721207677_belanda.jpg)
[KOLUMNIS] Konotasi 'Belanda' dalam pantun dan peribahasa Melayu
Pantun merupakan akal budi orang Melayu, iaitu penciptaan bait-bait diksi yang indah yang mempunyai unsur alam dan persekitaran masyarakat.
![Suspek kes bunuh Nur Farah Kartini belum ditahan tugas - Polis Perak Suspek kes bunuh Nur Farah Kartini belum ditahan tugas - Polis Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721098519_suspekbunuhNurFar.jpg)
Suspek kes bunuh Nur Farah Kartini belum ditahan tugas - Polis Perak
Polis Perak sedang menunggu hasil siasatan terhadap suspek yang juga anggota di kontinjen negeri itu sebelum tindakan jabatan diambil berhubung kes bunuh Nur Farah Kartini Abdullah.
![Dasar ASEAN perlu masukkan perspektif gender - Dr Wan Azizah Dasar ASEAN perlu masukkan perspektif gender - Dr Wan Azizah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/81540399742_VETTPMVIE.jpg)
Dasar ASEAN perlu masukkan perspektif gender - Dr Wan Azizah
Malaysia menggesa ke arah keperluan perspektif gender dalam menggubal dan melaksanakan semua dasar, rancangan serta program dalam tiga Tonggak Komuniti ASEAN.