Seorang wanita didakwa menjadi dalang sindiket pelacuran kelas atasan di negeri Melaka.
Wanita berusia 40 tahun itu dikatakan mempunyai kaitan dengan aktiviti melacur remaja perempuan di sekitar Melaka dengan menyasarkan golongan VIP sebagai pelanggan.
Perkara itu didedahkan Naib Ketua UMNO Bahagian Bakri Muar, Datuk Mohamed Mustafa Abdul Kadir yang mendakwa sindiket itu turut didalangi seorang ahli politik berpangkat Datuk Seri.
Menurut Mohamed Mustafa, beliau pernah diberitahu wanita itu sendiri yang kegiatan ini membabitkan remaja perempuan seawal usia 14 tahun yang dilatih untuk dijadikan pelacur kelas atasan dengan bayaran RM2,000 ke RM5,000 untuk satu malam.
Lebih menyedihkan, katanya, sindiket itu dipercayai licik dalam memujuk remaja berbangsa Melayu untuk menyertai mereka dengan dijanjikan kemewahan.
Malah, menurutnya, ada antara remaja yang dilacurkan dipaksa merakamkan aksi seks mereka untuk dijual.
Mohamed Mustafa mendakwa mengikuti rapat sindiket berkenaan bagi mengetahui modus operandinya.
Beliau dalam pada itu meminta agar pendedahannya ini mendapat perhatian dan disiasat pihak berwajib.
Pada 28 Mac lalu, Mohamed Mustafa didakwa di Mahkamah Ayer Keroh kerana positif dadah jenis Methamphetamine.
Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah.
Raffi Bachik
Mon May 29 2017
![Dalang sindiket pelacuran remaja di Melaka didedah Dalang sindiket pelacuran remaja di Melaka didedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-05/81496047907_pelacuran.jpg)
Wanita berusia 40 tahun itu dikatakan mempunyai kaitan dengan aktiviti melacur remaja perempuan di sekitar Melaka dengan menyasarkan golongan VIP sebagai pelanggan. -Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Polis tumpas sindiket pengedaran dadah, tahan empat suspek termasuk suami isteri Polis tumpas sindiket pengedaran dadah, tahan empat suspek termasuk suami isteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709906653_PDRMPulauPinang.jpg)
Polis tumpas sindiket pengedaran dadah, tahan empat suspek termasuk suami isteri
Empat rakyat tempatan termasuk pasangan suami isteri yang merupakan ahli sindiket pengedaran dadah, ditahan bersama 21 kilogram (kg) ganja bernilai RM66,000 dalam tiga serbuan di sekitar Georgetown.
![Polis Kedah banteras judi habis-habisan Polis Kedah banteras judi habis-habisan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81658799876_BanterasJudi.jpg)
Polis Kedah banteras judi habis-habisan
Kebanyakan premis menjual tambah nilai permainan judi atas talian dengan berselindung di sebalik perniagaan 'bundle'.
![Pukul 'bodyguard' berpuasa: Polis bongkar suspek dalang sindiket, rampas emas, wang RM28.45 juta Pukul 'bodyguard' berpuasa: Polis bongkar suspek dalang sindiket, rampas emas, wang RM28.45 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/81618478009_Polisbodyguard.jpg)
Pukul 'bodyguard' berpuasa: Polis bongkar suspek dalang sindiket, rampas emas, wang RM28.45 juta
Polis mengesan kegiatan jenayah lelaki itu dalam serbuan dan tangkapan susulan laporan berkaitan kes pukul yang diterima membabitkan pengawal peribadi terbabit.
![Dalang sindiket pelacuran remaja di Melaka didedah Dalang sindiket pelacuran remaja di Melaka didedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-05/81496047907_pelacuran.jpg)
Dalang sindiket pelacuran remaja di Melaka didedah
Wanita berusia 40 tahun itu dikatakan mempunyai kaitan dengan aktiviti melacur remaja perempuan di sekitar Melaka dengan menyasarkan golongan VIP sebagai pelanggan.