PUTRAJAYA: Dakwaan kononnya kadar vaksinasi di dalam negara rendah dan perlahan adalah tidak benar, sebaliknya pemberian suntikan vaksin dibuat mengikut jadual penghantaran bekalan, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata setakat ini, negara telah menerima sebanyak 1,938,660 dos vaksin Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca, dan daripada jumlah itu sebanyak 1,453,382 dos telah disuntik.
"Jadi, ini menunjukkan kadar penggunaan vaksin yang diterima di dalam negara adalah 75 peratus... kalau baru 10 peratus, ya lah perlahan.
"Maka, ini bukan soal kadar vaksinasi yang rendah dan bukannya kita tidak mahu beri orang ramai vaksin dengan cepat, isunya bekalan dihantar mengikut jadual," katanya dalam sidang media bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba mengenai perkembangan program imunisasi tersebut di sini hari ini.
Beliau berkata 25 peratus vaksin lagi telah dikhususkan untuk janji temu suntikan yang disusun berdasarkan kepada jadual penghantaran.
"Kita akan teruskan dengan 80 peratus lagi selepas raya nanti kerana sekarang terdapat kekangan disebabkan kes COVID-19 yang meningkat, kekangan tenaga kerja dan sebagainya.
"Bila bekalan vaksin sampai lagi, kita akan terus gerakkan vaksin itu untuk disuntik masuk pada lengan penduduk Malaysia...tiada soal kita simpan vaksin dan sebagainya," katanya.
Sementara itu, Khairy berkata keputusan kerajaan negeri Pahang untuk memberi vaksin jenis Sinovac kepada pekerja hospitaliti dibuat sebelum mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) pada 6 April.
Dalam mesyuarat itu, JKJAV telah menyemak semula penggunaan vaksin Sinovac daripada mereka yang berusia 60 tahun dan ke atas termasuk mereka yang mempunyai komorbiditi, katanya.
"Kami berpegang pada keputusan menyemak semula (penggunaan) vaksin Sinovac berdasarkan data klinikal dan perkembangan amalan penggunaan vaksin itu di pelbagai negara di dunia," katanya.
Khairy sebelum ini menafikan dakwaan bahawa inokulasi sejumlah pekerja Genting Group dilakukan atas arahannya.
Beliau berkata penerima vaksin di bawah fasa pertama program vaksinasi kebangsaan itu ditentukan berdasarkan Garis Panduan Penetapan Senarai Barisan Hadapan yang dikeluarkan oleh JKJAV pada 1 Mac 2021.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang pada 29 April memaklumkan vaksinasi pekerja daripada industri hospitaliti dilakukan berdasarkan beberapa faktor termasuk kluster melibatkan Genting Highlands serta peningkatan jumlah dos vaksin yang dterima negeri itu.
Menurut jawatankuasa itu, usaha untuk mendapatkan penerima bagi tambahan 5,600 vaksin Sinovac bermula awal Mac dengan 3,036 orang daripada sektor hospitaliti.
Sementara itu, Khairy berkata mereka sedang bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menggalakkan rumah penjagaan warga emas yang tidak berlesen untuk tampil dan mendaftarkan penghuninya untuk program imunisasi itu.
"Kami memberi jaminan tiada tindakan akan diambil semasa program imunisasi dan kami menggalakkan mereka untuk mendaftar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 03 2021
![Dakwaan kadar vaksinasi dalam negara rendah tidak benar - Khairy Dakwaan kadar vaksinasi dalam negara rendah tidak benar - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71620044068_khairyJamaluddin.jpg)
Khairy berkata,negara telah menerima sebanyak 1,938,660 dos vaksin Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca, dan daripada jumlah itu sebanyak 1,453,382 dos telah disuntik. - Gambar fail
![Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721125507_SultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata
Sultan Selangor Sultan kini berada di hospital untuk rawatan pemeriksaan kesihatan bagi menjalani prosedur pembedahan katarak mata.
Enam MP kekal : Tak adil salahkan Speaker - Gobind
Mengenai keputusan mengekalkan enam kerusi Parlimen bekas ahli Bersatu, Gobind Singh Deo berkata tidak adil untuk salahkan Speaker buat keputusan yang diperuntukkan undang-undang.
![Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721123744_tokandadah.jpg)
Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar
Polis menahan dua lelaki dan merampas dua pucuk pistol serta pelbagai jenis dadah dalam dua tangkapan di Taman Lam Foong, di Alor Setar.
![Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719354914_Destroyedbuildings.jpg)
Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB
Beliau berkata tahap pertempuran dan kemusnahan yang melampau di Gaza tidak dapat difahami dan tidak boleh dimaafkan.
![Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721121786_MuhyiddinYassin.jpg)
Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin
Muhyiddin memberitahu bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary.
![Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712376317_TujuanForensik.jpg)
Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas
Gen HNF4A (Hepatocyte Nuclear Factor 4 Alpha) didapati akan berhenti berfungsi pada tubuh pesakit kanser pankreas.
Pantau Agenda Reformasi: Potensi dan cabaran percambahan e-Sukan di Malaysia
Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Selangor
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
Jualan kereta di Malaysia diunjur cecah 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melakukan semakan semula berkaitan sasaran jumlah keseluruhan industri (TIV) kepada 765,000 unit berbanding unjuran awal 740,000 unit untuk 2024. Semakan dibuat disokong oleh persekitaran ekonomi yang positif dan jumlah tempatan tertunggak yang masih berada pada tahap yang baik
Kementerian Digital cari kaedah kurangkan kos pelaksanaan sistem e-invois
Kerajaan sedang mencari kaedah mengurangkan kos pelaksanaan sistem e-invois untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) selepas sistem itu diwajibkan untuk semua perniagaan pada 1 Julai 2025
Perbelanjaan pengguna dijangka meningkat tahun ini
Perbelanjaan Pengguna Malaysia dijangka meningkat sepanjang tahun ini
dengan unjuran sebanyak RM904.6 bilion, ketika proses pemulihan ekonomi menunjukkan kemajuan pada ketika ini.
dengan unjuran sebanyak RM904.6 bilion, ketika proses pemulihan ekonomi menunjukkan kemajuan pada ketika ini.
![Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718955416_KhairyJamaluddin.jpg)
Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.
![IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718955416_KhairyJamaluddin.jpg)
IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia
Khairy Jamaluddin berkata, pengumuman mengenai ranking itu merupakan satu berita kurang baik untuk negara dan kerajaan.
![KJ minta Fahmi kekal di landasan sebagai jurucakap Kerajaan Perpaduan KJ minta Fahmi kekal di landasan sebagai jurucakap Kerajaan Perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718930137_kjfahmi.jpg)
KJ minta Fahmi kekal di landasan sebagai jurucakap Kerajaan Perpaduan
Khairy Jamaluddin berkata, tindakan Fahmi menyebabkan pengumuman tersebut tidak mendapat respons baik, sebaliknya menjadi bahan ejekan.
![KJ dilantik salah seorang pengarah di Fischer Medical Ventures Ltd KJ dilantik salah seorang pengarah di Fischer Medical Ventures Ltd](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702724238_TBKJPUTRAJAYA.jpg)
KJ dilantik salah seorang pengarah di Fischer Medical Ventures Ltd
Khairy dilantik atas kapasiti Pengarah Bebas Syarikat untuk tempoh lima tahun bermula 4 Mei 2024.
![Bukan rombak satu FAM Bukan rombak satu FAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714438869_tbKongresTahunan.jpg)
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
![KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714136231_KhairyJamaluddin.jpg)
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
![KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713154859_kjlokmanadam.jpg)
KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah dalam saman itu membawa maksud antaranya beliau menipu orang ramai dengan mendakwa telah diberi vaksin COVID-19.
![Keluar Sekejap ambil alih podsiar Jugador TV, rancang terus perluas empayar Keluar Sekejap ambil alih podsiar Jugador TV, rancang terus perluas empayar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712571795_TBKELUARSKJAP.jpg)
Keluar Sekejap ambil alih podsiar Jugador TV, rancang terus perluas empayar
Keluar Sekejap mengumumkan pengambilalihan podsiar luar pertama, iaitu Jugador TV.
![KJ akhirnya dapat isi PADU selepas identiti dicuri KJ akhirnya dapat isi PADU selepas identiti dicuri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711700190_TBpadukjjpg.jpg)
KJ akhirnya dapat isi PADU selepas identiti dicuri
Khairy Jamaluddin akhirnya berjaya mendaftar dalam sistem PADU selepas mendakwa akaunnya telah didaftarkan oleh individu yang tidak dikenali.
![Kes saman KJ terhadap Jamal Yunos diteruskan Kes saman KJ terhadap Jamal Yunos diteruskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710823527_TBSAMANKJJAMAL.jpg)
Kes saman KJ terhadap Jamal Yunos diteruskan
Kes saman fitnah bekas Khairy Jamaluddin terhadap Datuk Seri Jamal Md Yunos, berhubung satu kenyataan media ketika PAU 2022 akan diteruskan di Mahkamah Tinggi pada Selasa.