Dakwaan bahawa racun makhluk perosak haram dibekalkan melalui Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP) dalam mengawal serangan siput gondang adalah tidak benar, kata Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA).
MoA dalam satu kenyataan pada Isnin berkata racun makhluk perosak yang dibekalkan di bawah SIPP diluluskan Jawatankuasa Teknikal Bantuan Kerajaan kepada industri padi dan beras di bawah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).
"Terbukti keberkesanannya secara saintifik serta selamat digunakan dengan pematuhan penuh terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia," kata kementerian itu.
Antara racun makhluk perosak bagi mengawal siput gondang yang terdapat dalam SIPP adalah seperti Siputek, Mostox dan Bayluscide 70WP, katanya.
Mengenai isu penggunaan racun perosak 'fentin acetate' secara haram oleh pesawah di kawasan jelapang padi utara Semenanjung Malaysia, MoA berkata isu itu sedang dipantau dan diawasi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) bersama-sama Bahagian Perkhidmatan Makmal, Jabatan Pertanian.
Menurutnya, racun fentin acetate bersifat sangat toksik dan karsinogenik dan boleh mengakibatkan kerengsaan kepada kulit seperti kulit terbakar, eritema dan dermatitis serta gangguan sistem pernafasan dan peranakan namun masih digunakan pesawah atas faktor harga murah, mudah diaplikasikan dan kesan yang dilihat secara serta-merta.
MoA berkata MADA dan Jabatan Pertanian akan meneruskan usaha memberi kesedaran kepada pesawah tentang bahaya penggunaan racun makhluk perosak haram ke atas kesihatan mereka dan kaedah bagi mengawal perosak siput gondang dengan lebih berkesan melalui penggunaan racun yang dibenarkan dan kawalan biologi.
Jabatan Pertanian juga sedang mengadakan siasatan terhadap aktiviti penyeludupan racun haram itu dan tindakan akan diambil di bawah Akta Racun Makhluk Perosak 1974 apabila kesalahan terbukti, katanya.
MoA juga berkata orang awam tidak perlu khuatir berkaitan keselamatan makanan kerana penggunaan racun makhluk perosak dalam tanaman padi adalah pada peringkat awal penanaman dan sifat racun makhluk perosak yang mudah meruap dan terurai menyebabkan ia tidak terjerap di dalam tanaman.
Pada 27 November lepas, Unit Risikan dan Serbuan, Jabatan Pertanian berjaya merampas racun haram bernilai hampir RM1.05 juta yang diseludup dari Thailand, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 24 2018
MADA dan Jabatan Pertanian akan meneruskan usaha memberi kesedaran kepada pesawah tentang bahaya penggunaan racun makhluk perosak haram ke atas kesihatan mereka. - Gambar hiasan
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
Dakwaan skim insentif pengeluaran padi bekal racun haram tidak benar
Racun makhluk perosak yang dibekalkan di bawah SIPP diluluskan Jawatankuasa Teknikal Bantuan Kerajaan kepada industri padi dan beras di bawah MARDI.
Ikan tilapia di Malaysia selamat dimakan
Pihaknya telah melaksanakan pemantauan di bawah Program Pemantauan Residu Akuakultur (ARMP) dan 'Sanitary and Phytosanitary' (SPS) dari masa ke semasa.