Sekiranya terdapat satu perkara penting yang boleh didapati daripada sesi soal jawab antara diaspora di sini dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, ia adalah perlunya untuk terus memperoleh ilmu pengetahuan.
Daripada sejarah perkataan "ledakan kelahiran bayi" kepada menghidupkan semula sasarannya sebanyak 70 juta penduduk di Malaysia, pemimpin berusia 93 tahun itu membuatkan mereka yang menghadiri acara tersebut terpaku di tempat duduk mereka dan mahu mendengar lebih banyak lagi.
"Saya berpeluang melihat banyak perkara selama hampir 80 tahun dan itu adalah masa yang lama. Saya mengenali Malaysia, bagaimana ia berkembang dalam tempoh 80 tahun lalu dan saya faham pelbagai masalah Malaysia.
"Saya fikir saya faham, anda tidak akan bersetuju dengan saya. Tetapi saya fikir saya tahu sesuatu, jika tidak, saya tidak fikir mereka akan memilih saya sebagai Perdana Menteri sekali lagi," katanya yang mengundang sorakan dan dan ketawa daripada orang ramai.
Dr Mahathir berada di Singapura untuk lawatan rasmi pertamanya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh. Lawatan itu akan diikuti dengan kehadirannya pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-33 dan mesyuarat berkaitan. Sesi soal jawab tersebut berlangsung di majlis minum petang dengan rakyat Malaysia di Singapura.
Bagi mereka yang mengambil perhatian mengenai apa yang pemimpin tertua di dunia ingin kongsi pada majlis berkenaan, mereka akan tahu bahawa ia dipenuhi perkara penting yang perlu diterapkan untuk kebaikan negara.
Ketika beliau mengenang kembali harapannya untuk melihat penduduk negara meningkat sehingga 70 juta, beliau menyebut bahawa ada beberapa bukti bahawa penduduk Malaysia semakin tua.
"Sekiranya ini tidak ditangani, maka negara akan mempunyai sebilangan kecil golongan muda yang menyokong sejumlah besar golongan tua. Oleh itu, perlu kahwin dan mempunyai ramai anak," ujarnya.
Perdana Menteri seterusnya berkata beliau berharap apabila Malaysia mencapai 70 juta penduduk, ia akan terdiri daripada penduduk yang sebahagian besarnya lebih muda.
Bagaimanapun, mempunyai penduduk muda dengan sendirinya tidak mencukupi, katanya, sambil menambah bahawa mereka juga mesti menjadi penduduk yang produktif.
"Untuk menjadi produktif, mereka mesti berpendidikan tinggi dan mereka mesti mempunyai kemahiran baru. Mereka mesti memahami teknologi baru," katanya.
Pada masa ini, Dr Mahathir berkata, terdapat ketidaksesuaian antara pendidikan dan pekerjaan di negara ini.
"Ia tidak sepatutnya berlaku. Kita perlu memahami apa pekerjaan yang menunggu generasi muda dan kita perlu melatih mereka untuk pekerjaan ini," katanya.
Dr Mahathir juga menegaskan pentingnya kecerdasan buatan.
"Anda tahu Alibaba. Mereka jual dalam masa dua jam, saya tidak tahu berapa bilion barang. Itu berdasarkan kecerdasan buatan. Keupayaan untuk menganalisis sejumlah besar data bukan dengan menggunakan minda anda tetapi oleh mesin (supaya) mengetahui apa yang boleh dipasarkan," katanya, memetik jualan yang dicatat Jualan Sehari Terbesar oleh gergasi e-dagang China pada 11 November.
Dr Mahathir berkata, hari ini perniagaan baru adalah berdasarkan pengetahuan dan kecerdasan buatan dan belia Malaysia mesti memperoleh pengetahuan ini.
"Oleh itu, sistem pendidikan semasa di Malaysia perlu diubah sepenuhnya," katanya.
Mengenai usaha memulakan perniagaan sebaik sahaja memperoleh ijazah, Dr Mahathir berkata: "Saya tidak fikir ia adalah baik untuk terus terlibat dalam perniagaan."
Beliau menegaskan tentang pentingnya memperoleh pengetahuan dan untuk menjadi ahli perniagaan yang baik adalah elok untuk bekerja dengan orang lain terlebih dahulu dan belajar mengenai selok-belok menjalankan perniagaan.
"Kemudian, anda boleh memulakan perniagaan sendiri. Sangat jarang sekali jika terus terlibat dalam perniagaan akan memberikan hasil yang baik," tambah Dr Mahathir.
Perdana Menteri juga menegaskan yang Malaysia sebagai sebuah negara mesra perniagaan yang menyambut baik pelaburan langsung asing serta pentingnya diaspora Malaysia untuk kembali dan menyumbang kepada pembangunan negara. -- Bernama
Bernama
Mon Nov 12 2018
![Dapatkan ilmu pengetahuan, kecerdasan buatan - Dr Mahathir Dapatkan ilmu pengetahuan, kecerdasan buatan - Dr Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/61542036483_TBinsertnamex.jpg)
Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali pada majlis minum petang bersama diaspora Malaysia di Singapura. Turut hadir Menteri Luar Malaysia Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. - BERNAMA
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
![KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822088_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720679430_AbdulKarimRahman.jpg)
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa laporan media tempatan yang memetik polis Bangkok.
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
![Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721139141_TBJDUSHA.jpg)
Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman
Usha Vance, isteri kepada Senator J.D. Vance yang dipilih sebagai calon gandingan bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump awal minggu ini, telah meletakkan jawatannya di sebuah firma guaman,
![Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683779541_TBNAJIBRAZAK.jpg)
Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum
Berdasarkan sistem e-filing mahkamah, rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Oktober ini.
![Fadillah mahu diaspora Malaysia di Shanghai jadi jambatan penghubung rakyat Fadillah mahu diaspora Malaysia di Shanghai jadi jambatan penghubung rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699997412_FadillahYusof.jpg)
Fadillah mahu diaspora Malaysia di Shanghai jadi jambatan penghubung rakyat
Terdapat pelbagai cara untuk diaspora memanfaatkan bakat mereka biarpun dari luar negara, kata Timbalan Perdana Menteri.
![Pemakaian batik kukuhkan identiti negara - Nik Nazmi Pemakaian batik kukuhkan identiti negara - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71692768955_KBMJKT.jpg)
Pemakaian batik kukuhkan identiti negara - Nik Nazmi
Beliau berkata perubahan kod etika pakaian penjawat awam yang baharu diumumkan praktikal kerana pemakaian sut dan tali leher merupakan warisan kolonial yang tidak lagi logik disebabkan suhu premis.
![Kadar penghijrahan cendekiawan Malaysia 5.5 peratus, lebih tinggi daripada kadar purata seluruh dunia - Sivakumar Kadar penghijrahan cendekiawan Malaysia 5.5 peratus, lebih tinggi daripada kadar purata seluruh dunia - Sivakumar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41678235166_YBTuanVSivakumar.jpg)
Kadar penghijrahan cendekiawan Malaysia 5.5 peratus, lebih tinggi daripada kadar purata seluruh dunia - Sivakumar
Seramai 1.86 juta rakyat Malaysia menetap di luar negara, dan 1.13 juta daripada jumlah itu menetap di Singapura.
![Kerjasama lebih rapat dengan Thailand demi manfaat kedua-dua negara - PM Anwar Kerjasama lebih rapat dengan Thailand demi manfaat kedua-dua negara - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51675935330_AnwarIbrahim.jpg)
Kerjasama lebih rapat dengan Thailand demi manfaat kedua-dua negara - PM Anwar
Kerjasama lebih rapat dengan negara jiran Thailand diperlukan bagi memperhebatkan beberapa bidang dalam negara disamping dilihat dapat memberikan manfaat kepada kedua-dua negara.
![Agong berkenan ke majlis santapan bersama diaspora Malaysia di Qatar - Istana Negara Agong berkenan ke majlis santapan bersama diaspora Malaysia di Qatar - Istana Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61671336485_YDPAgong.jpg)
Agong berkenan ke majlis santapan bersama diaspora Malaysia di Qatar - Istana Negara
Keberangkatan Al-Sultan Abdullah diiringi Tengku Arif Bendahara Pahang dan Tengku Arif Temenggung Pahang.
![Syarikat, diaspora Malaysia sumbang RM228,000 kepada mangsa gempa bumi Cianjur Syarikat, diaspora Malaysia sumbang RM228,000 kepada mangsa gempa bumi Cianjur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669379153_KEDUTAAN.jpg)
Syarikat, diaspora Malaysia sumbang RM228,000 kepada mangsa gempa bumi Cianjur
Sumbangan wang tunai diterima daripada Malaysia Club Jakarta yang dianggotai diaspora Malaysia di Jakarta.
![Emir Qatar berminat terhadap Sidang Kemuncak KL Emir Qatar berminat terhadap Sidang Kemuncak KL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/81576195457_MahathirMohamadQata.jpg)
Emir Qatar berminat terhadap Sidang Kemuncak KL
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perkara itu dinyatakan ketika beliau menghadap dan mengadakan pertemuan empat mata dengan Emir Qatar di Amiri Diwan pada Khamis.
![Tun Mahathir nafi wujud bibit perpecahan dalam PH Tun Mahathir nafi wujud bibit perpecahan dalam PH](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/41548127330_TUNM.jpg)
Tun Mahathir nafi wujud bibit perpecahan dalam PH
Tegasnya, memang ada perbezaan pendapat antara empat parti utama dalam Pakatan Harapan namun akhirnya mereka mencapai konsensus dalam beberapa isu.