Dakwaan bahawa kerajaan mengurangkan kadar makanan sehari di sekolah berasrama penuh (SBP) adalah tidak benar.
Menteri Pendidikan, Maszlee Malik yang menafikan sekeras-kerasnya kenyataan itu memberitahu isu berkenaan tidak pernah terjadi di mana-mana SBP dan ia tidak seharusnya timbul.
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataan di akaun Twitternya semalam mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) menurunkan kadar makanan sehari SBP daripada RM18 kepada RM14.50.
"Saya harap Datuk Seri Najib melakukan homework sebelum membuat kenyataan," kata Maszlee.
Dalam majlis sama, Maszlee mengharapkan agar program Ziarah Cakna berupaya mengembalikan imej guru sebagai adiwira bukan sahaja kepada anak murid malah ibu bapa serta masyarakat setempat.
Jelas beliau, dengan adanya program ini, profesion perguruan akan terus dihormati semua golongan.
"Ia bukan perkara yang baharu. Kalau kita lihat di negara maju, contohnya, Jepun dan juga beberapa negara lain, guru atau pihak pendidikan mereka pergi rumah ke rumah.
"Bukan untuk spotcheck, bukan lapor anak nakal, tetapi untuk merapatkan hubungan dan menambah kasih sayang bagi melahirkan anak-anak yang cintakan sekolah dan masyarakat," kata Maszlee.
Beliau berkata demikian pada sidang media sempena pelancaran Program Ziarah Cakna Peringkat Kebangsaan 2019 di sini.
Program Ziarah Cakna ini antara lain bertujuan memperluaskan konsep sekolah penyayang selain memperkukuhkan hubungan antara sekolah dan masyarakat.
Program yang melibatkan 143 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) seluruh negara dijangka dilaksanakan sepanjang tahun.
Astro Awani
Mon Jan 28 2019
Maszlee (kiri) menafikan dakwaan Najib bahawa kerajaan mengurangkan kadar makanan sehari di SBP. -Gambar fail
Kremlin nafi laporan media, isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Pada Ahad, beberapa laporan media mengatakan bahawa Asma al-Assad, yang dilahirkan di United Kingdom, mahu memfailkan permohonan cerai di Rusia.
Tentera Israel letak kotak sarat bahan letupan berhampiran hospital utara Gaza
Rakaman menunjukkan kenderaan tentera Israel meletakkan kotak kayu yang mengandungi simbol berbahaya di luar satu daripada pintu pagar hospital.
MCMC ambil tindakan segera terhadap penipuan MyPR - Teo Nie Ching
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan melibatkan halaman permohonan MyPR (kad pengenalan merah) di Facebook.
Konsul Kehormat Malaysia terima exequatur
Menteri Luar Maldives Abdulla Khaleel memberi kebenaran kepada Ragheb Ahmed Khalaf sebagai Konsul Kehormat Malaysia di negara itu.
Bagaimana Donald Trump dapat bentuk semula dasar dan politik AS pada 2025
Ekonomi merupakan isu utama yang dihadapi rakyat AS semasa kempen presiden Trump, khususnya inflasi dan harga tinggi barangan runcit.
2024, tahun transformatif untuk sektor automotif di Asia Tenggara - Carsome
Perkembangan itu menyerlahkan peranan rantau ini yang semakin meningkat dalam landskap automotif global.
Sabah FC sahkan slot ke separuh akhir bertemu Sri Pahang FC
Pada perlawanan kedua suku akhir malam tadi, Sabah FC hanya mampu seri 0-0 menentang pasukan jiran Borneo itu di Stadium Likas.
9 negara jadi rakan kongsi BRICS secara rasmi mulai 1 Jan 2025
Menjelang sidang kemuncak di Kazan, pihaknya menerima 35 permohonan untuk menyertai BRICS dengan pelbagai syarat.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Ini membolehkan agenda nasional seperti Pelan Hala Tuju Transformasi Air dilaksanakan dengan lebih mudah dan bersepadu.
7 maut, 5 cedera selepas bas mini terbalik di Afrika Selatan
Nahas berlaku pada awal pagi Isnin ketika bas mini itu dalam perjalanan dari Wilayah Gauteng ke Wilayah KwaZulu-Natal.
Hanya 40 peratus hli NUTP mencarum insurans kesatuan
Presiden NUTP Aminuddin Awang berkata ia menunjukkan tahap kesedaran guru terhadap kepentingan mencarum insurans masih rendah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.
Guru rugi RM198,550 ditipu 'pegawai polis', 'wakil TNB'
Guru rugi RM198,550 ditipu 'pegawai polis', 'wakil TNB'
Guru dikhuatiri lemas ketika memancing
Seorang guru lelaki berusia 53 tahun dikhuatiri lemas ketika memancing di Sungai Pahang, berhampiran jeti Chenor, Maran petang tadi.
Guru dipenjara hanya kerana tegur anak polis
Pihak sekolah turut mengesahkan murid tersebut tidak dipukul seperti didakwa, namun tidak diterima ibu bapanya.
Video ajar tulisan jawi, Cikgu Lorenica Frenila raih pujian
Kemahiran dalam penulisan jawi itu diperoleh Lorenica Frenila Masundim ketika menuntut di IPG Kampus Gaya Kota Kinabalu pada 2010.
Pemimpin dan pentadbir pendidikan disaran kuasai AI
Saifuddin Nasution berkata pengetua, guru besar serta guru perlu sekurang-kurangnya memastikan pelajar mereka tahu mengenai istilah AI.
Guru rugi lebih RM160,000 terperdaya sindiket penipuan panggilan telefon
Seorang guru wanita kerugian lebih RM160,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan menerusi panggilan telefon, bulan lepas.
Kongres tidak setuju guru tegur sistem pendidikan kembali berkhidmat
Mohd Azizee berkata, tindakan ke atas guru terlibat tidak dilakukan secara tergesa-tergesa dan dengan mudah, sebaliknya telah melalui SOP ketat.