KUALA LUMPUR: Penduduk di 998 kawasan sekitar Lembah Klang akan mengalami gangguan bekalan air, mulai esok.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan di sini, memberitahu, antara daerah terbabit ialah Wilayah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.
Katanya, gangguan bekalan air yang bermula jam 9 pagi itu adalah berikutan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) selama 14 jam dan dijangka siap sepenuhnya pada jam 11 malam, 13 Oktober ini.
Menurut kenyataan itu lagi, kerja siap dilaksanakan, operasi LRA SSP1 mengambil masa enam jam untuk stabil di setiap bahagian dalam proses rawatan air bagi mengisi kolam imbangan sehingga optimum iaitu empat meter, yang dijangka selesai pada jam 5 pagi, Khamis ini.
Bekalan air pula akan mula disalurkan ke sistem agihan bekalan air dan mengambil masa 12 jam untuk memenuhkan semua tangki utama yang kosong dan memastikan tekanan air mencukupi serta tiada 'airlock' dalam sistem perpaipan
"Bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat kepada pengguna bermula jam 5 petang (Khamis) dan dijangka pulih sepenuhnya pada jam 9 malam (Jumaat)," katanya.
Air Selangor akan menggerakkan 108 lori tangki air ke 998 kawasan terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengebumian.
"Air Selangor juga akan menyediakan 20 pili air awam bermula 14 hingga 16 Oktober ini bagi kemudahan pelanggan yang memerlukan bekalan air semasa tempoh pemulihan bekalan air.
"Bagi pelanggan komersial pula, pembelian air menggunakan lori tangki air masing-masing akan dibuka di empat stesen pengisian air komersial bermula Rabu ini.
"Pelanggan komersial boleh membuat pembayaran untuk pembelian air di semua 10 Kaunter Khidmat Pelanggan Air Selangor," katanya.
Menurut kenyataan itu, lokasi bagi pili awam dan stesen pengisian air komersial boleh didapati pada laman pautan hentitugas.airselangor.com.
Astro Awani
Tue Oct 12 2021
Antara daerah terbabit ialah Wilayah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor. - Gambar fail
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama.
Malaysia sokong Pakistan jadi rakan dialog penuh dengan ASEAN
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia berada dalam kedudukan untuk membuka peluang kepada hasrat Pakistan dalam menjadi rakan dialog.
LRA Bukit Pinang, LRA Pelubang berisiko hadapi gangguan operasi - SADA
SADA memaklumkan kekeruhan itu disebabkan oleh hujan lebat berterusan.
LRA Bukit Pinang Fasa 1 dihenti tugas akibat banjir - SADA
Henti tugas LRA itu menyebabkan berlakunya gangguan bekalan air tidak berjadual di daerah Kota Setar dan sebahagian daerah Kubang Pasu melibatkan kira-kira 35,000 akaun pengguna.
Gangguan bekalan air di Muallim pulih sepenuhnya petang ini
Gangguan bekalan air melibatkan ribuan pengguna di daerah Muallim akibat paip pecah disebabkan bencana kepala air di Ulu Slim dijangka pulih sepenuhnya petang ini.
Insiden kepala air: Gangguan air tidak berjadual di Hulu Selangor, Sabak Bernam
Sebahagian kawasan di Daerah Sabak Bernam dan Felda Gedangsa, Hulu Selangor akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Bernam.
Paip pecah: LRA Merbau Chondong henti operasi, 33,094 akaun terjejas
LRA Merbau Chondong, Machang terpaksa dihenti tugas berikutan paip air mentah yang bergaris pusat 1,100 milimeter (mm) pecah kesan daripada kerja-kerja pembaikannya.
Mesyuarat bersepadu bincang hasil siasatan pencemaran sungai di Selangor akan diadakan
Satu mesyuarat bersepadu akan diadakan minggu ini bagi membincangkan tindakan susulan berhubung isu pencemaran sungai di Selangor.
Selangor kesan 50 kes pencemaran sumber air
Kira-kira 50 kes pencemaran sumber air dikesan berlaku di Selangor sepanjang tahun ini.
Pencemaran bau di Sg Kundang, Sg Sembah: Dua individu ditahan
JAS jalankan siasatan ke sebuah premis yang disyaki memproses bahan akrilik di kawasan perindustrian Jalan Kampung Orang Asli, Kuang, Rawang.
'Hidup di Selangor keras' - Warga maya kongsi keluhan gangguan air berulang
Gangguan air berulang disebabkan pencemaran sungai menyebabkan beberapa pengguna di Selangor meluahkan keluhan di media sosial.
Gangguan bekalan air di Selangor pulih 14.3 peratus
Gangguan bekalan air di tujuh daerah akibat pencemaran bau yang dikesan di Sungai Kundang dan Sungai Sembah di Selangor pulih sebanyak 14.3 peratus setakat 9 pagi tadi.