Isu membabitkan tahap keberhutangan negara yang tinggi yang sering dimomokkan sebagai petanda bahawa negara akan muflis hanyalah salah faham ekonomi dan perlu diperbetulkan.
Ketua Kluster Ekonomi dan Pengurusan Majlis Profesor Negara Datuk Dr Noor Azlan Ghazali berkata ini kerana antara indikator dilihat ketika hendak membuat pinjaman ialah sama ada pinjaman tersebut bersifat produktif atau sebaliknya dan keupayaan membayar balik.
"Pinjaman kerajaan misalnya sebanyak RM582 bilion pada 2014, tetapi itu adalah stok pinjaman, namun bayaran hutang pada tahun tersebut hanya sekitar RM20 bilion sahaja, itu bayaran, bukan stok. Malah ia bukannya perlu dibayar dengan segera kerana mempunyai tempoh kematangan hutang," katanya.
Noor Azlan berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi panel dalam Diskusi Pasca Bajet 2017 anjuran Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia di sini, hari ini.
Malah jelasnya Malaysia menyaksikan pembangunan pesat dicapai dengan sebahagian besarnya dalam tahun-tahun ketika ekonomi negara berada dalam keadaan defisit.
"Pertama sekali isu persepsi, istilah atau perkataaan hutang dalam nahu bahasa kita dianggap konotasi negatif tetapi hakikatnya dalam kehidupan seharian malah di peringkat individu pun semua mempunyai hutang.
"Tidak ada salahnya dengan defisit. Dalam bahasa ekonomi lebihan dan defisit tidak boleh diterjemah secara terus, kononnya defisit bermakna masalah, lebihan bermakna baik. Sama juga dengan hutang, cuma istilah hutang dalam literasi Bahasa Melayu kita nampak takut," katanya.
Beliau menegaskan tahap pinjaman kepada pendapatan negara semata-mata belum cukup untuk menterjemahkan bahawa sesuatu negara itu diurus dengan baik ataupun tidak.
"Semakin tinggi pendapatan negara, semakin tinggi hutang, United Kingdom misalnya pula berhutang 91 peratus dan Singapura sebanyak 105 peratus," katanya.
Noor Azlan berkata menurut pengamatannya, defisit negara selalunya akan melebar apabila berhadapan krisis ekonomi seperti pada tahun 1997 dan 2009 yang menyebabkan ekonomi negara menguncup.
"Apabila ekonomi menguncup maka sektor swasta dan pengguna tidak berbelanja, jadi memang wajarlah kerajaan berbelanja dan dalam keadaan itu defisit kita melebar dan ia bertepatan dengan keperluan.
"Yang penting ialah adakah defisit itu dikawal dan tahun demi tahun kita lihat defisit fiskal kita semakin menurun, walaupun keadaan getir beberapa tahun yang lalu, sasaran kita tetap dipertahankan dan tahun hadapan sasaran kita 3 peratus daripada KDNK," katanya. --BERNAMA
Bernama
Sun Oct 23 2016
NOOR AZLAN: Isu membabitkan tahap keberhutangan negara yang tinggi yang sering dimomokkan sebagai petanda bahawa negara akan muflis hanyalah salah faham ekonomi dan perlu diperbetulkan. -facebook Noor-Azlan-Ghazali
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Tiada darurat kewangan di Pakistan, kata menteri
Tiada darurat kewangan di Pakistan sebaliknya kerajaan akan merangka pelan penjimatan, kata Menteri Kewangan, Miftah Ismail pada Isnin.
Najib tegaskan hutang Kerajaan persekutuan bukan di paras bahaya
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kekeliruan dan fitnah berkenaan hutang Kerajaan Persekutuan berada di paras berbahaya, adalah tidak benar.
Dakwaan 'negara akan muflis' hanyalah salah faham ekonomi - Pakar
Antara indikator dilihat ketika hendak membuat pinjaman ialah sama ada pinjaman tersebut bersifat produktif atau sebaliknya dan keupayaan membayar balik.