KUALA LUMPUR: Syarikat NSK Trade City Sdn Bhd (NSK) membuat permohonan maaf secara terbuka selepas salah satu pasar raya mereka didapati menjual daging didakwa daging katak.
NSK dalam satu kenyataan memaklumkan syarikat berkenaan sedar isu tersebut adalah sangat serius dan tindakan sudah diambil bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.
"Kami memohon maaf atas insiden yang berlaku pada 24 Oktober lalu.
"Kami faham tahap keseriusan isu ini dan tindakan telah diambil serta-merta. Amaran keras juga telah diberikan kepada pekerja yang terlibat," menurut kenyataan itu.
Sebelum itu, tular di media sosial mengenai daging dipercayai adalah daging katak yang dijual bersama barang lain di pasar raya NSK di Selayang.
Difahamkan siasatan lanjut dibuat NSK mendapati pengedar menghantar barangan terbabit bersama tempahan lain dan diletak di bahagian jualan barang basah.
Pekerja yang menguruskan bahagian tersebut membuka dan mempamerkan daging berkenaan tanpa mengetahui ia adalah daging katak.
Selepas ia dimaklumkan kepada pekerja pasar raya berkenaan, daging itu kemudiannya dialihkan dari meja jualan.
Tambah kenyataan itu lagi, pihaknya akan memastikan tidak ada lagi kejadian seumpama itu berulang.
"Kami memohon maaf akan memastikan sebaik-baiknya tidak berlaku lagi kesilapan tersebut," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Oct 29 2023
NSK memaklumkan syarikat berkenaan sedar isu tersebut adalah sangat serius dan tindakan sudah diambil bagi memastikan kejadian sama tidak berulang. - Gambar/ Sinar Harian
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Daging katak: NSK mohon maaf secara terbuka
Syarikat NSK Trade City Sdn Bhd (NSK) membuat permohonan maaf secara terbuka selepas salah satu pasar raya mereka didapati menjual daging didakwa daging katak.