KUALA LUMPUR:Ahli Parlimen Pasir Puteh, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh hari ini mengakui perkataan ‘dipesongkan’, yang beliau gunakan untuk merujuk kepada kitab Injil ketika menyertai perbahasan di Dewan Rakyat Ogos lalu, telah menyentuh sensitiviti penganut agama Kristian.
Sewaktu sesi Dewan Rakyat hari ini, Ketua Dewan Ulama Pas itu mendakwa, beliau pada asalnya menggunakan perkataan itu bagi mempertahankan ‘keaslian’ kitab Injil.
“Untuk elak kekeliruan yang berlaku, saya sebutkan bahawa isu membabitkan kitab Injil ini bukan sahaja isu membabitkan penganut agama Kristian. Kami umat Islam juga beriman dengan kitab Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa AS, itu adalah akidah yang kami pertahankan.
“Saya sebut dipesong atau dipinda itu, tujuan saya untuk mempertahankan keaslian Injil yang ada supaya mana-mana kitab yang diturunkan itu tidak ada sebarang perubahan,” katanya lagi.
Nik Muhammad Zawawi berkata, beliau memohon maaf atas kenyataan tersebut dan menegaskan tiada niat untuk menyentuh sensitiviti penganut agama Kristian.
Terdahulu, Ahli Parlimen Bandar Kuching, Kelvin Yii bangkit mengemukakan notis meminta supaya Nik Muhammad Zawawi memohon maaf atas kenyataan yang dikeluarkan sewaktu perbahasan Rang Undang-undang Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020, pada Ogos lepas.
“Pasir Puteh telah menyatakan pandangan beliau daripada kaca mata Islam, sebagai pandangan akidah Islam. Dalam hansard, beliau tidak sama sekali berhasrat burukkan mana-mana agama.
“Namun dalam kehangatan perdebatan, Pasir Puteh guna perkataaan ‘dipesongkan’ dan ‘diubah’ yang mengguris hati penganut beragama Kristian. Saya minta Pasir Puteh mohon maaf dan tarik balik perkataan tersebut,” kata Kelvin.
Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengeluarkan arahan supaya Nik Muhammad Zawawi menarik balik dan memohon maaf atas kenyataan itu.
Media melaporkan sekurang-kurangnya 22 laporan polis telah dibuat di seluruh negara atas kenyataan itu.
Pada 9 September lepas, Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador mengesahkan kertas siasatan telah dibuka.
Firdaus Azil
Tue Nov 03 2020
![Dakwa Injil 'terpesong', Nik Muhammad Zawawi mohon maaf Dakwa Injil 'terpesong', Nik Muhammad Zawawi mohon maaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-04/71492385497_NikMuhammad.jpg)
Nik Muhammad Zawawi Salleh yang juga Ketua Dewan Ulama Pas mendakwa, beliau pada asalnya menggunakan perkataan itu bagi mempertahankan keaslian kitab Injil. - Gambar fail
![SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720679430_AbdulKarimRahman.jpg)
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa laporan media tempatan yang memetik polis Bangkok.
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
![Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683779541_TBNAJIBRAZAK.jpg)
Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum
Berdasarkan sistem e-filing mahkamah, rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Oktober ini.
![Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721138010_HannahYeoh.jpg)
Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik
Hannah Yeoh berkata Jawatankuasa RTG telah menerima tawaran daripada pemaju hartanah, Top Residency, yang berminat untuk menghadiahkan pemenang pingat emas pertama.
![E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721128633_MohdHidayatMohdSa.jpg)
E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi
Kerajaan juga harus wujudkan sebuah dasar yang jelas supaya kepentingan e-sukan ini mampu diperkembangkan ke masa hadapan.
![Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721122322_ZulkifliHasan.jpg)
Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism
Kerajaan sentiasa memandang serius terhadap penularan ideologi dan aliran pemikiran yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti ideologi liberalism dan pluralism agama.
![Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710754100_MohdNazifuddinNaji.jpg)
Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM
Atlet di bawah projek Road To Gold (RTG) tidak mempunyai pilihan selain memenangi emas yang diidam-idamkan Malaysia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
![KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693913999_RubiahWang.jpg)
KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) memperuntukkan RM3.37 juta pada tahun ini bagi memastikan keterjaminan makanan negara.
![Kemajuan kerja projek ECRL di Kelantan capai 79.81 peratus sehingga Mei 2024 - MoT Kemajuan kerja projek ECRL di Kelantan capai 79.81 peratus sehingga Mei 2024 - MoT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713858472_ecrl.jpg)
Kemajuan kerja projek ECRL di Kelantan capai 79.81 peratus sehingga Mei 2024 - MoT
Ini termasuk struktur jambatan dengan sejumlah 428 daripada 468 rentang bagi tujuan pemasangan rasuk telah siap di jajaran utama.
![Kelantan terus pulihara kesan tinggalan Perang Dunia Kedua - Exco Kelantan terus pulihara kesan tinggalan Perang Dunia Kedua - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51660450201_BulanKeseniandanK.jpg)
Kelantan terus pulihara kesan tinggalan Perang Dunia Kedua - Exco
Beberapa lokasi telah dikenal pasti seperti kubu yang dibina tentera British di Kuala Gel, Bachok dan tapak warisan lain.
![Batal lesen, permit bot sekiranya terbabit bawa pelacur - MAFI Batal lesen, permit bot sekiranya terbabit bawa pelacur - MAFI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645877523_TBDRNIK.jpg)
Batal lesen, permit bot sekiranya terbabit bawa pelacur - MAFI
MAFI akan mengambil tindakan tegas termasuk membatalkan lesen dan permit bot nelayan tempatan sekiranya terbabit dengan aktiviti membawa masuk pelacur warga asing ke negara ini.
![Nik Zawawi nafi pandang remeh kenaikan harga barang Nik Zawawi nafi pandang remeh kenaikan harga barang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41653295024_TBDRNIK.jpg)
Nik Zawawi nafi pandang remeh kenaikan harga barang
Beliau bagaimanapun mempertahankan kenyataannya bahawa kerajaan memandang serius terhadap kenaikan harga barang di negara kita dan di dunia secara umumnya.
![Pemuda UMNO sindir Timbalan Menteri, dakwa 'sudah mati rasa' Pemuda UMNO sindir Timbalan Menteri, dakwa 'sudah mati rasa'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41656757190_TBAsyrafWajdi.jpg)
Pemuda UMNO sindir Timbalan Menteri, dakwa 'sudah mati rasa'
Kenyataan Nik Muhammad Zawawi Salleh dianggap Asyraf Wajdi sebagai 'sudah mati rasa.'
![Bekalan mencukupi, hentikan 'percaturan dan permainan' harga ayam - MAFI Bekalan mencukupi, hentikan 'percaturan dan permainan' harga ayam - MAFI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41653295024_TBDRNIK.jpg)
Bekalan mencukupi, hentikan 'percaturan dan permainan' harga ayam - MAFI
Para pemain industri ternakan ayam di negara ini diingatkan supaya tidak meneruskan 'percaturan dan permainan' harga melalui pengurangan bekalan ayam.
![Aidilfitri: Bekalan barang keperluan mencukupi - Zawawi Aidilfitri: Bekalan barang keperluan mencukupi - Zawawi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41651300701_TBNIKZAWAWI.jpg)
Aidilfitri: Bekalan barang keperluan mencukupi - Zawawi
Jangan buat pembelian panik sehingga menyebabkan orang lain tidak dapat beli barangan keperluan.
![MAFI tambah 30 peratus kuota pengeluaran bekalan makanan asas menjelang Aidilfitri MAFI tambah 30 peratus kuota pengeluaran bekalan makanan asas menjelang Aidilfitri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645877523_TBDRNIK.jpg)
MAFI tambah 30 peratus kuota pengeluaran bekalan makanan asas menjelang Aidilfitri
Semua pihak perlu bekerjasama dengan kerajaan dalam memastikan keperluan asas tersebut tidak disorok atau diseludup oleh pihak tidak bertanggungjawab.
![Nik Muhammad Zawawi mengaku dilantik Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas baharu Nik Muhammad Zawawi mengaku dilantik Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-04/71492385497_NikMuhammad.jpg)
Nik Muhammad Zawawi mengaku dilantik Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas baharu
Ketua Dewan Ulamak Pas Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh hari ini mengesahkan beliau dilantik sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas yang baharu berkuat kuasa 20 Feb lepas.
![Tok Bali bakal jadi pelabuhan hab halal sumber makanan di rantau Asia - Zawawi Tok Bali bakal jadi pelabuhan hab halal sumber makanan di rantau Asia - Zawawi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51644665208_NikMuhammadZawawi.jpg)
Tok Bali bakal jadi pelabuhan hab halal sumber makanan di rantau Asia - Zawawi
Kerajaan bercadang untuk menjadikan Tok Bali sebagai pelabuhan hab halal sumber makanan di kawasan rantau Asia pada masa hadapan.