PUTRAJAYA: Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Grab Holdings Inc dan dua anak syarikatnya memulakan semakan kehakiman bagi mencabar cadangan suruhanjaya itu untuk mendenda mereka sebanyak RM86.77 juta.
MyCC memfailkan permohonan itu di Mahkamah Persekutuan pada 18 Mei lepas melalui firma guaman Tetuan Lim Chee Wee Partnership.
Pada 19 April lepas, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Hanipah Farikullah memberi kebenaran kepada Grab Holdings, GrabCar Sdn Bhd dan MyTeksi Sdn Bhd memulakan semakan kehakiman berhubung cadangan MyCC untuk mendenda syarikat perkhidmatan e-hailing itu yang didakwa telah menyalahgunakan kedudukannya yang dominan.
Mahkamah Rayuan telah memerintahkan agar kes itu dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk pendengaran berhubung merit semakan kehakiman tersebut.
Hanipah membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Grab dan anak syarikatnya untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang tidak memihak kepada mereka.
Dalam permohonan itu, MyCC meminta mahkamah memberikan kebenaran kepada suruhanjaya itu mengemukakan rayuan berhubung beberapa isu undang-undang yang mempunyai kepentingan awam.
Pada prosiding pengurusan kes itu hari ini, Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Rasidah Roslee mengarahkan MyCC memfailkan afidavit jawapan selewat-lewatnya pada 8 Julai dan menetapkan 14 Sept sebagai tarikh pengurusan kes seterusnya.
Peguam Annabel Tan mewakili MyCC manakala Grab Holdings dan anak syarikatnya diwakili Nimraat Kaur.
MyCC mendakwa Grab telah menyalahgunakan kedudukannya yang dominan dengan mengenakan beberapa klausa sekatan ke atas pemandunya bagi menghalang mereka mempromosi pesaing syarikat itu di platform e-hailing.
Sebelum ini, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Grab dan anak syarikatnya untuk mendapatkan kebenaran memfailkan semakan kehakiman itu selepas memutuskan bahawa langkah tersebut adalah pramatang kerana keputusan berhubung cadangan MyCC belum dimuktamad.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 17 2021

MyCC mendakwa Grab telah menyalahgunakan kedudukannya yang dominan dengan mengenakan beberapa klausa sekatan ke atas pemandunya bagi menghalang mereka mempromosi pesaing syarikat itu di platform e-hailing. - Gambar/ Grab

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Cadangan denda Grab RM86.77 juta: MyCC mohon kebenaran rayu keputusan mahkamah
MyCC telah memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan Grab dan dua anak syarikatnya memulakan semakan kehakiman.

PKP 2.0: GrabFood beroperasi 7 pagi hingga 8 malam
Grab akan menjamin gaji pemandu e-hailing diteruskan, meskipun permintaan bakal menurun pada tempoh PKP.

Digitalisasi ekonomi ruang baharu PKS
Sebagai sebuah platform dalam talian dan penggerak teknologi di negara ini, Grab Malaysia terus menjadi medium membantu mereka yang kehilangan punca pendapatan akibat pandemik itu.

Inisiatif baharu Grab fokus bantu perniagaan kecil pada bulan Ramadan
Grab menyenarai masuk lima buah pasar raya di sekitar Selangor ke dalam perkhidmatan Pasar by GrabMart yang akan beroperasi pada 24 April.

Perkhidmatan penghantaran bantu pengusaha restoran, orang ramai
Permintaan tinggi terhadap perkhidmatan penghantaran makanan telah membantu perniagaan restoran berjalan lancar walaupun negara kini dalam Perintah Kawalan Pergerakan.

MyCC cadang Grab didenda RM86 juta akibat menindas
MyCC bercadang untuk mengenakan denda berjumlah RM86,772,943.76 terhadap Grab serta penalti kewangan harian sebanyak RM15,000 sehari

Isu ramai pemandu e-hailing gagal lesen PSV akan dijawab menteri
Persatuan Pemandu Grab Malaysia (GDMA) bingung apabila dimaklumkan kadar kegagalan lulus peperiksaan Lesen Vokasional (PSV-Teksi/E-hailing) sangat tinggi.

Ternampak mereka? Dua gadis pelajar SMK Assunta hilang sejak Ahad
Dua gadis remaja Natshatra Navanita, 15 tahun dan Divyaa Munian, 16 tahun hilang sejak Ahad lepas pada 11.40 malam.

Dua warga Myanmar ditahan bantu kes bunuh pemandu Grab
Polis telah mengenal pasti identiti penumpang terakhir yang diambil mangsa dipercayai menggunakan perkhidmatan e-hailing GrabCar daripada pihak pengurusan perkhidmatan itu.

Toyota labur USD1 bilion dalam Grab
Toyota telah membuat penilaian terhadap Grab dan meletakkan nilainya pada jumlah USD10 bilion.