Isu pemandu e-hailing seperti Uber dan Grabcar diraba penumpang boleh diatasi dengan mewujudkan sistem pendaftaran penumpang yang lebih sistematik.
Pengerusi Persatuan Pemandu Uber, Grabcar dan Zepp On, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail berkata ia bakal menimbulkan risiko besar kepada pemandu e-hailing itu sendiri seandainya tidak segera dilaksanakan.
"Ini yang selalu ditekankan dengan isu keselamatan pemandu juga yang mana syarikat e-hailing tidak ambil peduli terutama isu pendaftaran penumpang oleh Grab dan Uber yang hanya mengambil syarat seperti hanya perlukan emel dan nombor telefon sahaja tanpa perlu pengesahan identiti langsung.
"Kejadian pagi tadi terhadap saya selaku pemandu Uber amat membimbangkan apabila telah dicabul oleh seorang penumpang lelaki yang memegang kemaluan saya dengan sengaja.
"Jenayah ini boleh berlaku pada sesiapa dan di mana sahaja. Bukan semua penumpang e-hailing ini baik dan mereka juga akan lakukan jenayah terhadap pemandu.
"Bagaimana jika penumpang e-hailing ini melakukan jenayah pada pemandu jika tiada maklumat identiti yang sah sedangkan kita tahu emel dan nombor telefon boleh dimanipulasi," katanya kepada Astro AWANI, di sini, hari ini.
Syed Rosli berkata demikian selepas membuat laporan polis di Balai Polis Sri Petaling mengenai kejadian yang menimpanya.
Katanya, dia menepis perbuatan itu namun terpaksa meneruskan perjalanan menghantar penumpang berkenaan ke destinasi.
Sebelum ini, Syed Rosli meminta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menyelaraskan kadar tambang bagi perkhidmatan e-hailing.
Tegasnya, ia menjamin tiada harga tambang yang tidak munasabah seperti ketika ini.
BACA: Selaraskan tambang perkhidmatan 'e-hailing' - Syed Rosli
BACA: Pemandu GrabCar ditahan disyaki rogol wanita di Seri Kembangan
Pada Jun, polis menahan seorang pemandu GrabCar yang dipercayai merogol seorang wanita di dalam kereta miliknya di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata lelaki berkenaan dipercayai merogol wanita berusia 29 tahun yang menggunakan perkhidmatannya pada pukul 4 pagi.
Pemandu GrabCar itu kemudian direman enam hari selepas perintah reman dikeluarkan Majistret Mahkamah Petaling Jaya, Atiqah Abdul Karim untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Wan Syamsul Amly
Sat Aug 12 2017
Isu pemandu e-hailing diraba penumpang boleh diatasi dengan mewujudkan sistem pendaftaran penumpang yang lebih sistematik. -Gambar Syed Rosli
AWANI Ringkas: Pindaan akta Mahkamah Syariah perlu sepakat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Raja Charles, Permaisuri Camilla akan lawat Australia - PM
Raja Britain Charles III dan Permaisuri Ratu Camilla akan melawat Australia pada Oktober, disahkan oleh Perdana Menteri Australia Anthony Albanese, lapor Xinhua.
Kate Middleton hadir ke Wimbledon bersama anak perempuan, adik
Kate Middleton, isteri kepada Putera William dari Britain, menghadiri perlawanan tenis di Wimbledon pada Ahad bersama anak perempuannya Charlotte dan adiknya Pippa.
UAE hantar 3 tan bekalan perubatan ke Gaza
Ia sebagai reaksi terhadap rayuan daripada sektor kesihatan, termasuk Hospital Nasser di Khan Younis yang menekankan keadaan kekurangan ubat-ubatan.
Pengarah UNRWA di Gaza kongsi kisah mengerikan krisis perubatan
Anderson berkata pasukan UNRWA dari komuniti kemanusiaan melakukan segala yang mungkin untuk meningkatkan kapasiti perubatan di Gaza.
Olimpik Paris 2024: Beasley perhalusi kelebihan taktikal Nurul Izzah, tingkat penguasaan selekoh
John Beasley mengakui masih banyak perlu dilakukan bagi mempersiapkan pelumba wanita Nurul Izzah Izzati Mohd Asri untuk bersaing.
Bekas ADUN Nangka angkat sumpah Ahli Dewan Negara
Bekas ADUN Nangka, Sarawak Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara.
Penyelia restoran didakwa pecah amanah wang syarikat lebih RM80,000
Seorang penyelia restoran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas 25 pertuduhan pecah amanah wang syarikat berjumlah RM81,126.86.
Agong, Permaisuri zahir ucapan sempena Hari Keputeraan Sultan Brunei
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah pada Isnin berkenan menzahirkan ucapan selamat ulang tahun keputeraan kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.
Tiada laporan ajaran sesat Millah Abraham di Kelantan
Kerajaan Kelantan tidak menerima sebarang laporan mengenai kewujudan ajaran sesat Millah Abraham di negeri itu, setakat ini.
Cadangan denda Grab RM86.77 juta: MyCC mohon kebenaran rayu keputusan mahkamah
MyCC telah memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan Grab dan dua anak syarikatnya memulakan semakan kehakiman.
PKP 2.0: GrabFood beroperasi 7 pagi hingga 8 malam
Grab akan menjamin gaji pemandu e-hailing diteruskan, meskipun permintaan bakal menurun pada tempoh PKP.
Digitalisasi ekonomi ruang baharu PKS
Sebagai sebuah platform dalam talian dan penggerak teknologi di negara ini, Grab Malaysia terus menjadi medium membantu mereka yang kehilangan punca pendapatan akibat pandemik itu.
Inisiatif baharu Grab fokus bantu perniagaan kecil pada bulan Ramadan
Grab menyenarai masuk lima buah pasar raya di sekitar Selangor ke dalam perkhidmatan Pasar by GrabMart yang akan beroperasi pada 24 April.
Perkhidmatan penghantaran bantu pengusaha restoran, orang ramai
Permintaan tinggi terhadap perkhidmatan penghantaran makanan telah membantu perniagaan restoran berjalan lancar walaupun negara kini dalam Perintah Kawalan Pergerakan.
MyCC cadang Grab didenda RM86 juta akibat menindas
MyCC bercadang untuk mengenakan denda berjumlah RM86,772,943.76 terhadap Grab serta penalti kewangan harian sebanyak RM15,000 sehari
Isu ramai pemandu e-hailing gagal lesen PSV akan dijawab menteri
Persatuan Pemandu Grab Malaysia (GDMA) bingung apabila dimaklumkan kadar kegagalan lulus peperiksaan Lesen Vokasional (PSV-Teksi/E-hailing) sangat tinggi.
Ternampak mereka? Dua gadis pelajar SMK Assunta hilang sejak Ahad
Dua gadis remaja Natshatra Navanita, 15 tahun dan Divyaa Munian, 16 tahun hilang sejak Ahad lepas pada 11.40 malam.
Dua warga Myanmar ditahan bantu kes bunuh pemandu Grab
Polis telah mengenal pasti identiti penumpang terakhir yang diambil mangsa dipercayai menggunakan perkhidmatan e-hailing GrabCar daripada pihak pengurusan perkhidmatan itu.
Toyota labur USD1 bilion dalam Grab
Toyota telah membuat penilaian terhadap Grab dan meletakkan nilainya pada jumlah USD10 bilion.