Polis masih menjalankan siasatan terhadap laporan dibuat pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM) berhubung dakwaan penjualan maklumat pelajar dan alumni universiti itu di 'Dark Web' pada November tahun lalu.
Naib Canselor UiTM Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said berkata pihaknya juga kini giat bekerjasama dengan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Majlis Keselamatan Negara, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta Pasukan Respons Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT) sejak November lalu, bagi menjalankan siasatan serta menganalisa keutuhan sistem aplikasi UiTM.
"Setakat hari ini penemuan awal NACSA mendapati tiada sebarang aktiviti mencurigakan menjurus kepada kebocoran maklumat berlaku, namun pihak NACSA masih lagi meneruskan siasatan berdasarkan maklumat terkini yang telah dibekalkan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Hassan berkata pihaknya komited dan sentiasa telus dalam membekalkan sebarang maklumat diperlukan oleh semua pihak berkuasa bagi memastikan siasatan dapat dijalankan dengan lancar.
Beliau berkata UiTM juga sedang giat menjalankan pelbagai penambahbaikan dan pemantapan prosedur serta operasi bagi memastikan integriti rangkaian, program dan data dilindungi daripada serangan, kerosakan atau akses tanpa izin.
"Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah dan sedang membantu UiTM dalam menangani isu keselamatan ini. Saya juga berharap orang ramai dapat memberi ruang kepada pihak berkaitan menjalankan siasatan dengan adil, telus dan berkesan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 30 2019

UiTM komited dan sentiasa telus dalam membekalkan sebarang maklumat diperlukan oleh semua pihak berkuasa bagi memastikan siasatan dapat dijalankan dengan lancar.

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Tiada dokumen sulit dipapar di laman Dark Web - Markas TLDM
Markas TLDM berkata pihaknya telah mengambil maklum perkara berkenaan dan akan menyiasat punca serta sumber ketirisan maklumat itu.

Dark Web: Polis masih siasat dakwaan penjualan maklumat pelajar UiTM
Polis masih menjalankan siasatan terhadap laporan dibuat pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM) berhubung dakwaan penjualan maklumat pelajar dan alumni universiti itu di 'Dark Web' pada November lalu.