KUALA LUMPUR:Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz berkata beliau secara peribadi akan menyokong jika ada gerakan untuk memohon penolakan pengisytiharan darurat di negara ini.
Rafidah juga meluahkan rasa kesal kerana darurat yang dilaksanakan kini didakwa lebih bermotif politik, namun menjadikan COVID-19 sebagai alasan.
"Niat dah lari. Sepatutnya darurat bukan jalan keluar. Kita cuma perlu kawal perjalanan, tutup sempadan dan asingkan rakyat.
"Nak menangani COVID-19 tetapi buat darurat. Kita sebagai rakyat, malah orang luar sendiri pelik dengan darurat yang sedang berjalan ini.
"Rupanya ia cuma membabitkan sidang Parlimen dan perkara-perkara berkaitan politik. Jadi sudah lari dari landasan.
"Saya difahamkan sekarang ada satu gerakan untuk minta bubarkan balik darurat dan saya secara peribadi sokong gerakan itu sebab saya mahu kita kembali fokus kepada agenda utama, iaitu menangani COVID-19," katanya yang muncul sebagai tetamu program Perspektif yang disiarkan di Astro AWANI, malam ini.
Tambah Rafidah, negara lain juga melaksanakan kawalan dan prosedur ketat untuk mengawal jangkitan COVID-19, malah ada yang melaksanakan darurat, namun sesi Parlimen tetap berlangsung.
"Yang berubah cuma cara mereka bersidang, mungkin secara maya dan sebagainya. Tetapi tetap ada persidangan dan Parlimen tidak sampai digantung.
"Tetapi di Malaysia lain pula kerana hal menangani COVID-19 dicampur aduk dengan politik.
"Harapnya selepas vaksin sampai nanti, tak ada lagi alasan untuk Parlimen disambung. Jangan nanti bagi pula alasan ada ahli Parlimen yang belum divaksin, tak boleh bersidang," ujarnya.
Madiha Abdullah
Wed Feb 17 2021
Rafidah meluahkan rasa kesal kerana darurat yang dilaksanakan kini didawa lebih bermotif politik, namun menjadikan COVID-19 sebagai alasan. - Gambar fail/ Bernama
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Laksanakan analisis faedah kos bagi penyasaran subsidi - Rafidah
Tan Sri Rafidah Aziz menyarankan agar penyasaran subsidi yang bakal dilaksanakan pada tahun depan diperhalusi, termasuk melaksanakan analisis faedah kos.
Rafidah Aziz terkejut Goodyear mahu tutup operasi, gesa kerajaan bertindak pantas
Tan Sri Rafidah Aziz menyatakan, beliau terkejut dengan berita bahawa syarikat pengeluar tayar global, Goodyear di Shah Alam bakal menutup operasinya pada 30 Jun ini.
Kuota 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan perlu dihapuskan - Nancy
Kira-kira 42 peratus wanita kini terlibat sebagai pembuat keputusan dalam sektor perkhidmatan awam.
Rafidah Aziz letak jawatan pengerusi AirAsia X selepas lebih 10 tahun
Peletakan jawatan itu berkuat kuasa 1 Julai 2022, menurutnya dalam makluman di Bursa Malaysia pada Isnin.
Potong gaji menteri tak selesai isu kos sara hidup rakyat - Mahdzir
Cadangan pemotongan gaji dan elaun menteri bukan penyelesaian yang dapat membantu rakyat menghadapi peningkatan kos sara hidup ketika ini.
Bahasa Melayu: Jangan jadikan Malaysia 'syok sendiri' - Rafidah Aziz
Jelas Rafidah lagi, visi dan tumpuan Malaysia pada satu masa dahulu adalah untuk berada dalam infrastruktur serantau dan global.
Kaji hala tuju dasar negara untuk tarik pelaburan - Rafidah
Rafidah berkata Malaysia kekurangan faktor tarikan untuk memastikan pelabur luar datang ke Malaysia dan pelabur domestik turut menerima faedah.
Industri pelancongan perlu lebih ramai pekerja susulan pembukaan semula sempadan - Rafidah Aziz
Beliau turut menggesa pelaksanaan prosedur operasi standard yang lebih jelas, selain pematuhan SOP yang tegas.
RMK-12: 'Nak lari 100 meter, tapi lutut terkehel' - Rafidah Aziz
Rafidah mengakui terkejut dengan intipati RMK-12 yang pada sangkaannya, akan memberi tumpuan kepada aspek pemulihan negara dalam semua aspek.
Tetapkan semula 'kompas nasional', jangan beri ruang kepada sebarang diskriminasi - Rafidah Aziz
Penetapan semula 'kompas nasional' perlu bagi memastikan semua individu di negara ini, berganding bahu jadikan Malaysia negara maju